Perkara Penting Tentang Insurans Berkaitan Pelaburan 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Perkara Penting Tentang Insurans Berkaitan Pelaburan 2024

Jika anda sedang mencari produk insurans yang menawarkan lebih daripada sekadar perlindungan, pelan insurans berkaitan pelaburan mungkin jawapan yang anda cari. Insurans berkaitan pelaburan adalah pilihan insurans yang semakin popular yang menggabungkan perlindungan insurans dengan peluang pelaburan.

Perbezaan Antara Insurans Berkaitan Pelaburan vs Insurans Tradisional

Pelan perlindungan insurans berkaitan pelaburan kini menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. Pelan perlindungan ini bukan hanya memberikan perlindungan kepada anda, tetapi turut membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Ikuti artikel ini untuk ketahui lebih lanjut tentang perbezaan insurans tradisional vs insurans berkaitan pelaburan.

Insurans Tradisional

Insurans tradisional atau insurans biasa sedia ada di pasaran biasanya hanya memberikan perlindungan insurans. Ia tidak menawarkan mana-mana komponen pelaburan dalam perlindungan. Sebagai contoh, insurans hayat atau insurans nyawa. Pelan insurans hayat tradisional merupakan langkah terbaik untuk memastikan bahawa anda dijaga dan dilindungi dari segi kewangan.

Insurans jenis ini menawarkan sejumlah amaun perlindungan yang dijamin kepada waris atau tanggungan pada akhir tempoh polisi atau apabila berlaku kematian. Anda juga boleh mendapat manfaat nilai tunai atau cash value bergantung pada apa yang ditawarkan dalam polisi yang anda ambil.

Insurans tradisional vs insurans berkaitan pelaburan

Insurans Berkaitan Pelaburan

Polisi insurans berkaitan pelaburan menggabungkan perlindungan insurans dengan pelaburan dalam dana unit amanah. Ia menawarkan perlindungan terhadap risiko kematian serta manfaat pelaburan untuk memenuhi keperluan kewangan anda dan yang tersayang.

Secara ringkasnya, pelan insurans dua dalam satu ini tidak hanya memberikan perlindungan insurans. Tetapi ia juga membolehkan anda melabur dalam dana pelaburan tertentu.

Pelan insurans berkaitan pelaburan menawarkan lebih banyak fleksibiliti berbanding insurans tradisional. Ia membolehkan pemegang polisi untuk mengeluarkan sebahagian daripada nilai akaun semasa dalam tempoh perlindungan. Bayaran premium insurans berkaitan pelaburan diagihkan seperti berikut:

  • Satu bahagian diperuntukkan untuk perlindungan insurans;
  • Baki selebihnya akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan berdasarkan tahap risiko anda.

5 Kelebihan Insurans Berkaitan Pelaburan di Malaysia

Selain manfaat jelas seperti perlindungan dan pelaburan digabungkan dalam polisi yang sama, insurans berkaitan pelaburan juga menawarkan pelbagai kelebihan lain. Berikut antara kelebihan insurans berkaitan pelaburan yang perlu anda ketahui:

1. Kemampuan Menambah Perlindungan Lain

Selain manfaat Kematian dan Hilang upaya menyeluruh dan kekal yang sudah dimiliki, anda boleh meningkatkan tahap perlindungan anda dengan membeli perlindungan tambahan seperti:

2. Kebebasan dan Fleksibiliti

Anda mempunyai kebebasan untuk melaburkan dana tambahan apabila anda mempunyai lebihan wang. Anda juga boleh menukar dana anda pada bila-bila masa untuk mengambil manfaat daripada perubahan pasaran dan meningkatkan nilai akaun pelaburan anda.

Selain itu, anda juga mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan wang sekiranya berdepan situasi kecemasan. Jika anda menghadapi masalah kewangan, anda boleh mengeluarkan dana anda mengikut keperluan anda.

3. Ketelusan

Anda mempunyai akses penuh kepada semua rekod transaksi berkaitan pelaburan. Ia membolehkan anda mengetahui ke mana dana anda dilaburkan, jenis portfolio dan sebagainya dengan jelas dan terperinci. Selain itu, anda juga akan menerima penyata secara berkala bagi membolehkan anda:

  • Mengetahui pecahan yang tepat tentang caj insurans, nilai pelaburan dan harga unit semasa dana anda;
  • Memperoleh maklumat yang lengkap tentang polisi;
  • Membantu anda mengawasi semua transaksi; dan
  • Memberikan ketenangan fikiran kepada anda setiap masa.

Perlindungan insurans berkaitan pelaburan untuk perlindungan masa depan yang lebih optimum

4. Caj Insurans Rendah

Sekiranya anda membeli polisi insurans berkaitan pelaburan pada usia muda, anda boleh menikmati lebih banyak manfaat antaranya harga premium yang lebih rendah. Selain itu, anda juga boleh:

  • Menggandakan pulangan dana anda dari tahun ke tahun;
  • Berpotensi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi; dan
  • Memaksimumkan nilai akaun pelaburan anda.

Kelebihan ini sangat penting terutamanya bagi graduan baru atau individu yang baru memulakan kerjaya mereka. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan melabur dalam polisi berkaitan pelaburan secepat mungkin.

5. Boleh Kawal Risiko Pelaburan

Ramai orang beranggapan polisi insurans berkaitan pelaburan berisiko disebabkan oleh prestasi dana pasaran yang tidak menentu. Namun sebenarnya, anda boleh mengawal risiko pelaburan anda dengan memilih dana yang sesuai dan menukarnya dengan dana yang lain sekiranya perlu.

Dapatkan Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan untuk Optimumkan Perlindungan Masa Depan

Pelan insurans berkaitan pelaburan bukan sahaja menyediakan perlindungan, tetapi ia turut menawarkan peluang pelaburan. Ia turut menjanjikan fleksibiliti, kawalan terhadap perlindungan insurans serta pertumbuhan pelaburan. Insurans berkaitan pelaburan boleh dikatakan sebagai alternatif pelaburan yang menarik. Oleh sebab itu, ia menjadi pilihan popular terutamanya dalam kalangan generasi muda yang baru menceburkan diri dalam pelaburan.

Namun begitu, penting untuk anda tahu bahawa pelan insurans berkaitan pelaburan tidak menjamin pertumbuhan tetap dan pulangan yang konsisten. Seperti mana-mana pelaburan lain, polisi ini mempunyai risiko pelaburan yang tersendiri. Malah, tidak ada jaminan bahawa anda akan mendapatkan pulangan yang diinginkan.

pelaburan risiko rendah di Malaysia

Seiring dengan pertambahan usia, sebahagian besar daripada premium akan digunakan untuk mengekalkan perlindungan anda. Ia sekali gus mengurangkan amaun yang diperuntukkan untuk dana pelaburan. Jika anda mungkin berminat untuk mendapatkan polisi berkaitan pelaburan, berikut syarikat insurans di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan:

  • Prudential Assurance Malaysia Berhad;
  • Etiqa Malaysia;
  • AIA Malaysia Bhd;
  • Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad;
  • Allianz Life Insurance Malaysia Berhad;
  • Manulife Insurance Berhad.

Selain itu, jika anda sedang mencari insurans kesihatan dan perubatan terbaik di Malaysia, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans kesihatan daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia. Anda juga boleh menikmati pelbagai diskaun hebat dengan jaminan proses beli insurans yang mudah, cepat dan selamat.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60