Insuran Motor Murah: 5 Cara Pilih Insurans Motor Terbaik

Kali terakhir diperbaharui Jul 18, 2023 oleh Shafiq Wahab
Insuran Motor Murah: 5 Cara Pilih Insurans Motor Terbaik

Insurans motosikal di Malaysia sangat penting bagi penunggang kerana ia menawarkan perlindungan kewangan terhadap kemalangan, kecurian, dan peristiwa yang tak dapat dielakkan. Dengan pelbagai syarikat insurans dan polisi untuk dipilih, bagaimana untuk menentukan yang mana menawarkan liputan insurans yang tepat untuk anda? Artikel ini akan membincangkan bagaimana anda boleh memilih insuran motor murah dan terbaik mengikut keperluan anda dan beberapa perkara penting yang perlu anda tahu.

Risiko Menaiki Motor, Fahami Keperluan Insurans Motor di Malaysia

Tidak dapat dinafikan bahawa mengembara dengan menaiki motosikal mempunyai kelebihan tersendiri seperti mengelakkan kesesakan lalu lintas, menggunakan petrol yang lebih murah berbanding kereta, mengelakkan tol dan membayar yuran letak kereta yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, motosikal sering dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding kereta kerana saiznya yang lebih kecil dan perlindungan yang kurang untuk penunggang dan pembonceng. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kemalangan, kecederaan, dan kematian di jalan raya.

Aspek Undang-undang

Seperti yang dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah wajib untuk mempunyai perlindungan insurans bagi kenderaan anda di Malaysia. Sebagai seorang penunggang motosikal, anda dikehendaki mempunyai insurans untuk motosikal anda. Jika anda tertangkap tanpa mempunyai polisi insurans yang aktif, anda mungkin akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan.

Perlindungan Kewangan

Secara jelas, mempunyai polisi insurans motosikal boleh melindungi kewangan anda kerana anda dapat membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda. Insurans motosikal dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kewangan anda sebagai penunggang dengan meliputi kos yang berkaitan dengan kemalangan dan kerosakan pada motosikal anda.

Jika anda terlibat dalam kemalangan motosikal tanpa sebarang insurans, ia akan boleh menyebabkan masalah kewangan yang lebih besar. Kos membaiki motosikal bukan hanya satu-satunya perkara yang perlu anda risaukan, tetapi juga bil perubatan anda jika anda tidak mempunyai sebarang insurans perubatan.

Perlindungan Diri Sendiri

Dengan memiliki insuran motor murah, ia dapat menghilangkan rasa bimbang , mengetahui bahawa anda akan dilindungi dalam kemalangan atau kecurian. Sebagai seorang penunggang motosikal, anda dinasihatkan untuk memiliki perlindungan insurans motosikal sebagai perkara penting untuk perancangan kewangan anda.

insuran motor murah malaysia

Insuran Motor Murah: Cara Memilih Insurans yang Tepat untuk Anda

Sama seperti insurans kereta, anda akan dilindungi oleh syarikat insurans jika terdapat sebarang kerosakan pada motosikal anda berdasarkan jenis perlindungan yang anda miliki. Jom kita ketahui cara pilih perlindungan insuran motor murah yang sesuai dengan keperluan anda:

1. Fahami Polisi yang Ditawarkan

Terdapat dua jenis polisi yang ditawarkan untuk insurans motosikal di Malaysia. Setiap jenis insurans sama ada takaful atau insurans konvensional menawarkan jenis perlindungan yang berbeza. Berikut adalah dua jenis insurans motosikal yang ditawarkan di Malaysia:

Insurans Motor Third Party

Ia merupakan jenis insurans motosikal yang paling asas. Polisi ini hanya membantu melindungi kenderaan pihak ketiga atau kerosakan harta yang disebabkan oleh kemalangan seperti kecederaan, kematian atau kerosakan pada motosikal.

Dengan kata lain, insurans motosikal pihak ketiga tidak menyediakan sebarang perlindungan kepada anda sebagai pemegang polisi tetapi hanya menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga.

Ini bermakna anda sebagai pemegang polisi tidak boleh membuat sebarang tuntutan insurans untuk motosikal anda apabila berlaku kemalangan.

Insurans Motor Komprehensif atau Insurans First Party

Berbeza dengan insurans motosikal pihak ketiga, insurans motosikal komprehensif tidak hanya menawarkan perlindungan bagi kerosakan harta pihak ketiga. Tetapi, ia juga meliputi perlindungan untuk motosikal anda.

Polisi ini memberikan perlindungan bagi kebakaran, kecurian, kehilangan dan kerosakan pada motosikal anda serta kerosakan harta pihak ketiga, termasuk kecederaan atau kematian.

2. Ketahui Apa yang Tidak Dilindungi oleh Polisi Insurans Motosikal Anda

Anda mungkin beranggapan bahawa dengan perlindungan insurans motosikal, kenderaan anda akan dilindungi pada bila-bila masa tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun.

Penting untuk anda tahu tidak semua perkara yang menyebabkan kerosakan pada motosikal dilindungi oleh insurans. Ia bergantung pada polisi perlindungan insurans motor anda.

Anda boleh rujuk polisi insurans anda untuk ketahui lebih lanjut tentang jenis tuntutan yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh insurans anda. Berikut antara beberapa perkara yang tidak dilindungi oleh insurans motosikal asas:

  • Insurans motor tidak memberikan pampasan bagi kerosakan atau kecurian motosikal jika kemalangan berlaku ketika ia dibawa oleh orang lain;
  • Kehilangan aksesori motosikal juga tidak layak untuk mendapat pampasan;
  • Insurans motosikal tidak memberikan pampasan bagi kemalangan yang berlaku di luar negara;
  • Pemegang polisi yang didapati sedang memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau terlibat dalam aktiviti haram tidak akan dilindungi oleh sebarang polisi insurans;
  • Kematian atau kecederaan pada diri sendiri akibat kemalangan motosikal tidak dilindungi insurans;
  • Kehilangan atau kerosakan yang berlaku akibat banjir atau bencana alam juga tidak dilindungi oleh insurans. Namun begitu, anda mungkin dilindungi jika pemegang polisi bersedia membayar premium perlindungan tambahan.

3. Kenal Pasti Kadar Premium Insurans

Kadar premium insurans motosikal (insuran motor murah atau mahal) adalah berbeza-beza bergantung pada jenis perlindungan yang dipilih. Harga insurans motosikal first party biasanya lebih mahal daripada harga insurans motosikal pihak ketiga.

Anda disyorkan untuk menyemak harga insurans motosikal sebelum memperbaharui insurans anda untuk mendapatkan harga insuran motor murah.

Kos ini juga mungkin berbeza bergantung pada harga cukai jalan. Berikut senarai harga insurans motor di Malaysia termasuk cukai jalan:

Jenis Motosikal (cc) Harga Insurans Motosikal Termasuk Cukai Jalan
0 hingga 150 cc RM2
151 hingga 200 cc RM30
201 hingga 250 cc RM30
251 hingga 500 cc RM100
501 hingga 800 cc RM250
801 cc dan ke atas RM350

insuran motor murah Malaysia

4. Cara Kira Harga Insurans Motosikal di Malaysia

Kos insurans motor berbeza-beza bergantung pada syarikat insurans. Ini bermakna, walaupun anda meminta sebut harga untuk model motor yang sama, anda mungkin menerima harga yang berbeza daripada syarikat insurans. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk bandingkan harga sebelum memilih insuran motor murah dan terbaik untuk anda.

Setiap syarikat insurans mempunyai kiraan harga insurans motor yang tersendiri. Untuk mengira kos insurans motosikal, anda hanya perlu memasukkan maklumat seperti model motosikal, tahun pembuatan, kapasiti enjin dan lokasi anda.

Faktor Mempengaruhi Harga Insurans Motosikal

Biasanya, harga insuran motor murah atau mahal dipengaruhi oleh faktor-faktor biasanya seperti berikut:

1. Perlindungan Tambahan

Perlindungan tambahan seperti kemalangan peribadi, peril khas dan lain-lain boleh menyebabkan harga insurans motosikal menjadi lebih mahal.

2. Kapasiti Enjin

Kapasiti enjin juga memainkan peranan dalam menentukan harga premium insurans motor. Semakin besar kapasiti enjin, semakin mahal harga insurans.

3. Usia Kenderaan

Harga insurans bergantung pada usia motosikal anda. Biasanya, motosikal yang lebih tua dikenakan premium insuran motor yang lebih murah.

4. Lokasi

Harga premium insurans motosikal di Semenanjung Malaysia biasanya lebih tinggi daripada di Sabah dan Sarawak. Faktor ini dipengaruhi oleh jalan yang sibuk dan risiko kemalangan yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia.

5. Jenis Perlindungan

Harga insurans motosikal dipengaruhi oleh jenis polisi insurans motosikal yang dipilih sama ada Insurans Komprehensif atau Insurans Pihak Ketiga, bergantung kepada keperluan anda.

6. Nilai Pasaran

Harga premium insurans motosikal juga dipengaruhi oleh nilai pasaran semasa.

7. Sejarah Tuntutan

Jika anda pernah membuat tuntutan insurans motosikal sebelum ini, berkemungkinan anda akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi.

5. Fahami Prosedur Tuntutan dengan Baik

Penting untuk anda untuk memahami prosedur tuntutan insurans dari syarikat insurans anda. Jika anda terlibat dalam situasi kemalangan, terdapat dua jenis tuntutan yang boleh anda buat. Jika kemalangan disebabkan oleh anda sendiri, anda perlu membuat tuntutan “Kerosakan Sendiri” dari syarikat insurans anda.

Walau bagaimanapun, jika kemalangan disebabkan oleh kesalahan orang lain, anda dibenarkan membuat tuntutan “Knock-for-Knock Kerosakan Sendiri”. Tuntutan “Knock-for-Knock” dapat memberi manfaat kepada pemegang polisi kerana ia menjimatkan masa dan tuntutan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Tambahan pula, ia juga memastikan pemegang polisi tidak kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) mereka.

Dokumen-dokumen yang Diperlukan untuk Membuat Tuntutan Insurans

Untuk membuat tuntutan, anda perlu menyediakan enam dokumen penting berikut kepada syarikat insurans anda:

    • Borang tuntutan yang lengkap;
    • Salinan asal laporan polis;
    • Salinan kad pengenalan pemegang polisi dan pemandu serta lesen memandu;
    • Salinan sijil pendaftaran kenderaan;
    • Bukti kemalangan seperti gambar kejadian dan kerosakan kepada kenderaan;
    • Dokumentasi yang menunjukkan pihak yang dikenakan tindakan kesalahan trafik berkaitan dengan kemalangan.

Tuntutan Kerosakan Pihak Ketiga

Jika kemalangan berlaku kerana kesalahan pihak lain, anda boleh membuat tuntutan kerosakan pihak ketiga dengan mengikuti panduan berikut:

    • Hantar kenderaan anda ke bengkel panel syarikat insurans;
    • Melantik panel penilai insurans untuk menilai kos kerosakan kenderaan;
    • Berikan dokumen lengkap kepada syarikat insurans seperti salinan asal laporan polis dan salinan kad pengenalan pemegang polisi dan pemandu serta lesen memandu;
    • Sertakan salinan sijil pendaftaran kenderaan, laporan penilai, bil pembaikan, gambar tempat kejadian kemalangan dan dokumen yang menyatakan siapa yang dikenakan tindakan kesalahan trafik.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih polisi insuran motor murah dan tepat untuk anda. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan insuran motor murah terbaik dan paling komprehensif, kunjungi laman web Qoala untuk maklumat lanjut.

Qoala merupakan platform pembaharuan insurans dalam talian di Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis insurans lain seperti insurans kereta, insurans rumah, dan insurans kemalangan peribadi.

Kongsi:
About Writer
Syazwani Yahya
Seorang graduan dalam bidang pelancongan, kini mencabar diri menjadi penulis kandungan untuk mendidik masyarakat tentang insurans dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60