Berapa Gaji Minimum untuk Beli Kereta 2024 di Malaysia?

Kali terakhir diperbaharui Jul 9, 2024 oleh Shafiq Wahab
Berapa Gaji Minimum untuk Beli Kereta 2024 di Malaysia?

Ramai dalam kalangan anak muda khususnya takut dengan komitmen bulanan yang tinggi, lebih-lebih lagi membabitkan pemilikan kereta. Ini kerana, komitmen bulanan yang tinggi boleh menghantui dan menjadi satu mimpi ngeri jika tersilap percaturan. Namun sebenarnya, ada cara untuk anda beli kereta tanpa terbeban dengan hutang yang tinggi – ikut gaji minimum untuk beli kereta yang sesuai.

3 Tips Beli Kereta Mengikut Gaji di Malaysia

Pemilikan kereta memerlukan kos belanja yang tinggi. Oleh sebab itu, penting untuk anda ambil kira tahap gaji dan komitmen sedia ada untuk elakkan anda daripada berdepan masalah kewangan. Jika kewangan tidak dirancang dengan betul, anda mungkin terbeban dengan hutang sehingga sukar untuk anda menyimpan setiap bulan.

Berikut tips beli kereta ikut gaji di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan:

Tips Beli Kereta Mengikut Gaji di Malaysia

1. Purata Gaji Tahunan

Purata gaji setahun menunjukkan anggaran harga kereta yang boleh anda beli. Sebagai contoh, andaikan gaji yang diterima setiap bulan selepas potongan KWSP adalah sebanyak RM4,000 sebulan. Jadi, RM4,000 darab 12 bulan bersamaan dengan RM48,000 setahun.
Kereta yang boleh anda beli mestilah mempunyai anggaran harga pasaran sekitar RM48,000. Jika harga kereta lebih murah lebih baik kerana anda tidak perlu berbelanja besar untuk bayar ansuran kereta setiap bulan.

2. Ansuran Bulanan Tidak Melebihi 15 Peratus

Selain itu, penting untuk anda pertimbangkan kereta dengan pelan bayaran balik tidak melebihi 15 peratus daripada gaji bulanan anda. Ini penting jika anda tidak mahu mengikat perut sepanjang bulan. Penting untuk anda tahu kos pemilikan kereta bukan sahaja merangkumi bayaran ansuran setiap bulan, tetapi perlu ambil kira kos servis kereta, tol, minyak dan sebagainya.

Sebagai contoh, katakan gaji bulanan anda RM4,000 sebulan. Jadi, 15 peratus daripada RM4,000 bersamaan dengan RM600 sebulan. Banyak kereta tempatan yang ditawarkan di pasaran yang boleh dimiliki pada harga sebegini. Anda perlu tahu, anda terikat dengan tempoh pinjaman kereta yang agak lama – lima tahun atau sembilan tahun bergantung pada pilihan.

Mungkin pada masa ini anda mampu untuk bayar amaun ansuran tersebut kerana komitmen sedia ada masih kecil. Tetapi, jumlah ansuran tersebut boleh menjadi beban pada masa akan datang jika anda ada menambah hutang-hutang lain.

3. Wang Pendahuluan Beli Kereta

Jika boleh, beli kereta setelah anda mampu menyediakan deposit atau wang pendahuluan untuk beli kereta. Bayaran pendahuluan ini boleh mengurangkan amaun bayaran ansuran bulanan kereta anda berbanding beli kereta tanpa sebarang wang pendahuluan.

Ada sesetengah penjual kereta yang menawarkan pinjaman kereta tanpa menetapkan sebarang wang pendahuluan. Tawaran ini semestinya menarik kerana anda tidak perlu mengeluarkan sebarang deposit. Tetapi sebenarnya anda tertakluk pada bayaran bulanan yang lebih tinggi.

Anda digalakkan untuk beli kereta beserta wang pendahuluan sekurang-kurangnya 10 peratus supaya dapat mengurangkan beban perbelanjaan anda setiap bulan.

Beli Kereta Ikut Gaji: Gaji Minimum untuk Beli Kereta

Beli Kereta Ikut Gaji: Gaji Minimum untuk Beli Kereta

Setiap individu mempunyai keinginan, keperluan dan kehendak yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, ramai terutamanya golongan muda tidak mempertimbangkan gaji minimum untuk beli kereta. Tetapi sebaliknya, golongan ini cenderung untuk beli kereta berdasarkan keinginan dan kehendak tanpa mempedulikan status kewangan.

Tidak kira sama ada anda ingin beli kereta baharu atau kereta terpakai, kereta import atau kereta tempatan, perkara utama yang perlu anda fikirkan adalah situasi kewangan anda. Berikut cadangan kereta yang boleh anda beli mengikut gaji untuk pertimbangan anda.

Gaji Minimum untuk Beli Kereta RM1,500-RM2,000

Gaji 1500 beli kereta apa? Bagi anda yang bergaji antara RM1,500 hingga RM2,000, anda mungkin boleh pertimbangkan model kereta tempatan seperti Perodua Axia atau Proton Saga. Model kereta baharu dijual di pasaran pada harga bawah RM34,000.

Selain itu, anda juga boleh memiliki model kereta ini pada harga yang jauh lebih murah di platform kereta terpakai. Model kereta Axia dan Saga bukan sahaja murah, malah ia juga jimat petrol dan sesuai untuk golongan bujang atau pasangan muda yang baru berkeluarga.

Gaji Minimum untuk Beli Kereta RM2,000-RM3,000

Bagi anda yang bergaji antara RM2,000 hingga RM3,000, model-model kereta seperti Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Proton Iriz boleh dipertimbangkan sebagai kereta pilihan. Model kereta ini dianggarkan dijual dalam pasaran pada harga sekitar RM40,000 hingga RM60,000 mengikut varian.

Model kereta seperti Perodua Myvi juga mempunyai resale value yang tinggi – anda boleh jual semula kereta dan nikmati harga jualan semula yang tinggi dalam pasaran!

Gaji Minimum untuk Beli Kereta RM3,000 dan ke Atas

Untuk anda yang bergaji melebihi RM3,000, anda boleh memilih kereta idaman dengan bajet sekitar RM75,000 hingga RM90,000. Antara model kereta yang boleh anda pilih adalah seperti Honda City, Honda Jazz*, Proton X50 atau Toyota Vios.

Namun begitu perlu diingatkan, lulus pinjaman atau lepas gaji minimum untuk beli kereta tidak bermaksud anda mampu untuk memiliki kereta tersebut. Ambil kira faktor-faktor lain seperti bayaran roadtax, servis kereta, insurans kereta, kos petrol dan sebagainya.

Elakkan membeli kereta di luar kemampuan kewangan anda. Buat pilihan dengan bijak dengan mengutamakan situasi kewangan supaya anda tidak terjerat dengan hutang jahat.

*Beli insurans kereta Honda di sini untuk lebih penjimatan.

Beli Insurans Kereta di Qoala untuk Perlindungan daripada Kecelakaan

Beli Insurans Kereta di Qoala untuk Perlindungan Kereta Baharu yang Optimum

Ramai dalam kalangan anak muda tidak tahu menguruskan kewangan dengan betul. Jika tidak kena caranya, anda mungkin berdepan dengan komitmen bulanan dan risiko hutang yang tinggi. Tidak salah untuk anda memiliki kereta idaman, yang penting pilih kereta yang bersesuaian dengan gaji minimum untuk beli kereta.

Paling penting, belajar untuk memahami poket sendiri supaya tidak terbeban dengan hutang yang tinggi setiap bulan. Selain itu, tidak lengkap jika berkereta baharu tanpa perlindungan insurans. Untuk ketenangan fikiran sepanjang pemanduan, anda boleh dapatkan perlindungan insurans kereta terbaik di Qoala.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insuran kereta terbaik di Malaysia. Proses beli insurans kereta kini lebih mudah dengan Qoala. Layari qoala.my untuk info lanjut!

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60