Rancang Masa Depan dengan Insurans Pendidikan dan Perubatan

Kali terakhir diperbaharui May 25, 2023 oleh Shafiq Wahab
Rancang Masa Depan dengan Insurans Pendidikan dan Perubatan

Insurans pendidikan dan perubatan memainkan peranan penting lebih-lebih lagi dalam mendepani kehidupan yang semakin mencabar ini. Secara asasnya, insurans pendidikan memberikan perlindungan dan memastikan keperluan pendidikan anak-anak terjamin. Manakala, insurans perubatan pula memberikan perlindungan kewangan bagi individu dan keluarga ketika menghadapi masalah kesihatan.

Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Takaful dan Insurans Pendidikan dan Perubatan

Perlindungan insurans biasanya dikaitkan dengan perlindungan diri, insurans kesihatan, rumah, kereta dan sebagainya. Tetapi sebenarnya, selain insurans-insurans ini, kebanyakan syarikat insurans di Malaysia ada juga menyertakan pelaburan pendidikan untuk anak-anak anda.

Kombinasi insurans pendidikan dan perubatan boleh dikatakan agak baik dan relevan. Ini kerana, selain berperanan memberi perlindungan daripada sebarang risiko kewangan, insurans ini juga menawarkan perlindungan dan pelaburan untuk masa depan.

Dalam keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat ini, anda perlu rancang keperluan pendidikan dan perubatan anak anda bermula sekarang.

1. Insurans Pendidikan di Malaysia

Insurans pendidikan adalah produk insurans hayat – direka khusus sebagai salah satu cara menabung untuk pendidikan anak-anak. Apabila anak-anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas, dana ini boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak.

Secara asasnya, insurans pendidikan memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa atau penjaga. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada ibu bapa atau penjaga, anak-anak masih mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Dalam erti kata lain, dana ini bertindak sebagai jaminan kewangan untuk menanggung perbelanjaan pendidikan.

Jenis Insurans Pendidikan

Terdapat beberapa jenis insurans pendidikan yang terdapat di Malaysia – polisi endowment dan polisi berkaitan pelaburan. Perbezaan antara kedua-dua jenis polisi ini adalah dari segi struktur dan jenis pelaburan.

Polisi Endowment

Polisi ini menggabungkan elemen simpanan dan perlindungan. Ia berbentuk sertaan (participating) atau tanpa sertaan (non-participating). Bagi pelan tanpa sertaan, pemegang insurans tidak berkongsi keuntungan, tetapi semua manfaat insurans tetap dijamin sepenuhnya.

Untuk pelan sertaan pula, hanya sebahagian manfaat insurans dijamin. Jumlah penuh manfaat pada tempoh matang insurans tidak dijamin sepenuhnya kerana ia bergantung kepada prestasi syarikat insurans.

Polisi Berkaitan Pelaburan

Polisi ini menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku pemegang polisi. Ia menawarkan fleksibiliti – anda boleh menambah caruman premium bulanan (atau simpanan) apabila sumber pendapatan anda meningkat.

Sekiranya toleransi risiko pelaburan anda bersifat lebih agresif, anda boleh memilih instrumen pelaburan atau jenis dana yang ingin dilaburkan – ia melibatkan risiko yang lebih tinggi sama seperti mana-mana pelaburan lain.

Selain itu, tiada jaminan pulangan pelaburan diberikan. Ini bermaksud, pulangan mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang diunjurkan.

pelaburan risiko rendah di Malaysia

Sebelum pilih mana-mana polisi insurans pendidikan yang sesuai, anda boleh pertimbangkan perkara-perkara berikut:

  • Tentukan jumlah wang yang ingin diperuntukkan untuk pendidikan anak anda;
  • Jenis polisi yang anda beli bergantung pada matlamat dan toleransi anda terhadap risiko;
  • Pastikan anda memilih polisi yang boleh diakses apabila diperlukan – seperti polisi matang apabila anak anda memulakan pengajian tinggi atau anda boleh menerima sebahagian daripada manfaat insurans sebelum polisi matang;
  • Pastikan anda mampu membayar premium insurans kerana polisi pendidikan boleh dikatakan komitmen bulanan jangka panjang;
  • Pilih polisi yang menawarkan fleksibiliti untuk meningkatkan simpanan.

2. Insurans Kesihatan dan Perubatan di Malaysia

Insurans perubatan (atau turut dikenali sebagai insurans kesihatan) adalah satu bentuk perlindungan insurans yang melindungi anda daripada kos perubatan yang tidak dijangka. Ia meliputi kos rawatan hospital, pembedahan, ubat-ubatan dan lain-lain yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

Dalam erti kata lain, insurans perubatan memberikan perlindungan kepada individu dan keluarga daripada risiko kewangan seperti kos perubatan yang tinggi.

Dengan insurans perubatan, anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan yang mahal dan anda kini mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tanpa menjejaskan kewangan anda.

3. Perbandingan Insurans Pendidikan dan Perubatan di Malaysia

Kedua-dua insurans pendidikan dan perubatan mempunyai objektif dan skop perlindungan yang berbeza. Jadi, anda perlu membuat penilaian sendiri dan memilih insurans yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda. Berikut merupakan perbandingan antara insurans pendidikan dan perubatan untuk rujukan anda:

Skop Perlindungan

Insurans pendidikan memberikan perlindungan kewangan dalam hal berkaitan pelaburan pendidikan. Manakala, insurans perubatan memberikan perlindungan kewangan dalam hal berkaitan masalah kesihatan.

Manfaat Perlindungan

Insurans pendidikan memberikan faedah apabila pemegang polisi mencapai usia matang. Insurans perubatan pula memberikan faedah apabila pemegang polisi menghadapi masalah kesihatan.

Kepentingan Insurans

Insurans pendidikan penting dalam memastikan pemegang polisi mempunyai dana pendidikan yang mencukupi. Selain itu, ia juga memberi kelebihan untuk masa depan.

Insurans perubatan pula penting dalam memastikan pemegang polisi tidak mengalami masalah kewangan apabila berdepan masalah kesihatan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Maksimumkan Pelepasan Cukai Insurans, Beli Takaful dan Insurans Pendidikan dan Perubatan Hari Ini

Caruman premium insurans atau sumbangan takaful adalah termasuk dalam kategori pelepasan cukai 2023 yang layak anda tuntut. Anda secara asasnya layak untuk membuat tuntutan pelepasan cukai insurans atau takaful seperti berikut:

  • Insurans/Takaful dan caruman KWSP untuk penjawat awam berpencen – Tuntutan dibenarkan sehingga RM7,000;
  • Insurans/Takaful Nyawa untuk kakitangan swasta – Tuntutan dibenarkan sehingga RM3,000;
  • KWSP dan Skim Pelaburan diluluskan (selain penjawat awam) – Tuntutan dibenarkan sehingga RM4,000;
  • Takaful/Insurans Pendidikan dan Perubatan – Tuntutan dibenarkan sehingga RM3,000.

Insurans pendidikan dan perubatan di Malaysia

Beli Insurans Pendidikan dan Perubatan untuk Kesejahteraan Kewangan

Insurans pendidikan dan perubatan merupakan salah satu perlindungan insurans yang masih relevan dan perlu dipertimbangkan oleh individu di Malaysia. Insurans pendidikan membolehkan anda merancang dan menyimpan dana yang mencukupi untuk pendidikan anak-anak.

Insurans kesihatan dan perubatan pula berperanan dalam melindungi kesejahteraan kewangan terutamanya apabila berlaku kecemasan perubatan. Secara asasnya, gabungan perlindungan insurans pendidikan dan perubatan boleh membantu memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan kewangan untuk masa depan.

Oleh sebab itu, penting untuk anda memilih produk insurans yang sesuai dengan keperluan dan keadaan anda. Ini termasuklah mempertimbangkan faktor seperti jenis produk insurans, syarat dan keperluan serta reputasi syarikat insurans.

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan takaful atau insurans perubatan dan pendidikan anak anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans kesihatan yang terbaik di Malaysia. Platform ini juga menawarkan proses beli insurans online yang mudah dan pantas.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60