Insurans E-Hailing untuk Perlindungan Pemandu dan Penumpang

Kali terakhir diperbaharui May 30, 2023 oleh Shafiq Wahab
Insurans E-Hailing untuk Perlindungan Pemandu dan Penumpang

Tidak dinafikan dengan kemunculan pelbagai perkhidmatan e-hailing seperti Grab, AirAsia dan InDrive mengubah landskap pengangkutan awam di Malaysia. Perkhidmatan e-hailing secara tidak langsung memberikan alternatif pengangkutan yang lebih mudah dan cekap. Bagi memastikan keselamatan dan perlindungan semua pihak yang terlibat, Kementerian Pengangkutan Malaysia memperkenalkan peraturan baharu yang memerlukan pemandu e-hailing untuk memperoleh lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan perlindungan insurans e-hailing.

Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans E-Hailing di Malaysia

Ramai individu memilih untuk menjadi pemandu e-hailing kerana ia menawarkan sumber pendapatan yang lebih fleksibel. Meskipun perkhidmatan e-hailing merupakan alternatif pengangkutan awam yang baik untuk anda secara keseluruhan, ia juga membawa risiko dan cabaran baru bagi penumpang dan pemandu e-hailing terutamanya dari segi keselamatan.

Kewajipan insurans e-hailing dan lesen PSV sedikit sebanyak meminimumkan impak dan cabaran tersebut. Tetapi persoalannya, bagaimana insurans e-hailing berfungsi? Adakah insurans e-hailing wajib bagi semua pemandu e-hailing?

Penting untuk anda fahami bahawa penggunaan kenderaan persendirian untuk tujuan komersial tanpa perlindungan insurans yang sewajarnya boleh membawa risiko dan menjejaskan kewangan anda jika berlaku apa-apa kemalangan. Perkhidmatan e-hailing tergolong dalam kategori penggunaan komersial – jadi polisi insurans persendirian tidak akan melindungi sebarang kejadian yang berlaku semasa anda menyediakan perkhidmatan ini.

Apa-apa kemalangan yang berlaku semasa menggunakan kenderaan persendirian tanpa insurans e-hailing boleh menyebabkan tuntutan insurans kereta ditolak. Ini kerana, anda telah melanggar terma polisi insurans kereta persendirian anda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan insurans tambahan yang bersesuaian untuk melindungi diri anda dan penumpang apabila menyediakan perkhidmatan e-hailing.

Insurans e-hailing untuk perlindungan pemandu dan penumpang

Apa Itu Insurans E-Hailing?

Insurans e-hailing adalah polisi insurans khusus yang menawarkan perlindungan tambahan kepada pemandu e-hailing, penumpang dan individu pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan. Penting untuk anda tahu bahawa perlindungan insurans e-hailing tidak sama dengan polisi insurans kereta persendirian. Polisi insurans kereta persendirian sedia ada tidak akan memberikan perlindungan untuk kemalangan yang berlaku semasa menyediakan perkhidmatan e-hailing.

Liputan perlindungan yang ditawarkan oleh polisi insurans e-hailing adalah berbeza bergantung pada syarikat insurans. Namun secara umumnya, polisi ini akan melindungi pemandu dan penumpangnya semasa kereta menjalankan perkhidmatan mengangkut penumpang.

1. Sebarang Kehilangan atau Kerosakan yang Berlaku ke atas Kenderaan Anda

Jika anda berdepan situasi kemalangan (atau kecurian) semasa mengangkut penumpang penumpang dalam kenderaan anda, insurans akan menanggung kerugian yang dialami. Selain itu, perlindungan ini juga meliputi kes-kes kecurian dan kerugian akibat kebakaran semasa anda menyediakan perkhidmatan e-hailing.

2. Tanggungan Liabiliti Kerugian Pihak Ketiga

Insurans e-hailing direka untuk memberikan perlindungan bagi kerugian atau kerosakan pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan e-hailing anda. Perlindungan ini penting untuk melindungi pemandu e-hailing daripada liabiliti kewangan yang mungkin timbul akibat kemalangan tersebut.

Ini bermaksud, syarikat insurans akan membayar ganti rugi untuk apa-apa kecederaan atau kematian serta kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan kemalangan. Oleh sebab itu, perlindungan insurans ini penting bagi melindungi pemandu e-hailing dan penumpang daripada apa-apa risiko kewangan akibat kemalangan.

3. Perlindungan Terhadap Liabiliti Undang-Undang Akibat Kecederaan yang Ditanggung oleh Penumpang

Polisi insurans kenderaan anda menawarkan perlindungan kepada penumpang (termasuk kematian atau kecederaan fizikal) semasa masuk, dalam perjalanan sehingga keluar dari kenderaan anda. Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa syarikat insurans anda mungkin tidak akan membayar sepenuhnya jika jumlah penumpang dalam kenderaan anda semasa kemalangan melebihi had yang dibenarkan.

Anda perlu semak dengan syarikat insurans e-hailing pilihan anda mengenai had perlindungan ini. Sekiranya berlaku kemalangan, syarikat insurans akan memberi pampasan berdasarkan formula yang ditetapkan dalam polisi insurans anda. Jika jumlah penumpang melebihi had maksimum tempat duduk yang dibenarkan, ia mungkin boleh beri kesan kepada tuntutan anda.

Biasanya, anda akan diberi pampasan oleh syarikat insurans berdasarkan formula berikut:

(Jumlah penumpang yang dibenarkan mengikut undang-undang) x Jumlah tuntutan yang diberikan
(Jumlah penumpang yang dibawa semasa kejadian)

Lindungi Diri Anda dengan Perlindungan Insurans Motosikal di Qoala

4. Penumpang Mempunyai Liabiliti ke atas Sebarang Kecuaian

Pemandu e-hailing mungkin akan berdepan situasi yang menjejaskan kewangan mereka disebabkan oleh tindakan penumpang. Insurans e-hailing menyediakan perlindungan untuk penumpang yang membayar tambang bagi apa-apa perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan semasa menaiki kenderaan anda.

Sebagai contoh, jika penumpang dikenakan denda atau didakwa atas kesalahan-kesalahan tertentu semasa dalam kenderaan anda, syarikat insurans akan menanggung kerugian tersebut.

5. Kecederaan atau Kematian Pemandu E-Hailing yang Tidak Disengajakan

Jika anda atau pemandu yang dibenarkan terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan fizikal semasa menyediakan perkhidmatan e-hailing, anda berhak mendapatkan pampasan. Namun begitu, jumlah pampasan yang akan diterima bergantung pada polisi insurans anda. Sebagai contoh, anda mungkin layak untuk mendapatkan pampasan seperti berikut:

Jenis Kecederaan yang Boleh Dituntut Jumlah Pampasan
Kematian  RM10,000 hingga RM30,000
Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (Cacat Kekal)

  • Hilang penglihatan sebelah atau kedua-dua mata;
  • Hilang sebelah atau kedua-dua tangan;
  • Hilang sebelah atau kedua-dua kaki.
Kira-kira RM30,000

Tambah perlindungan insurans e-hailing untuk ketenangan fikiran

Bagaimana Anda Boleh Mendapatkan Perlindungan Tambahan Insurans E-Hailing?

Insurans e-hailing adalah perlindungan yang penting lebih-lebih lagi jika anda menyediakan perkhidmatan e-hailing. Ia menawarkan perlindungan kewangan terhadap liabiliti yang mungkin timbul akibat kemalangan yang melibatkan pihak ketiga, penumpang, atau pemandu.

Insurans e-hailing boleh dianggap sebagai pelaburan yang baik kerana ia melindungi anda daripada sebarang kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kepada kereta anda semasa bekerja. Meskipun begitu, penting untuk anda ambil maklum bahawa tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan tambahan insurans e-hailing untuk kereta persendirian.

Oleh sebab itu, kebanyakan premium insurans kereta e-hailing ditawarkan pada harga yang lebih mahal berbanding perlindungan insurans kereta yang lain disebabkan penilaian risiko yang ada. Kenderaan e-hailing dikatakan lebih terdedah kepada bahaya kerana lebih banyak masa diluangkan di jalan raya.

Anda disarankan untuk memastikan kereta anda mempunyai perlindungan yang mencukupi untuk mengelakkan sebarang risiko. Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans yang menawarkan perlindungan tambahan insurans e-hailing seperti:

Jika anda ingin menjadi pemandu e-hailing sama ada pemandu sepenuh masa atau separuh masa, anda disarankan untuk memahami liputan perlindungan yang disediakan oleh insurans ini. Fahami juga segala terma dan syarat yang berkaitan dengan polisi yang ditetapkan oleh syarikat insurans.

Jika anda mencari insurans kereta kompehensif yang memenuhi keperluan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang mudah, cepat dan selamat.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60