Situasi geran kereta hilang, geran motor hilang atau rosak boleh berlaku sama ada disebabkan oleh kecuaian, kebakaran atau bencana alam seperti ditenggelami banjir. Jika anda berdepan situasi kehilangan geran kereta ini, anda boleh mendapatkan salinan geran kereta original yang baharu di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan anda.
Permohonan Geran Kereta Original Hilang, Cara Dapatkan Salinan Geran Kereta Baharu
Geran kereta atau geran motor (atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mengandungi maklumat lengkap berkaitan kenderaan anda. Ia merupakan salah satu dokumen penting yang perlu ada jika anda ingin membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan. Oleh sebab itu, anda perlu buat geran motor hilang, geran kereta JPJ dengan segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Apa perlu buat jika geran kereta hilang? Geran motor hilang apa perlu buat? Jika geran kereta atau geran motosikal hilang, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan geran yang hilang. Berikut tiga cara untuk buat geran kereta hilang dan mendapatkan semula geran hilang motor.
1. Cara Dapatkan Salinan Geran Kereta dari Bank
Geran kereta hilang apa perlu buat? Salah satu cara dapatkan geran kereta yang hilang adalah dengan mendapatkan copy geran kereta dan geran moto original daripada mana-mana cawangan bank yang telah memberi loan kereta kepada anda.
Kebiasaannya, pihak bank memegang geran kereta original anda sekiranya pinjaman kereta belum habis bayar. Namun begitu, anda masih boleh meminta salinan geran kenderaan sekiranya anda membuat permohonan secara bertulis.
Mengikut Akta Sewa Beli Pindaan 2010, pihak bank perlu mengemukakan salinan VOC kepada pemohon apabila dipohon secara bertulis.
Salinan VOC: Cara Nak Dapatkan Geran Kereta yang Hilang dari Bank
Bagaimana cara nak dapatkan geran kereta, cara buat geran motor hilang dengan pihak bank? Berikut merupakan cara dapatkan sijil pemilikan kenderaan dari bank untuk rujukan anda:
-
-
-
-
- Kunjungi mana-mana cawangan bank yang meluluskan pinjaman kereta anda;
- Lengkapkan borang yang diperlukan;
- Serahkan kad pengenalan (MyKad) kepada pegawai yang bertugas;
- Selepas proses pengesahan (imbasan cap jari), pegawai yang bertugas akan menyerahkan grant kereta atau grand motor original kepada anda;
- Jika anda ingin mendapatkan geran copy untuk proses tuntutan insurans, anda hanya perlu membuat panggilan kepada pihak bank;
- Setelah disahkan, salinan geran motor hilang atau geran kereta hilang akan dihantar kepada anda melalui e-mel.
-
-
-
2. Cara Ambil Geran Kereta di JPJ
Jika geran kereta hilang, anda boleh mendapatkan sijil pemilikan kenderaan original daripada mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan. Bayaran geran kereta hilang sebanyak RM50 akan dikenakan, manakala bayaran geran motor hilang pula sebanyak RM20 akan dikenakan.
Geran Hilang JPJ: Cara Print Geran Kereta di JPJ
Untuk dapatkan semula grand kereta, geran motor hilang JPJ yang telah habis bayar, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut apabila berurusan di kaunter JPJ:
-
-
-
-
- Pastikan semua dokumen penting yang diperlukan;
- Bawa kad pengenalan anda (MyKad);
- Isi dan lengkapkan borang JPJ K7;
- Serahkan MyKad dan borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi kepada pegawai yang bertugas;
- Selepas proses pengesahan, anda akan menerima salinan geran JPJ asal.
-
-
-
JPJ Geran Hilang: Dokumen Diperlukan untuk Ambil Geran Kereta di JPJ
Sebagai pemilik kenderaan yang berdaftar, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum ambil geran di JPJ oleh pemilik berdaftar, wakil pihak pemilik berdaftar dan waris:
Dokumen-dokumen yang Diperlukan | |
Pemilik Berdaftar |
|
Wakil Pihak Pemilik Berdaftar |
|
Waris (geran kereta hilang owner meninggal atau geran motor hilang owner meninggal) |
|
3. Cara Dapatkan Geran Hilang di Kiosk JPJ
Selain memohon gran kereta dan gran motor di kaunter, anda juga boleh dapatkan salinan sijil pemilikan kenderaan hilang (geran kenderaan) dari mana-mana kiosk JPJ yang terdapat di seluruh Malaysia. Ini bermaksud, anda boleh ke kiosk JPJ print geran kereta dan geran motor tanpa perlu berurusan di kaunter.
JPJ Geran Kereta Hilang: Cara Print Geran Kereta di Kiosk JPJ
Berikut merupakan langkah-langkah yang anda perlu ikuti sekiranya mahu mendapatkan geran kereta atau geran motor di kiosk JPJ:
-
-
-
-
- Pergi ke mana-mana kiosk JPJ berhampiran anda;
- Masukkan MyKad anda di bahagian Pembaca MyKad;
- Kemudian, letakkan ibu jari kanan anda pada pengimbas cap jari;
- Pilih Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) dan klik Salinan;
- Masukkan no plat kenderaan anda – semak maklumat berkaitan yang dipaparkan;
- Masukkan kad debit atau kad kredit anda untuk membuat pembayaran;
- Salinan geran kereta hilang akan dikeluarkan;
- Harga print geran di JPJ akan dicaj sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) untuk setiap transaksi yang berjaya;
- Pilih cetakan resit sekiranya anda memerlukannya.
-
-
-
Cetak Geran Kereta: Lokasi Kiosk JPJ di Malaysia
Bagi memudahkan anda, berikut senarai geran kereta hilang kiosk JPJ di seluruh Malaysia untuk memudahkan anda reprint geran kereta anda:
Negeri | Daerah | Lokasi |
Kiosk JPJ Johor | Johor Bahru | Kompleks JPJ, Karung Berkunci, 714, Jalan Kencana Mas 1, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor |
Kluang | KM 10, Jalan Air Hitam-Kluang 86000 Kluang | |
Batu Pahat | KM 11 , Jalan Kluang Sri Gading, 83300 Batu Pahat | |
Muar | Jalan Sungai Abong, 84009 Muar | |
UTC Johor | L3-UTC-18 Galleria @ Kotaraya, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim | |
Kiosk JPJ Kuala Lumpur | Wangsa Maju | Lot 14264, 53300 Setapak |
Cheras | 1, Jalan Sri Permaisuri 8, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur | |
UTC Pudu | T2-5, Pudu Sentral,50250 Kuala Lumpur | |
UTC Sentul | T3-05, Kompleks Perniagaan dan Komuniti, Jalan 2/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur | |
UTC Keramat | Mini UTC Keramat, Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur | |
Kiosk JPJ Selangor | Shah Alam | Jalan Padang Jawa, 40620 Shah Alam |
Bangi | Lot 139 Jalan 7/7C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi | |
Banting | No 1 , Jalan Campakasari 2 42700 Banting | |
Petaling Jaya | Jalan Sultan 46620 Petaling Jaya | |
Kiosk JPJ Pahang | Kuantan | Kompleks JPJ, Jalan IM 14/10, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan |
Raub | KM 4, Jalan Cheroh, 27600 Raub | |
Temerloh | Taman Perindustrian Temerloh, 28400 Mentakab | |
Bentong | Taman Datuk Shah Bandar Hussin, 28700 Bentong | |
UTC Pahang | 2-19, Bangunan UTC Pahang, Jalan Stadium, 25200 Kuantan | |
Kiosk JPJ Kelantan | Kota Bharu | Taman JPJ Panji, 16100 Kota Bahru |
Kiosk JPJ Melaka | Melaka Tengah | Kompleks JPJ, 75990 Melaka Tengah |
UTC Melaka | Tingkat 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka | |
Kiosk JPJ Kedah | Alor Setar | Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar |
Sungai Petani | Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sungai Petani KM 6, Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani | |
Kulim | Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kulim Lot 301 Jalan Sungai Ular 09000 Kulim | |
UTC Sungai Petani | Aras 2, UTC Sungai Petani Jalan Petri 08000 Sungai Petani Kedah | |
Kiosk JPJ Pulau Pinang | Seberang Prai | Bandar Seberang Jaya 13700 Seberang Perai |
Tanjung/George Town | Jalan Sultan Azlan Shah 10510 Pulau Pinang | |
Kiosk JPJ Negeri Sembilan | Seremban | KM 5.5, Jalan Seremban – Tampin, 70990 Seremban |
Kiosk JPJ Perlis | Arau | Jalan Jejawi Permatang 02600 Arau, Perlis |
Kiosk JPJ Terengganu | Kuala Terengganu | Jalan Kemajuan Bukit Kecil 21100 Kuala Terengganu |
Kiosk JPJ Perak | Ipoh | Jalan Kompleks Sukan 30620 Ipoh |
Taiping | Jalan Kg. Dew 34700 Simpang | |
Manjung | Jalan Dato Seri Kamarudin 32040 Seri Manjung | |
UTC Ipoh | Off Jalan Dato’ Onn Jaafar 30300 Ipoh | |
Kiosk JPJ Putrajaya | Bangunan Galeria | Unit 11, Aras Bawah Bangunan Komersil PJH, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya |
Bangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) | Lobi, Kementerian Pengangkutan Malaysia, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4 Putrajaya |
Hilang Geran Kereta: Boleh atau Tidak Renew Roadtax Tanpa Salinan Geran Kereta?
Geran motor atau geran kereta boleh dianggap sebagai kad pengenalan untuk kereta dan motor anda. Ia mengandungi maklumat lengkap berkaitan pendaftaran kenderaan anda. Apa perlu buat kalau geran kereta hilang? Adakah geran kereta hilang boleh dilakukan secara online?
Buat masa ini, permohonan geran kereta online atau geran motor online masih belum tersedia. Anda perlu hadir secara fizikal untuk dapatkan salinan geran kenderaan yang baharu. Adakah anda boleh renew roadtax motor atau roadtax kereta anda jika geran hilang?
Ya, sebenarnya anda masih boleh perbaharui cukai jalan anda tanpa geran. Bahkan sebenarnya, anda tidak memerlukan apa-apa dokumen pun semasa memperbaharui roadtax atau cukai jalan kenderaan anda. Semua maklumat diperlukan sudah tersedia dalam sistem. Jadi, proses pembaharuan roadtax anda boleh diproses tanpa sebarang masalah.
Ada beberapa situasi yang memerlukan anda untuk mengemukakan geran kereta original atau geran motor original seperti:
- Untuk jual kenderaan kepada pihak ketiga;
- Tukar hak milik kenderaan;
- Untuk masuk ke negara lain menggunakan kenderaan sendiri contohnya ke Thailand;
- Ingin membuat tuntutan insurans kemalangan.
Renew Insurans dan Roadtax di Qoala untuk Ketenangan Fikiran
Meskipun anda boleh renew roadtax tanpa geran, anda perlu pastikan geran original kereta atau motor tidak hilang dan sentiasa disimpan dengan baik sepanjang masa. Anda boleh membuat beberapa salinan geran atau sijil pemilikan kenderaan untuk disimpan dalam fail bersama dokumen kenderaan yang lain.
Selain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan roadtax dan insurans terbaik dengan mudah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pilihan beberapa syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans.
Dapatkan sebut harga percuma di Qoala hari ini dan renew insurans kereta dan insurans motosikal anda dengan selamat.