Takaful vs Insurans 2024: Pilihan yang Mana yang Anda Patut Pilih?

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Takaful vs Insurans 2024: Pilihan yang Mana yang Anda Patut Pilih?

Takaful vs insurans – mana satu lebih baik? Secara asasnya, Takaful vs insurans konvensional memiliki tujuan yang sama iaitu menawarkan perlindungan terhadap kerugian kewangan sekiranya anda berdepan keadaan yang tidak terduga. Kedua-dua insurans konvensional dan perlindungan takaful memerlukan peserta untuk membayar sumbangan atau caruman. Meskipun Takaful vs insurans konvensional ini boleh dikatakan ada persamaan, kedua-duanya mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Takaful vs Insurans Konvensional: Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu

Ada dalam kalangan anda mungkin tidak jelas dengan pelan perlindungan Takaful vs insurans konvensional ini. Malah, terdapat salah faham umum bahawa Takaful merupakan versi ‘Islamik’ insurans konvensional dan hanya boleh diakses oleh orang Islam. Walaupun perlindungan Takaful terbina berdasarkan prinsip-prinsip Islam, Takaful bukanlah produk agama dan ia tersedia kepada semua orang termasuk bukan Muslim. Perkara paling penting yang perlu anda fahami ialah Takaful mewakili prinsip-prinsip Islam dalam pelaksanaannya.

Apa Itu Insurans Konvensional?

Anda mungkin biasa dengar istilah seperti insurans kereta, insurans nyawa, insurans kesihatan dan perubatan dan lain-lain lagi. Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan insurans ini? Secara amnya, polisi insurans adalah perjanjian bertulis antara satu pihak dengan pihak yang lain untuk melindungi pencarum daripada sebarang kerugian kewangan.

Perlindungan ini ditawarkan kepada anda (pencarum) sebagai pertukaran untuk bayaran premium insurans yang anda bayar. Sebagai contoh, jika anda terlibat dalam kemalangan dan kejadian ini memberi kesan kepada kesihatan dan kewangan anda, anda boleh membuat tuntutan insurans dengan syarikat insurans anda.

Takaful mengamalkan prinsip patuh Syariah

Ini bermaksud, pihak insurans akan menampung kos rawatan di hospital tanpa memerlukan anda mengeluarkan simpanan persaraan anda.

Kelebihan Kekurangan
Pilihan lebih luas kerana ditawarkan oleh lebih banyak syarikat insurans Agihan keuntungan kepada pemegang saham
Bayaran komisen tetap (dua peratus) Ada unsur yang tidak mematuhi prinsip syariah
Pelan terkait pelaburan disediakan Kadar premium bergantung pada penilaian risiko

Apa Itu Takaful?

Insurans Islam (atau dikenali sebagai Takaful) memerlukan peserta untuk menyumbang ke dalam sistem kumpulan untuk melindungi satu sama lain daripada kerugian atau kecederaan. Peserta Takaful berkongsi risiko secara kolektif berasaskan kerjasama bersama. Ia berbeza dengan insurans konvensional yang memindahkan risiko kerugian kepada syarikat insurans untuk mengurangkan beban kewangan.

Takaful menyediakan perlindungan mengikut prinsip-prinsip Syariah atau undang-undang Islam. Ia menggariskan kewajipan untuk bekerjasama dan melindungi satu sama lain. Insurans kesihatan, insurans nyawa dan insurans am antara yang ditawarkan melalui polisi Takaful.

Sebagai umat Islam, anda disarankan untuk mengambil Takaful. Ini kerana, insurans konvensional difatwakan haram kerana mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti riba, gharar dan maisir.

Gharar (Ketidakpastian)

Unsur ketidakpastian dalam kontrak – kontrak takaful harus bebas dari sebarang keraguan, kontrak yang dibuat perlu jelas.

Riba (Faedah)

Riba adalah dilarang dalam Islam. Dalam insurans konvensional, pencarum membayar premium insurans yang digunakan oleh syarikat insurans untuk membayar tuntutan dan memperoleh keuntungan.

Walaupun tidak ada tuntutan, syarikat insurans tetap mendapat keuntungan.

Maisir (Perjudian)

Peserta insurans bertaruh bahawa mereka akan mengalami kemalangan atau harta mereka akan musnah, manakala syarikat insurans bertaruh bahawa perkara-perkara itu tidak akan berlaku.

takaful vs insurans konvensional di Malaysia

Takaful adalah pilihan yang lebih baik bagi umat Islam yang ingin mendapatkan perlindungan insurans yang mematuhi prinsip agama. Tuntutan peserta dilindungi daripada dana takaful. Ini bermaksud, selepas memotong simpanan untuk kemungkinan tuntutan masa depan dan perbelanjaan lain, sebarang lebihan akan disalurkan kepada peserta dana.

Dana ini diagihkan kepada peserta dalam bentuk dividen tunai, pengurangan sumbangan masa depan atau dalam bentuk manfaat lain.

Kelebihan Kekurangan
Mematuhi prinsip-prinsip Syariah Ditawarkan oleh pengendali yang terhad
Keuntungan diberikan kepada peserta dan pengendali Bayaran wakalah (wakil) bergantung kepada harga produk
Kadar premium tetap
Terdapat pelan Takaful Umrah dan Haji

Perbezaan antara Takaful vs Insurans Konvensional

Takaful vs insurans konvensional kedua-duanya menyediakan perlindungan daripada peristiwa yang tidak dijangka. Peserta perlu menyumbangkan jumlah tetap untuk memulakan perlindungan mereka. Bagi kedua-dua pelan ini, pemegang insurans harus mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam risiko. Berikut adalah perbezaan utama yang perlu anda ketahui:

Insurans Konvensional Takaful
Tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013 Tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFDA) 2013
Ditentukan berdasarkan faktor risiko Peserta membuat sumbangan berdasarkan konsep tabarru (derma)
Premium yang diterima daripada pencarum insurans boleh dilaburkan dalam semua bentuk pelaburan Dana peserta hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah
Mungkin mengandungi unsur riba, gharar dan masyir Bebas daripada semua unsur riba, gharar dan masyir
Risiko ditanggung oleh syarikat insurans sebaik sahaja pembayaran dibuat oleh pemegang insurans Mengamalkan konsep perkongsian risiko – semua pihak bertanggungjawab bersama terhadap semua risiko

apa itu insurans takaful

Dapatkan Takaful vs Insurans Konvensional di Qoala untuk Proses Beli Insurans yang Selamat

Jika anda mencari penyelesaian insurans yang menyeluruh dan patuh Shariah dengan kadar premium yang tetap, pelan Takaful adalah pilihan yang tepat yang boleh anda pertimbangkan. Namun begitu, anda juga boleh mempertimbangkan insurans konvensional jika anda ingin memilih perlindungan terbaik daripada rangkaian syarikat insurans yang lebih luas.

Sebelum memutuskan perlindungan takaful atau insurans terbaik untuk anda, pastikan semua manfaat seperti kematian, ketidakupayaan, penyakit serius dan harta benda. Walau apa pun pilihan anda, pastikan anda melakukan penyelidikan dan memilih pelan insurans terbaik yang sesuai dengan keperluan anda kerana ia bergantung pada apa yang anda cari.

Untuk mendapatkan satu pelan perlindungan tunggal yang menyediakan semua perlindungan yang anda inginkan bukanlah satu perkara yang mudah. Sebagai contoh, jika anda menginginkan perlindungan yang memberikan faedah selepas kematian, anda boleh memilih polisi takaful hayat dan keluarga.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti simpanan, pelaburan, dan lain-lain bergantung pada bajet dan keperluan anda.

Jika anda mencari perlindungan takaful vs insurans konvensional terbaik yang tersedia di Malaysia, anda boleh mendapatkannya di Qoala. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans yang menawarkan pelbagai polisi perlindungan takaful vs insurans pada harga mampu milik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60