Insurans 101: Liabiliti Undang-undang Terhadap Penumpang

Kali terakhir diperbaharui Jun 11, 2024 oleh Shafiq Wahab
Insurans 101: Liabiliti Undang-undang Terhadap Penumpang

Polisi insurans kereta menawarkan pelbagai jenis perlindungan bukan sahaja untuk keselamatan kenderaan itu sendiri, tetapi turut melindungi pemilik kereta atau pemandu yang sah serta penumpang. Dalam artikel ini, anda akan memahami perlindungan Liabiliti Undang-undang terhadap Penumpang bagi membolehkan anda mendapatkan perlindungan insurans kereta yang optimum dan komprehensif.

2 Jenis Perlindungan Liabiliti Undang-Undang dalam Insurans Kereta

Sebelum melihat dengan lebih terperinci perlindungan tambahan yang disebutkan, penting untuk anda tahu terdapat dua jenis perlindungan liabiliti undang-undang yang ditawarkan oleh syarikat insurans kereta di Malaysia.

Perlindungan Liabiliti Undang-undang yang biasa dipertimbangkan semasa membeli insurans kereta adalah seperti:

  1. Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (LLP); dan
  2. Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang (LLOP).

Jenis Perlindungan Liabiliti Undang-Undang dalam Insurans Kereta

Apa itu Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (LLP) dan Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang (LLOP)? Berikut adalah perbezaan antara kedua-dua pelan perlindungan tambahan ini:

Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (LLP) Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang (LLOP)
Maksud

Melindungi pemilik kereta dan pemandu sah terhadap tuntutan undang-undang yang dibuat oleh penumpang kereta jika berlaku kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian pemandu.

Melindungi pemilik kereta daripada tuntutan undang-undang yang timbul akibat kecuaian penumpang yang menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada pihak ketiga
Contoh

Jika pemandu memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan yang mengakibatkan kecederaan kepada penumpang, LLP akan melindungi pemandu daripada tuntutan undang-undang yang dibuat oleh penumpang tersebut.

Jika penumpang membuka pintu kereta tanpa berhati-hati dan mencederakan seorang penunggang basikal, LLOP akan melindungi pemilik kereta daripada tuntutan undang-undang yang dibuat oleh penunggang basikal tersebut.
Kos 25 peratus daripada premium polisi insurans asas pihak ketiga. RM7.50 bagi setiap kenderaan

Apa Itu Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang akibat Kecuaian (LLOP)?

Secara asasnya, LLP melindungi daripada tuntutan oleh penumpang terhadap pemilik kereta atau pemandu. Manakala, LLOP pula melindungi daripada tuntutan oleh pihak ketiga terhadap pemilik kereta disebabkan oleh kecuaian penumpang.

Artikel ini akan membantu anda memahami perlindungan Liabiliti Undang-undang terhadap Penumpang dengan lebih terperinci dan bagaimana ia berfungi dalam melindungi kewangan anda:

Contoh Senario: Liabiliti Undang-undang terhadap Penumpang

Bayangkan situasi penumpang anda mencederakan seorang penunggang basikal. Penumpang anda secara tidak sengaja membuka pintu kereta tanpa mengawasi persekitaran dengan teliti sehingga menyebabkan kecederaan kepada penunggang basikal tersebut. Di sinilah peranan LLOP dalam menanggung kos kerosakan atau kecederaan yang dialami oleh penunggang basikal tersebut.

Meskipun dalam kes ini kemalangan bukan berpunca daripada kecuaian anda, anda masih tertakluk pada liabiliti undang-undang. Jika penunggang basikal tersebut memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang, anda sebagai pemilik kereta perlu menanggung liabiliti ini.

Anda mungkin perlu menggunakan wang simpanan anda sendiri untuk membayar tuntutan jika anda tidak memasukkan perlindungan LLOP dalam pelan insurans kereta anda.

Contoh lain, anda memandu kereta bersama dengan anak-anak anda. Salah seorang daripada mereka menurunkan cermin tingkap dan membuang beg plastik semasa kereta sedang bergerak. Beg plastik tersebut kemudiannya tersangkut pada visor seorang penunggang motosikal lalu menyebabkan penunggang motosikal tersebut terjatuh.

Penunggang tersebut mengalami cedera dan motor yang dinaiki rosak teruk. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap anda sebagai pemilik kereta kerana menyebabkan kerosakan dan kecederaan kepada penunggang tersebut.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan tambahan insurans semasa perbaharui insurans kereta. Dengan hanya kos tambahan serendah RM7.50 setiap tahun*, ia dapat membantu anda menanggung kos luar jangka ini sekiranya anda berdepan situasi seperti ini.

*Jarang berlaku situasi penumpang anda menjadi punca kerosakan atau kemalangan kepada pengguna jalan raya lain. Oleh sebab itu, Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang (LLOP) adalah pilihan yang lebih murah berbanding perlindungan LLP.

Dapatkan Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang (LLOP) di Qoala untuk Ketenangan Fikiran yang Optimum

Perbaharui Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran yang Optimum

Ramai orang beranggapan bahawa perlindungan Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (LLP) dan Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang (LLOP) hanya diperlukan ketika melancong ke Singapura. Ini kerana, Republik Singapura mewajibkan kedua-dua perlindungan liabiliti undang-undang ini untuk memasuki negara tersebut dengan kereta.

Namun begitu, perlindungan ini juga praktikal untuk dimiliki oleh pemilik kereta di Malaysia. Ia dapat melindungi kewangan anda sekiranya berlaku musibah yang disebabkan oleh penumpang anda. Meskipun LLOP akan menyebabkan peningkatan jumlah premium, anda boleh menikmati perlindungan insurans yang menyeluruh untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan liabiliti undang-undang terhadap penumpang di Malaysia serta perlindungan tambahan lain dalam insurans kereta, layari qoala.my untuk maklumat lanjut.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60