5 Sebab Anda Perlu Pilih Insurans First Party untuk Kereta Anda

Kali terakhir diperbaharui May 24, 2023 oleh Ramen Hasniran
5 Sebab Anda Perlu Pilih Insurans First Party untuk Kereta Anda

Proses beli insurans kereta boleh jadi sukar lebih-lebih lagi jika pemilik kereta kurang arif dengan polisi insurans. Anda mungkin tertanya-tanya adakah anda patut pilih polisi insurans first party atau insurans third party untuk perlindungan kereta anda. Ramai yang memilih insurans third party berbanding insurans first party kerana harga premium insurans biasanya lebih murah dan lebih menjimatkan.

Insurans First Party vs Insurans Third Party: Mana Satu Anda Patut Pilih untuk Kereta Anda?

Secara asasnya, insurans first party (insurans kereta Komprehensif) boleh dikatakan salah satu pelaburan kewangan yang terbaik untuk anda. Meskipun secara asasnya perlindungan insurans Komprehensif boleh menelan kos yang sedikit tinggi, ia semestinya berbaloi dengan perlindungan yang dimiliki.

Namun begitu, tidak semua kereta atau pemilik kereta memerlukan perlindungan insurans first party ini. Ia bergantung sepenuhnya pada keadaan dan situasi-situasi tertentu. Jika anda nak tahu sama ada kereta anda memerlukan polisi insurans first party atau insurans third party, ikuti artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.

1. Jika Usia Kereta Anda Bawah 5 Tahun

Selain rumah, pembelian kereta boleh dikatakan salah satu pembelian paling mahal yang mungkin pernah anda buat. Jadi, penting untuk anda melindungi aset anda ini dengan polisi insurans Komprehensif untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.

Jika kereta anda berusia bawah lima tahun, anda disarankan untuk mendapatkan polisi insurans first party. Secara asasnya, insurans kereta Komprehensif akan memberikan anda ketenangan fikiran. Ini kerana, anda menyedari bahawa kereta anda dilindungi daripada sebarang risiko kerosakan seperti:

  • Kemalangan;
  • Kecurian;
  • Kebakaran;
  • Pembaikan selepas kemalangan;
  • Kerosakan harta benda pihak ketiga dan lain-lain lagi.

2. Jika Anda Tidak Mampu Tanggung Kos Pembaikan

Secara asasnya, setiap individu tahu tahap kemampuan kewangan dan komitmen bulanan masing-masing. Andaikan berlaku sesuatu musibah seperti kemalangan, adakah anda mampu menanggung kos pembaikan atau rawatan hospital tanpa mengharapkan bantuan insurans?

Jika jawapan anda tidak, maka anda perlu pertimbangkan polisi insurans first party untuk perlindungan kereta anda. Bayangkan anda terlibat dalam kemalangan (kesalahan sendiri) dan anda tidak memiliki insurans first party, anda mungkin perlu mengeluarkan simpanan ASB atau Tabung Haji untuk membaiki kerosakan kereta sendiri.

Kos pembaikan kereta boleh dikatakan agaj mahal – ia boleh menelan belanja sehingga ribuan Ringgit bergantung pada jenis kerosakan kereta. Dengan insurans kereta Komprehensif, anda boleh memfailkan tuntutan insurans apabila kemalangan berlaku dan pihak insurans akan menanggung kos pembaikan kereta anda.

cara claim insurans kemalangan insurans first party

3. Jika Anda Terikat dengan Pinjaman Bank

Sekiranya anda mendapatkan pinjaman bank untuk pembelian kereta, anda disarankan untuk mendapatkan insurans first party. Jika kereta anda dicuri, terbakar atau terlibat dalam kemalangan contohnya, ia akan dilindungi oleh insurans.

Andaikan anda membeli perlindungan polisi insurans Pihak Ketiga dan berlaku kemalangan. Anda bukan sahaja berdepan kos pembaikan kereta rosak, tetapi dalam masa yang sama terperangkap dengan hutang pinjaman bank setiap bulan.

Dengan polisi insurans first party, insurans akan menampung sebahagian besar kos pembaikan sekiranya tuntutan insurans berjaya dibuat. Namun begitu, sekiranya anda tidak mampu mendapatkan pelan insurans kereta Komprehensif, anda boleh pertimbangkan sekurang-kurangnya insurans kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian.

Apa Itu Insurans Kereta ‘Komprehensif’, ‘Pihak Ketiga’ dan ‘Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian’?

Ketiga-tiga insurans kereta ini menawarkan perlindungan-perlindungan tertentu. Anda boleh pilih mana-mana polisi insurans yang sesuai untuk anda bergantung pada keperluan anda.

Insurans Third Party (Insurans Kereta Pihak Ketiga)

Polisi ini menawarkan perlindungan untuk tuntutan pihak ketiga SAHAJA. Ia melindungi pihak ketiga daripada kecederaan, kematian, kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh kereta anda. Ia TIDAK boleh digunakan untuk tuntutan kerosakan pada kenderaan anda.

Insurans Kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Polisi ini menawarkan perlindungan yang SAMA seperti Insurans Pihak Ketiga. Ia merangkumi perlindungan tambahan yang melindungi kenderaan sekiranya berlaku kerosakan kereta akibat kecurian atau kebakaran kereta yang tidak disengajakan.

Insurans First Party (Insurans Kereta Komprehensif)

Insurans kereta Komprehensif menawarkan perlindungan yang SAMA seperti Insurans Pihak Ketiga dan Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian. Namun begitu, ia menawarkan perlindungan yang lebih optimum tidak terhad kepada KENDERAAN PIHAK KETIGA tetapi turut melindungi KENDERAAN SENDIRI.

4. Jika Kereta Anda Digunakan Lebih daripada Seorang Pemandu

Sebagai pemilik kenderaan, anda sudah semestinya mengambil semua langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kereta. Anda parking kereta di tempat yang selamat, memandu tidak melebihi had laju dan tidak memandu dengan berbahaya untuk kurangkan risiko tidak diingini.

Tetapi, andaikan anda sering meminjamkan kereta kepada adik atau kakak anda, dan anda tidak tahu tabiat pemanduan mereka. Cara terbaik yang boleh dipertimbangkan ialah mendapatkan pelan perlindungan insurans kereta Komprehensif. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau tentang kos pembaikan kereta jika kereta rosak semasa dalam jagaan pemandu lain.

Bagi mengoptimumkan perlindungan, anda boleh menamakan pemandu lain dalam polisi anda. Tambahan dua nama pertama (pemegang polisi dan seorang pemandu lain) adalah percuma. Apa-apa tambahan lain (pemandu tambahan ketiga dan seterusnya) akan dikenakan bayaran RM10 seorang.

5. Jika Anda Ingin Nikmati Lebih Banyak Penjimatan

Apabila anda renew insurans kereta terutamanya insurans third party, anda boleh nikmati pelbagai manfaat perkhidmatan tambahan dan percuma. Ia semestinya membantu anda menjimatkan lebih banyak wang anda. Sebagai contoh, kebanyakan pelan insurans first party biasanya turut menawarkan faedah tambahan seperti:

Faedah tambahan ini sudah semestinya memberikan pengalaman dan perlindungan yang lebih inklusif. Meskipun begitu, faedah tambahan yang ditawarkan ini biasanya berbeza-beza mengikut polisi syarikat insurans. Anda disarankan untuk lakukan semakan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Beli insurans first party di Qoala untuk lebih banyak penjimatan

Renew Insurans First Party untuk Kereta Anda di Qoala untuk Perlindungan Lebih Optimum

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih insurans kereta terbaik untuk kereta anda. Tidak kira sama ada insurans first party atau insurans third party, kedua-duanya penting untuk perlindungan kereta anda. Pertimbangkan segala kemungkinan sebelum membuat pilihan bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sesuai.

Selain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan insurans first party untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans online paling komprehensif dan terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60