Panduan Lengkap Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan Sendiri 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Panduan Lengkap Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan Sendiri 2024

Setiap pemandu terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan terutamanya semasa memandu di jalan raya. Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh menimpa sesiapa sahaja. Ia boleh berpunca daripada kecuaian orang lain atau kesilapan anda sendiri. Apa yang perlu anda buat jika berlaku kemalangan berpunca daripada kesilapan anda? Adakah anda masih boleh claim insurans kereta kemalangan sendiri?

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Proses Claim Insurans Kemalangan Sendiri (Own Damage Claim)

Perlindungan insurans membolehkan anda membuat tuntutan sekiranya terlibat dalam kemalangan. Ini bermaksud, anda tidak lagi perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk menanggung kos pembaikan kereta anda. Umumnya, terdapat beberapa jenis tuntutan insurans yang boleh anda pertimbangkan seperti:

  • Claim insurans kereta kemalangan sendiri (atau turut dikenali sebagai Own Damage Claim);
  • Tuntutan knock for knock;
  • Tuntutan insurans kemalangan pihak ketiga.

Secara asasnya, anda boleh membuat tuntutan atau claim insurans kereta kemalangan sendiri sekiranya kemalangan berpunca daripada anda. Tetapi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan claim insurans kereta kemalangan sendiri ini?

Claim insurans kereta kemalangan sendiri merujuk pada tuntutan kerugian atau kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda sendiri. Sebagai contoh, anda secara tidak sengaja terlanggar pagar ketika sedang mengundur keluar dari kawasan rumah. Insiden ini menyebabkan kerosakan yang teruk pada kereta anda.

Jadi, anda boleh claim insurans kereta kemalangan sendiri untuk membayar kos pembaikan kerosakan kereta anda menggunakan insurans anda sendiri.

Adakah Anda Layak Buat Tuntutan Insurans Kereta Kemalangan Sendiri Jika Anda di Pihak yang Salah?

Sebagai pemilik kenderaan dan pemegang polisi insurans, penting untuk anda mengetahui jenis polisi insurans yang anda ambil setiap tahun. Ini kerana, setiap satu polisi insurans ini menyediakan liputan perlindungan yang berbeza-beza.

Di Malaysia, perlindungan insurans kereta terbahagi kepada tiga jenis – insurans kereta komprehensif, insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta insurans kereta pihak ketiga.

Insurans Kereta First Party Insurans Kereta Third Party, Kebakaran dan Kecurian Insurans Kereta Third Party
Kematian atau kecederaan pihak ketiga
Kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga
Kebakaran kereta sendiri
Kecurian kereta sendiri
Kerosakan kereta sendiri akibat kemalangan

Jika kemalangan berpunca daripada anda dan anda ingin buat tuntutan insurans untuk membaiki kerosakan tersebut, anda boleh dan layak untuk claim insurans kereta kemalangan sendiri (Own Damage Claim). Namun begitu, claim insurans kereta kemalangan sendiri ini hanya boleh dilakukan sekiranya:

  • Polisi insurans kereta anda masih sah atau aktif;
  • Anda merupakan pemegang polisi insurans komprehensif yang menawarkan perlindungan kepada anda dan pihak ketiga.

Secara asasnya, hanya kereta yang dilindungi dengan insurans kereta komprehensif atau insurans first party sahaja boleh membuat tuntutan insurans kereta kemalangan sendiri. Namun begitu, anda akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan atau No Claim Discount (NCD kereta) setelah tuntutan ini dibuat.

Ini bermaksud, kadar NCD kereta anda akan kembali kepada kosong peratus (0%) ketika pembaharuan insurans pada tahun berikutnya. Jika kereta anda dilindungi dengan insurans third party, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans ini. Segala kos berkaitan pembaikan kerosakan kereta anda perlu dilakukan dengan menggunakan wang simpanan anda sendiri.

Claim insurans kereta kemalangan

Bagaimana Pula dengan Pihak yang Dilanggar oleh Anda? Adakah Tuntutan Insurans Kemalangan Sendiri Boleh Dibuat?

Mana-mana pihak yang dilanggar boleh membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda. Tidak kira sama ada anda mempunyai perlindungan insurans kereta komprehensif atau perlindungan insurans pihak ketiga. Pihak yang dilanggar tidak perlu membuat tuntutan insurans kemalangan sendiri kerana kemalangan berlaku bukan disebabkan kesilapannya sendiri.

Setelah pihak yang dilanggar membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda, anda secara automatik akan kehilangan NCD kereta. Kadar NCD kereta anda akan terjejas dan kembali kepada kosong peratus (0%) pada tahun berikutnya. Ia secara tidak langsung menyebabkan premium insurans anda menjadi lebih mahal semasa anda renew insurans.

Meskipun begitu, ada situasi yang menyebabkan anda tidak akan kehilangan NCD kereta meskipun anda claim insurans kereta kemalangan sendiri:

Bagaimana Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan Sendiri?

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, berikut merupakan cara claim insurans kereta kemalangan sendiri yang boleh anda lakukan bagi menampung kos pembaikan kerosakan kereta anda:

1. Buat Penilaian

Buat penilaian segera bagi mengenal pasti tahap kerosakan kenderaan anda. Hubungi syarikat insurans jika tahap kerosakan pada kereta anda teruk dan memerlukan bantuan perkhidmatan trak tunda.

2. Ambil Gambar

Ambil gambar kawasan kejadian, gambar kerosakan pada kereta anda termasuklah kenderaan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

3. Catat Butiran Penting

Catatkan juga maklumat penting pihak yang terlibat seperti nombor telefon, nama penuh, kad pengenalan, nombor plat kereta, roadtax kereta serta apa-apa butiran lain yang dirasakan penting.

4. Buat Laporan Polis

Segera bawa kereta anda ke balai polis berdekatan dan buat laporan. Laporan polis kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

Jika laporan polis dibuat selepas 24 jam, ada kemungkinan tuntutan insurans anda ditolak oleh syarikat insurans.

5. Baiki di Bengkel Panel Syarikat Insurans

Bawa kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans bagi membolehkan kerosakan dibaiki di bawah tuntutan insurans kereta kemalangan sendiri. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan seperti:

      1. Salinan asal laporan polis;
      2. Polisi insurans (cover note insurans);
      3. Salinan kad pengenalan;
      4. Salinan lesen memandu;
      5. Salinan geran kereta;
      6. Gambar kemalangan dan lakaran rajah dari pihak polis.

Apakah Situasi yang Membolehkan Anda Membuat Tuntutan Insurans Kereta Kemalangan Sendiri?

Berikut merupakan antara situasi lain yang membolehkan anda claim insurans kereta kemalangan sendiri:

1. Kereta Langgar Pokok

Jika kerosakan kereta berpunca daripada terlanggar pokok atau tiang lampu isyarat atau pokok, anda boleh claim insurans kereta kemalangan sendiri. Namun begitu, NCD kereta anda akan terjejas dan kembali kepada sifar peratus (0%) pada tahun berikutnya.

2. Kereta Terlanggar Haiwan

Jika kereta terlanggar haiwan ketika sedang memandu, anda boleh tuntut insurans kereta kemalangan sendiri. Namun begitu, sama seperti situasi lain, anda juga akan kehilangan NCD kereta.

3. Cermin Kereta Pecah

Anda boleh claim insurans kereta kemalangan sendiri jika cermin kereta retak, pecah atau rosak meskipun kereta anda tidak mempunyai perlindungan tambahan insurans cermin kereta. Tetapi, kadar NCD kereta anda akan kembali kepada sifar peratus (0%).

Anda boleh buat tuntutan tanpa memberi kesan kepada NCD kereta dengan syarat anda mempunyai perlindungan tambahan cermin kereta dalam polisi anda.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa tuntutan insurans kereta kemalangan sendiri hanya boleh dibuat jika anda merupakan pemegang polisi insurans kereta komprehensif atau insurans first party.

Claim Insurans Kereta Kemalangan Sendiri: Kereta Langgar Dinding

Beri Perlindungan Insurans Terbaik untuk Kereta Anda Hari Ini

Perlindungan insurans kereta secara asasnya boleh membantu meringankan beban kewangan sekiranya anda terlibat dalam apa-apa situasi yang tidak dijangka. Perlindungan insurans kereta komprehensif misalnya membolehkan anda membuat tuntutan insurans jika berlaku kerosakan pada kenderaan sendiri dan kenderaan pihak ketiga akibat kemalangan.

Oleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan perlindungan insurans kereta terbaik untuk perlindungan kereta anda yang lebih menyeluruh. Selain itu, pastikan juga anda memahami jenis tuntutan insurans termasuklah cara claim insurans kereta kemalangan sendiri dan cara claim insurans kereta pihak ketiga.

Pengetahuan asas berkaitan insurans ini dapat memastikan tuntutan insurans boleh dilakukan dengan baik selain mengelakkan tuntutan insurans anda ditolak oleh syarikat insurans. Jika insurans kereta anda sudah menghampiri tarikh tamat tempoh, perbaharui insurans kereta anda dengan segera.

Untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans komprehensif terbaik, anda boleh mempertimbangkan untuk renew insurans kereta anda di Qoala. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Semak harga insurans kereta secara percuma dan renew insurans kereta anda dengan mudah dan pantas hari ini!

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60