3 Cara Pilih Insurans Kesihatan Kumpulan Terbaik untuk Syarikat

Kali terakhir diperbaharui Jun 6, 2023 oleh Shafiq Wahab
3 Cara Pilih Insurans Kesihatan Kumpulan Terbaik untuk Syarikat

Insurans kesihatan kumpulan atau group health insurance merupakan salah satu jenis perlindungan yang disediakan kepada pekerja oleh sesebuah organisasi atau majikan. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mempertimbangkan untuk menyediakan insurans kesihatan dan perubatan kepada pekerja. Ini kerana, ia merupakan salah satu faedah yang sangat penting dan menunjukkan komitmen majikan terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

Apa Kepentingan Insurans Kesihatan Kumpulan kepada Pekerja?

Penting untuk anda memahami manfaat insurans kesihatan kumpulan dan mengetahui cara memilih pelan perlindungan insurans yang tepat dan sesuai untuk pekerja anda. Di Malaysia, pelan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan biasanya tersedia untuk syarikat atau organisasi yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli.

Pelan insurans ini tidak boleh dibeli secara individu kerana ia menawarkan perlindungan yang eksklusif untuk kumpulan. Insurans kesihatan kumpulan menawarkan manfaat yang besar kepada pekerja. Berikut lima kelebihan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan yang perlu diketahui oleh pekerja:

1. Perlindungan Komprehensif

Insurans kesihatan kumpulan menawarkan kelebihan yang optimum kepada pekerja terutamanya apabila berlaku kes kecemasan perubatan. Walaupun ada sesetengah pekerja mungkin sudah mempunyai insurans perubatan peribadi sendiri, pelan perlindungan kumpulan ini boleh bertindak sebagai jaringan keselamatan tambahan.

Pelan insurans ini direka khusus untuk menyediakan perlindungan berkaitan kos perubatan dan rawatan yang mungkin timbul akibat kemalangan, penyakit atau situasi perubatan lain. Skop perlindungan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan biasanya merangkumi:

  • Rawatan di hospital (inpatient);
  • Rawatan pesakit luar (outpatient) termasuk pembedahan, konsultasi dan ujian diagnostik.

Dengan pelan perlindungan kumpulan, pekerja boleh mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan tanpa perlu mengeluarkan simpanan sendiri dan menikmati perlindungan kewangan.

Pelan perlindungan insurans kumpulan memberikan ketenangan fikiran

2. Penjimatan Kos

Pelan insurans kesihatan kumpulan untuk pekerja secara asasnya boleh menjimatkan kos. Ini kerana, kos bayaran premium insurans akan dikongsikan dengan semua ahli dalam kumpulan ini. Ini bermaksud, anda boleh nikmati pelan perlindungan yang lebih baik dengan kos yang lebih rendah berbanding pelan insurans kesihatan individu.

3. Perlindungan Penyakit Sedia Ada

Undang-undang di Malaysia menggariskan bahawa pelan insurans kesihatan kumpulan perlu merangkumi keadaan kesihatan sedia ada. Ini membolehkan pekerja dengan masalah kesihatan sedia ada dapat mengakses perlindungan perubatan tanpa berasa bimbang polisi insurans ditolak atau perlu membayar premium yang lebih tinggi.

Selain itu, ada sesetengah pelan insurans kesihatan kumpulan yang menawarkan manfaat tambahan seperti perlindungan gigi atau mata, program kecergasan atau manfaat kehamilan.

4. Tiada Tempoh Menunggu

Pekerja yang didaftarkan dalam pelan insurans kesihatan kumpulan dapat mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan serta-merta. Ini kerana, pelan perlindungan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan ini tidak mempunyai tempoh menunggu. Ini bermaksud, pekerja boleh mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan sebaik sahaja mereka didaftarkan dalam pelan ini.

Meskipun begitu, anda disarankan untuk merujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut. Ada sesetengah pelan insurans kesihatan kumpulan tertakluk pada tempoh menunggu sebelum perlindungan bermula.

5. Perlindungan untuk Keluarga

Bergantung pada polisi, pelan insurans kesihatan kumpulan di Malaysia biasanya turut merangkumi perlindungan untuk keluarga. Ia menawarkan perlindungan kewangan menyeluruh dan ketenangan jiwa bagi seluruh ahli keluarga. Insurans kesihatan dan perubatan kumpulan ini membolehkan pasangan, ibu bapa dan anak-anak berkongsi jaringan perlindungan yang sama.

Bagaimana Memilih Pelan Insurans Kesihatan Kumpulan yang Tepat untuk Perniagaan Anda?

Proses pemilihan insurans kesihatan kumpulan terbaik di Malaysia untuk syarikat anda memerlukan pertimbangan yang teliti. Anda perlu ambil kira beberapa faktor penting seperti berikut:

Group Health Insurance di Malaysia

1. Tentukan Bajet Syarikat

Untuk menentukan jenis perlindungan yang paling sesuai, anda perlu menilai bajet syarikat dan keperluan penjagaan kesihatan pekerja terlebih dahulu. Pelan insurans kesihatan kumpulan untuk perniagaan kecil biasanya menawarkan pelbagai pilihan perlindungan daripada perlindungan paling asas sehinggalah perlindungan komprehensif.

Penting untuk anda memilih pelan yang menyediakan perlindungan yang mencukupi dengan kos yang berpatutan. Kos insurans kesihatan kumpulan di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor seperti:

  • Saiz kumpulan;
  • Tahap perlindungan yang disediakan;
  • Umur; serta
  • Status kesihatan pekerja.

Kos pelan insurans kesihatan kumpulan untuk perniagaan kecil biasanya antara ratusan ringgit setahun setiap pekerja hingga ribuan ringgit setahun setiap pekerja. Pelan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan secara asasnya lebih berpatutan daripada pelan insurans kesihatan individu.

Harga premium biasanya ditawarkan pada harga yang lebih rendah disebabkan oleh tahap risiko yang lebih kecil yang perlu ditanggung oleh syarikat insurans.

2. Pilih Syarikat Insurans Bertauliah

Anda disyorkan untuk berunding dengan penyedia insurans yang bertauliah di Malaysia untuk membincangkan keperluan dan pilihan berkaitan perlindungan insurans kesihatan kumpulan. Mereka dapat membantu anda memahami jenis pelan perlindungan yang tersedia bagi membolehkan anda memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet perniagaan.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans yang menawarkan pelan insurans kesihatan kumpulan untuk perniagaan antaranya:

  • Allianz Malaysia;
  • AIA Malaysia;
  • Prudential Assurance Malaysia;
  • Great Eastern Life Assurance;
  • Zurich Malaysia.

3. Pilih Pelan Perlindungan

Semasa memilih pelan perlindungan yang sesuai untuk perniagaan anda, beri perhatian kepada manfaat dan ciri pelan insurans kesihatan kumpulan. Tempoh menunggu, manfaat tambahan dan perlindungan rawatan perubatan yang diperlukan perlu diambil kira untuk memastikan pekerja anda dilindungi sepenuhnya.

Selepas memilih pelan yang memenuhi keperluan syarikat, anda bolehlah mendaftarkan pekerja anda. Di Malaysia, terdapat beberapa pelan insurans kesihatan kumpulan yang ditawarkan seperti pelan kad perubatan, pelan hospitalisasi dan pembedahan dan pelan penyakit kritikal. Setiap satu pelan ini didatangkan dengan manfaat dan ciri yang berbeza untuk memenuhi keperluan pekerja yang pelbagai.

Insurans Kesihatan Kumpulan vs Insurans Kesihatan Individu

Dapatkan Insurans Kesihatan Kumpulan untuk Perlindungan, Kesejahteraan Masa Depan

Pelan insurans kesihatan kumpulan di Malaysia merupakan alternatif yang berpatutan dan praktikal bagi syarikat atau organisasi. Ia membolehkan syarikat menawarkan perlindungan kesihatan yang menyeluruh kepada pekerja.

Perkongsian risiko dalam kalangan ahli kumpulan secara tidak langsung membolehkan pelan insurans kesihatan kumpulan menyediakan perlindungan dengan kos yang lebih rendah. Melalui kerjasama dengan pembekal insurans, syarikat dapat memilih pelan perlindungan dan manfaat yang tepat kepada pekerja bagi memastikan kesejahteraan dan ketenangan jiwa.

Selain itu, jika anda mencari perlindungan kesihatan individu di Malaysia tanpa membebani kewangan anda, dapatkannya di Qoala. Qoala menawarkan pelbagai pelan insurans dan takaful kesihatan terbaik dengan jaminan proses yang mudah, cepat dan selamat. Layari laman web Qoala, platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia untuk info lanjut.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60