Harga insurans motor boleh berubah dari semasa ke semasa, jadi penting untuk anda membuat semakan harga sebelum anda renew insurans dan cukai jalan motosikal anda. Anda perlu renew insurans dan cukai jalan motosikal anda untuk melindungi diri anda di jalan raya. Ingat, jika anda lupa untuk renew insurans dan cukai jalan motosikal anda, anda mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang atau kena saman.
Faktor Mempengaruhi Harga Insurans Motor
Insurans motor sememangnya merupakan satu keperluan yang sangat penting bagi pemilik motosikal kerana ia memberikan perlindungan daripada kerugian yang mungkin berlaku akibat kemalangan atau pencurian. Namun, penting untuk ingat bahawa kos insurans motor dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan pemilik motosikal perlu memahami aspek ini sebelum membeli polisi insurans motor:
1. Usia Motosikal
Kos insurans motosikal dipengaruhi oleh usia motosikal tersebut. Secara amnya, motosikal yang lebih tua akan dikenakan premium insurans yang lebih rendah berbanding dengan motosikal yang lebih baru.
2. Nilai Pasaran
Harga premium insurans motor turut dipengaruhi oleh nilai pasaran semasa kerana semakin tinggi nilai pasaran motosikal, semakin besar kemungkinan kos pembaikan apabila berlaku kemalangan. Oleh itu, insurans premium untuk motosikal yang mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi cenderung untuk lebih tinggi berbanding dengan motosikal yang mempunyai nilai pasaran yang lebih rendah.
3. Tuntutan
Sekiranya anda pernah membuat tuntutan insurans sebelum ini, maka ia akan direkodkan dalam rekod tuntutan insurans anda. Oleh itu, apabila anda membuat tuntutan insurans pada masa akan datang, kadar premium anda mungkin akan meningkat.
4. Polisi Tambahan
Perlindungan tambahan seperti kemalangan diri atau peril khas boleh meningkatkan harga premium insurans motor. Perlindungan tambahan seperti ini memberikan perlindungan tambahan terhadap cedera peribadi atau kehilangan harta benda dalam kes kemalangan yang disebabkan oleh pihak ketiga atau anda sendiri.
5. Jenis Perlindungan
Kos insurans motor anda bergantung kepada jenis polisi insurans yang dipilih, sama ada insurans komprehensif atau insurans pihak ketiga. Insurans komprehensif lebih mahal
6. Kapasiti Enjin
Faktor kapasiti enjin adalah penting dalam menentukan harga premium insurans motor. Semakin besar kapasiti enjin motosikal, semakin tinggi harga insurans yang perlu dibayar.
7. Lokasi
Kos insurans motor di Semenanjung Malaysia cenderung lebih tinggi daripada di Sabah dan Sarawak disebabkan oleh beberapa faktor. Satu faktor utama adalah keadaan lalu lintas yang lebih sibuk dan risiko kemalangan yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia.
Senarai Harga Insurans Motosikal
Insurans motor mempunyai harga yang berbeza bergantung pada jenis perlindungan yang dipilih. Biasanya, harga insurans motor first party lebih mahal daripada harga insurans motor pihak ketiga. Oleh itu, sebelum membeli atau memperbaharui insurans motor, disyorkan untuk membuat perbandingan harga untuk mendapatkan penjimatan yang lebih baik. Kos-kos ini juga mungkin berbeza bergantung pada harga cukai jalan. Berikut adalah senarai harga insurans motosikal di Malaysia termasuk cukai jalan.
Jenis Motor (cc) | Harga Insurans Motor Termasuk Cukai Jalan |
0 hingga 150 cc | RM2 |
151 hingga 200 cc | RM30 |
201 hingga 250 cc | RM30 |
251 hingga 500 cc | RM100 |
501 hingga 800 cc | RM250 |
801 cc dan ke atas | RM350 |
Cara Beli Insurans Motor dan Renew Roadtax Motosikal Online
Untuk memudahkan proses, anda boleh memperbaharui secara dalam talian melalui MyEG atau perkhidmatan insurans dalam talian seperti Qoala. Pastikan anda mempunyai salinan geran motosikal dan cover note insurans sebagai rujukan sebelum memperbaharui secara dalam talian.
Berikut adalah beberapa langkah untuk memperbaharui insurans motor melalui Qoala:
- Layari laman web Qoala;
- Isikan butiran ringkas anda seperti nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod;
- Terima sebut harga dalam masa seminit dan buat perbandingan anda sendiri;
- Pilih insurans kenderaan mengikut keperluan anda;
- Sahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara online;
- Salinan polisi insurans kenderaan akan dihantar kepada e-mel anda dalam kadar segera;
- Penghantaran roadtax akan dilakukan dalam masa 5 hingga 7 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, 7 hingga 14 hari bagi Sabah/Sarawak. Roadtax akan dihantar melalui kurier secara terus ke rumah anda.
Semoga perkongsian ini boleh membantu anda membuat claim insurans motor sekiranya anda berdepan situasi sebegini. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans motor terbaik dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform renew insurans motor online di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans motor yang selamat, berpatutan dan mudah.