Macam Mana Nak Tahu Loan Kereta Lulus atau Tidak 2024?

Kali terakhir diperbaharui Mar 20, 2024 oleh Shafiq Wahab
Macam Mana Nak Tahu Loan Kereta Lulus atau Tidak 2024?

Kebanyakan rakyat Malaysia akan memilih untuk membeli kereta baharu dengan membuat pinjaman kereta. Proses permohonan juga tidaklah seleceh mana, asalkan anda memberikan dokumen dan maklumat yang betul dan tepat. Setelah permohonan dihantar, macam mana nak tahu loan kereta lulus atau tidak? Artikel ini akan menjelaskan cara untuk anda tahu sama ada loan kereta lulus atau tidak.

Cara Terbaik untuk Pastikan Loan Kereta Lulus dengan Mudah

Sebenarnya, pihak bank telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Jika anda melepasi syarat-syarat ini, pinjaman anda boleh diluluskan dengan mudah. Berikut beberapa faktor yang boleh mempengaruhi sama ada permohonan loan kereta anda boleh diluluskan oleh pihak bank atau tidak.

Cara Terbaik untuk Pastikan Loan Kereta Lulus dengan Mudah

1. Ada Lesen Memandu Kereta

Kriteria ini merupakan syarat kelayakan minimum bagi individu yang ingin memohon pinjaman kereta. Pemohon pinjaman kereta perlulah mempunyai lesen memandu yang sah sebagai syarat sah untuk mendapatkan pinjaman daripada bank.

2. Rekod Kewangan yang Cantik

Anda juga boleh semak jika anda layak untuk mendapatkan loan kereta dengan mendapatkan salinan skor kredit daripada CCRIS dan CTOS. Melalui rekod skor kredit ini, pihak bank boleh menilai sama ada anda memiliki apa-apa tunggakan pinjaman atau culas membuat pembayaran balik pinjaman.

Bank juga akan menggunakan rekod ini untuk meneliti jika kita termasuk dalam senarai peminjam yang telah disenarai hitam.

3. Nilai Debt Service Ratio yang Bagus

Selain itu, pihak bank juga akan meneliti nilai Debt Service Ratio (atau DSR) anda. DSR merujuk pada pengiraan atau formula oleh pihak bank untuk menilai sama ada anda layak atau tidak untuk membayar balik jumlah pinjaman.

Pihak bank akan menilai DSR anda dengan merujuk kepada sejarah pembayaran pinjaman-pinjaman sedia ada seperti:

4. Gaji

Faktor lain yang boleh beri impak kepada permohonan loan kereta anda sama ada lulus atau tidak adalah dengan menilai gaji minimum yang diperlukan untuk permohonan loan tersebut. Setiap kereta berbeza-beza harga, maka jumlah pinjaman kereta pun akan berbeza.

Biasanya pihak bank akan meletakkan gaji minimum tertentu untuk pinjaman kereta lulus. Di Malaysia, gaji bulanan minimum untuk layak memohon pinjaman kereta adalah sebanyak RM1,500 dan ke atas.

5. Jenis dan Status Pekerjaan

Selain itu, pihak bank juga akan melihat kepada jenis dan status pekerjaan anda. Antara faktor-faktor yang diambil kira semasa penilaian kelayakan loan kereta adalah seperti berikut:

  • Sektor atau industri pekerjaan – anda bekerja di sektor awam, swasta atau bekerja sendiri;
  • Status jawatan – jawatan tetap atau jawatan kontrak;
  • Tempoh pekerjaan;
  • Pendapatan bulanan stabil.

Macam mana nak tahu loan kereta lulus atau tidak?

6. Dokumen Sokongan Lengkap

Bagi memastikan loan kereta anda lulus, anda perlu pastikan semua dokumen yang dilampirkan adalah lengkap. Pastikan semua maklumat dokumen yang dinyatakan adalah tepat.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disediakan termasuk salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, penyata bank, slip gaji, dan lain-lain. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk info lanjut:

Kategori Peminjam Dokumen Untuk Beli Kereta
Penjawat/Pekerja Kerajaan/Kakitangan Awam
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan lesen memandu;
  • Penyata akaun bank gaji (bergantung pada bank);
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
Pekerja Swasta
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan lesen memandu
  • Penyata akaun bank gaji (bergantung pada bank);
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini;
  • Penyata KWSP.
  • Individu Bekerja Sendiri/Peniaga
Skim Graduan
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan lesen memandu;
  • Surat tawaran pekerjaan (bagi pemohon yang baru berkhidmat atau kurang daripada 3 bulan);
  • Salinan transkrip ijazah atau diploma yang disahkan;
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini – bergantung pada keperluan oleh pihak bank;
  • Penyata akaun bank terkini – bergantung pada keperluan oleh pihak bank.
Pelajar
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan lesen memandu;
  • Kad pelajar
  • Dokumen penjamin kereta – ibu, ayah, saudara terdekat yang masih bekerja

7. Ada Penjamin

Jika anda mempunyai seorang penjamin atau guarantor untuk pinjaman kereta, ini mungkin boleh mengukuhkan lagi permohonan loan kereta. Ini bemaksud, pinjaman kereta lebih senang untuk diluluskan. Lebih-lebih lagi jika anda graduan yang baru sahaja mula bekerja yang tidak mempunyai rekod kewangan yang kukuh.

Berapa Lama Loan Kereta Lulus?

Jika semua dokumen adalah lengkap dan jurujual kereta telah pun menghantar segala dokumen yang diperlukan kepada pihak bank, pihak bank akan mengambil masa antara dua atau tiga hari bekerja untuk memproses permohonan anda. Ini termasuklah proses siasatan daripada pihak bank menerusi panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada anda ada memohon pinjaman kereta atau tidak.

Selepas proses pengesahan ini, pihak bank akan mengambil masa antara dua hingga seminggu untuk meluluskan loan kereta anda. Meskipun begitu, ia bergantung sepenuhnya pada pihak bank.

Apa Tanda Loan Kereta Lulus?

Salah satu tanda permohonan loan kereta lulus adalah apabila pihak bank menghubungi anda untuk sign loan agreement atau perjanjian pinjaman. Pihak bank akan memberi anda salinan Surat Tawaran Pinjaman (Offer Letter) yang akan menyatakan segala syarat dan terma pinjaman, kadar pembiayaan dan jadual pembayaran balik.

Anda boleh semak kadar faedah pembayaran balik dan jadual pembayaran balik serta terma-terma yang lain yang terkandung di dalam surat tawaran ini. Ia merangkumi perkara-perkara seperti pelan insurans yang akan melindungi anda sekiranya berlaku kematian sebelum penyelesaian pinjaman kereta.

Beli Insurans Kereta di Qoala untuk Lebih Penjimatan

Beli Insurans Kereta di Qoala untuk Lebih Penjimatan

Proses permohonan pinjaman kereta ini boleh menjadi lebih mudah jika anda aplikasikan tips untuk memastikan permohonan loan kereta lulus. Selain mendapatkan pinjaman kereta, penting untuk anda pertimbangkan insurans kereta yang sesuai semasa anda ingin membeli kereta.

Ambil kira faktor-faktor seperti bajet dan perlindungan insurans kereta yang ditawarkan. Anda boleh layari laman web Qoala untuk beli insurans kereta untuk nikmati harga insurans kereta murah. Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia yang menawarkan perbandingan insurans secara percuma.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60