Situasi kereta kena langgar dari tepi seperti di kawasan parking kereta bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Kadang-kala nak cepat disebabkan ada emergency atau hal tertentu, terus reverse dan langgar kereta belakang sampai kemek. Jika situasi ini berlaku kepada anda, apa yang perlu anda buat?
Kereta Kena Langgar dari Tepi, Cara Tuntut Ganti Rugi daripada Insurans Tanpa Jejaskan NCD Kereta
Jika anda tahu siapa pelaku yang langgar kereta dari tepi, ia mungkin tidak menjadi masalah kepada anda. Anda hanya perlu buat laporan polis dan claim insurans pihak ketiga yang melanggar kereta anda. Jika libatkan kerosakan kecil, anda boleh selesaikan sendiri antara kedua-dua pihak luar dari balai polis tanpa perlu buat tuntutan insurans.
Bagaimana pula jika kereta kena langgar dari tepi tetapi anda tidak tahu siapa pelakunya? Jangan bimbang! Anda boleh claim insurans kereta kemalangan sendiri atau buat tuntutan No Fault Own Damage jika anda memiliki insurans kereta komprehensif.
Tuntutan No Fault Own Damage
Apa yang dimaksudkan dengan tuntutan No Fault Own Damage? Tuntutan insurans kemalangan sendiri atau No Fault Own Damage ialah tuntutan yang boleh anda lakukan sebagai pemegang polisi komprehensif apabila kemalangan yang berlaku bukan disebabkan salah anda.
Pengesahan ini akan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas siasatan dijalankan melalui report polis yang dibuat. Jika tuntutan ini dibuat, ia tidak akan menjejaskan peratus NCD kereta anda langsung.
Ini bermakna, NCD anda tidak akan berubah menjadi kosong dan anda masih boleh nikmati diskaun bayaran semasa renew insurans kereta pada tahun seterusnya.
5 Cara Claim Insurans Kereta Kena Langgar dari Tepi
Jika berdepan dengan situasi kereta kena langgar dari tepi, pertama sekali, jangan panik dan bertenang sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat tuntutan No Fault Own Damage dengan syarikat insurans anda.
1. Periksa Kerosakan pada Kereta
Periksa kereta dan kawasan sekeliling untuk melihat sama ada bukti atau kesan kerosakan lain berhampiran kereta anda. Anda juga disarankan untuk mengambil beberapa gambar kerosakan kereta dari pelbagai sudut untuk tujuan tuntutan insurans nanti.
Anda mungkin boleh check wiper kereta atau cermin kereta jika ada nota atau nombor telefon yang ditinggalkan oleh pihak yang melanggar kereta anda. Adakalanya pelakunya nak cepat atau ada hal kecemasan, lalu terlanggar kereta dari tepi. Jadi, tidak mungkin pelaku akan menunggu anda datang untuk berbincang tentang situasi itu.
2. Buat Laporan Polis dengan Segera
Seterusnya anda perlu buat report polis dengan segera dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan tersebut berlaku. Langkah ini penting kerana laporan polis ini wajib ada untuk membolehkan anda claim No Fault Own Damage dengan syarikat insurans anda nanti.
Pihak polis akan menyiasat laporan anda. Anda disarankan untuk menyimpan laporan hasil penyiasatan tersebut sebagai rujukan semasa tuntutan insurans dibuat.
3. Hubungi Syarikat Insurans
Setelah membuat laporan polis, anda perlu menghubungi pihak insurans untuk berbincang tentang proses claim insurans yang akan dilakukan. Untuk mudahkan proses, sediakan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan asal laporan polis;
- Salinan IC dan lesen memandu;
- Geran kereta;
- Salinan cover note insurans;
- Gambar kerosakan kereta (jika ada);
- Resit bagi kos repair kereta daripada pelaras kerugian (adjuster) berlesen.
4. Bawa Kereta Ke Bengkel Panel Insurans
Bawa kereta anda ke bengkel panel untuk memastikan proses claim kerosakan kereta kena langgar dari tepi berjalan lancar. Anda boleh periksa lokasi bengkel panel berdekatan anda di Qoala untuk memudahkan proses tuntutan insurans anda.
Biasanya, pelaras kerugian (atau adjuster) akan menilai tahap kerosakan, anggaran kos dan tempoh masa yang diperlukan untuk baiki kerosakan kereta. Jika anda anda membeli CART semasa renew insurans kereta, anda boleh buat tuntutan ini dengan syarikat insurans anda.
CART merujuk pada pampasan yang dibayar mengikut taksiran tempoh masa pembaikan kerosakan kereta. Jumlah pampasan yang diterima dikira mengikut bilangan hari diperlukan untuk baiki kerosakan kereta. Ia berdasarkan tempoh pembaikan yang dianggarkan oleh adjuster, dan bukan berdasarkan bilangan hari kereta berada di bengkel.
Pampasan CART yang diterima ini boleh digunakan untuk menampung kos tambahan seperti kos sewa kereta, tambang e-hailing dan sebagainya. Anda boleh rujuk artikel 6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Claim Loss of Use untuk info lanjut.
5. Tunggu Kereta Siap Dibaiki
Buat follow-up dengan bengkel yang membaik pulih kereta anda dari semasa ke semasa. Hal ini untuk memastikan kereta anda dapat dibaiki dalam tempoh masa yang ditetapkan dan pihak bengkel tidak melengahkan masa untuk melakukannya.
Anda kena ingat, lagi lama kereta anda di bengkel, tentunya lebih menyukarkan anda untuk melakukan urusan harian seperti pergi kerja, hantar anak ke sekolah, beli barang keperluan dan sebagainya.
Sediakan Insurans Kereta Komprehensif untuk Melindungi Kereta Anda
Situasi kereta kena langgar dari tepi boleh berlaku kepada anda pada bila-bila masa. Salah satu tips yang boleh anda praktikkan adalah dengan melengkapkan kereta anda dengan dashcam. Cara ini dapat membantu anda menghadapi situasi seperti ini dengan lebih mudah.
Dashcam kereta amat berguna dalam apa jua situasi kemalangan. Anda berpeluang mengesan nombor plat kereta langgar lari, warna kereta dan sebagainya. Bukan itu sahaja, rakaman ini juga mungkin boleh membantu orang lain jika ada kemalangan yang berlaku berdekatan dengan kereta anda.
Selain dashcam kereta, salah satu langkah terbaik untuk melindungi kereta tentulah dengan membeli insurans kereta komprehensif untuk kereta anda. Qoala menyediakan pelbagai jenis insurans dan takaful kereta yang berupaya melindungi kereta anda dalam pelbagai situasi.
Anda hanya perlu layari laman web Qoala dan pilih insurans kereta terbaik yang menepati keperluan anda. Dapatkan sebut harga insurans kereta dengan cara yang lebih menjimatkan masa, tenaga dan poket anda dengan Qoala. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling popular di Malaysia.