Berapa Harga Insurans Kereta BMW 2024 di Malaysia?

Kali terakhir diperbaharui Mar 1, 2024 oleh Shafiq Wahab
Berapa Harga Insurans Kereta BMW 2024 di Malaysia?

Harga insurans kereta mewah seperti insurans kereta BMW biasanya lebih mahal berbanding insurans kereta standard lain di pasaran. Insurans kereta secara asasnya dicipta untuk melindungi kenderaan anda sekiranya berlaku kerosakan akibat kemalangan. Maka, logiklah jika kereta mewah lebih mahal untuk diisuranskan kerana kereta jenis ini biasanya menelan belanja aksesori atau alat ganti yang lebih tinggi.

Berapa Harga Insurans Kereta BMW 2024 di Malaysia?

Berdasarkan data kami, harga perlindungan insurans untuk model BMW X5 xDRIVE40e M SPORT (CKD) 2016 dengan sum insured RM171,000 termasuk perlindungan tambahan adalah sebanyak RM2,418.94 (RM4,042.09 sebelum diskaun NCD).

Harga ini semestinya lebih tinggi berbanding model-model standard lain dalam pasaran. Untuk sebut harga insurans kereta BMW, layari qoala.my untuk info lanjut.

Berapa Harga Insurans Kereta BMW 2024 di Malaysia?

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Kereta Mewah di Malaysia?

Perlindungan insurans kereta mewah dan mahal boleh dikatakan agak mencabar. Jika tersilap langkah, kereta anda mungkin tidak mendapat perlindungan yang sewajarnya atau insurans underinsured yang boleh beri kesan kepada kewangan jangka panjang anda. Semasa beli insurans kereta BMW misalnya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diambil kira.

Berikut antara perkara penting yang perlu dinilai semasa mendapatkan perlindungan insurans kereta mewah:

1. Nilai Pasaran Kenderaan

Kereta mewah seperti kereta BMW mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi berbanding model-model kereta standard yang lain dalam pasaran. Ini sekali gus menjadikan kos untuk pembaikan kerosakan dan penggantian alat ganti menelan belanja yang lebih mahal.

Atas faktor ini, penting untuk anda ambil kira harga pasaran kereta mewah anda semasa ingin dapatkan insurans kereta. Cara ini membolehkan anda mendapatkan perlindungan insurans yang sepadan dengan harga pasaran kereta anda.

Contohnya, jika nilai kereta semasa anda RM500,000, pastikan jumlah perlindungan insurans tidak kurang daripada nilai tersebut. Jika tidak, anda mungkin akan menerima pampasan yang tidak mencukupi sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kereta total loss.

2. Perlindungan Tambahan

Selain itu, pertimbangkan untuk menambah perlindungan tambahan untuk kereta mewah anda. Anda boleh pertimbangkan perlindungan tambahan seperti perlindungan kecurian, vandalisme, insurans kerosakan cermin dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu risau jika berlaku sesuatu pada kereta mahal anda kerana dilengkapi dengan perlindungan keselamatan tambahan.

3. Syarikat Insurans Khusus

Pertimbangkan syarikat insurans yang mempunyai kepakaran atau pemahaman yang baik mengenai keperluan khusus kereta mewah anda. Ini bagi memastikan kereta mahal anda mendapat polisi yang sesuai dengan manfaat perlindungan yang lebih baik.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans yang khusus dalam melindungi kereta mewah dan berkualiti tinggi, antaranya insurans kereta Tokio Marine, Etiqa dan Allianz.

6 Faktor Pengaruhi Harga Insurans Kereta BMW di Malaysia

Harga premium insurans kereta secara asasnya boleh dipengaruhi oleh banyak faktor. Harga insurans kereta BMW misalnya, boleh berubah-ubah bergantung pada perkara-perkara berikut:

1. Lokasi

Jika anda tinggal di kawasan yang berisiko untuk kecurian atau kemalangan, anda perlu bayar harga premium insurans yang lebih mahal.

2. Usia

Pemandu kereta berusia muda atau lebih 65 tahun dikategorikan sebagai berisiko tinggi oleh kebanyakan syarikat insurans di Malaysia. Jadi, golongan ini biasanya perlu bayar insurans kereta yang lebih mahal.

3. Rekod Pemanduan

Jika anda mempunyai rekod saman, atau pernah menyebabkan kemalangan, anda perlu menjangkakan kadar insurans kereta yang lebih mahal.

4. Jenis Kenderaan

Model kereta mahal seperti kereta BMW perlu membayar kos insurans yang lebih mahal berbanding model kereta biasa.

Apakah Model Kereta yang Dianggap Sebagai Model Kereta Mewah oleh Syarikat Insurans?

Jenama kereta mahal seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi, Porsche, Maserati, Lexus, Tesla dan Lamborghini dianggap sebagai jenama kereta mewah di Malaysia.

Insurans kereta jenama kereta sebegini lebih mahal berbanding jenama-jenama lain disebabkan oleh kos pembaikan kereta yang biasanya menelan belanja yang lebih mahal

Kenapa Insurans Kereta Mewah Lebih Mahal?

Kos untuk insurans kereta mewah lebih mahal berbanding kos untuk insurans kereta standard. Ini kerana, alat ganti dan kos untuk baiki komponen-komponen kereta mewah lebih mahal dan lebih specialized.

5. Sejarah Kredit

Pemandu dengan skor kredit yang baik biasanya menikmati harga insurans yang lebih murah.

6. Jantina

Pemandu lelaki lebih terdedah kepada risiko kemalangan, jadi golongan ini perlu bayar harga insurans kereta yang lebih mahal.

Beli Insurans Kereta BMW di Qoala untuk Lebih Penjimatan

Beli Insurans Kereta BMW di Qoala untuk Lebih Penjimatan

Harga insurans kereta mewah seperti insurans kereta BMW biasanya lebih mahal berbanding insurans kereta biasa. Oleh sebab itu, penting untuk anda bandingkan syarikat insurans apabila anda ingin beli insurans kereta mahal. Penting untuk anda buat semakan terperinci bagi memastikan anda mendapat perlindungan insurans yang sewajarnya untuk kereta BMW mewah anda.

Di Malaysia, hanya ada beberapa syarikat insurans yang menawarkan insurance kereta BMW. Untuk info lanjut berkaitan insurans kereta BWM, layari qoala.my hari ini. Qoala merupakan platform perbandingan insurans paling popular dan terbaik di Malaysia. Anda boleh bandingkan beberapa syarikat insurans bagi bantu anda memilih perlindungan insurans kereta terbaik untuk kereta mewah anda.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60