Kecanggihan dan kemajuan teknologi kini membolehkan orang ramai untuk check saman JPJ atau check saman polis boleh dilakukan secara online dengan mudah dah cepat. Ini bermaksud, anda kini tidak perlu lagi perlu beratur panjang di kaunter-kaunter semakan saman untuk cek saman JPJ atau cek saman polis.
Cara Mudah Lakukan Semakan Saman JPJ & Semakan Saman Polis Secara Online
Selari dengan perkembangan teknologi semasa, semakan saman polis (atau saman PDRM), semakan saman JPJ dan semakan saman trafik kini boleh dilakukan secara online dengan mudah. Macam mana nak check saman JPJ, saman polis atau saman trafik? Berikut merupakan enam cara cek saman secara online dan app check saman untuk anda pilih:
1. Cara Check Saman Polis, Semak Saman Trafik Melalui MyBayar Saman
MyBayar Saman merupakan salah satu alternatif pembayaran saman yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia merupakan inisiatif Jabatan Siasat dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam mewujudkan ekosistem digital dan sistem penyampaian yang lebih baik, cepat, cekap dan mudah.
Kemudahan pembayaran saman secara online ini membolehkan pengguna membuat semakan saman dan membayar kompaun saman trafik dan saman polis melalui aplikasi mudah alih dan portal tanpa sebarang caj perkhidmatan. Ini bermaksud, orang ramai tidak lagi perlu beratur di mana-mana kaunter PDRM.
Cara Semak Saman Polis Online, Bayar Saman Melalui Portal dan Aplikasi MyBayar Saman
Untuk mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, anda boleh melayari portal MyBayar Saman atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Play Store dan Apple Apps Store. Berikut merupakan cara-cara yang perlu diikuti bagi membolehkan anda menggunakan portal dan aplikasi ini:
1. Daftar Masuk
Bagi membolehkan anda log masuk ke dalam portal atau aplikasi MyBayar Saman, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
-
-
- Isi semua maklumat pengguna yang diperlukan – nama, nombor kad pengenalan, alamat, poskod, negeri dan alamat e-mel anda. Setelah selesai, klik butang Seterusnya;
- Masukkan nombor telefon anda untuk pengesahan kod OTP (one time password). Kemudian, klik butang Hantar OTP;
- Masukkan kod OTP yang diterima, dan cipta kata laluan. Tandakan pada ruangan bersetuju dengan Terma & Syarat, kemudian tekan butang Daftar;
- Pendaftaran selesai – anda akan menerima e-mel pengesahan.
-
2. Semak Saman Kereta atau Saman Motor
Setelah selesai pendaftaran, anda boleh log masuk dan semak sama ada anda mempunyai saman polis, trafik atau JPJ yang perlu dijelaskan.
-
-
- Log Masuk Portal atau Aplikasi MyBayar Saman;
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang ditetapkan;
- Klik Seterusnya. Butiran saman yang perlu dijelaskan akan dipaparkan untuk rujukan anda.
-
3. Bayar Saman
Pengguna boleh memilih kaedah pembayaran yang disediakan tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan. Selain itu, pengguna juga boleh menyemak sejarah transaksi di bahagian aktiviti.
-
-
- Jika anda ada saman tertunggak, semak dan klik pada mana-mana saman yang ingin dibayar;
- Kemudian, klik butang Bayar – anda akan dibawa ke halaman pembayaran;
- Pilih mana-mana pilihan pembayaran (perbankan dalam talian, kad kredit dan lain-lain). Kemudian, tekan butang Bayar untuk melengkapkan transaksi;
- Butiran transaksi pembayaran akan dipaparkan;
- Selesai.
-
2. Cara Cek Saman JPJ Melalui Portal MySikap JPJ
Bagi memudahkan urusan anda untuk check JPJ saman atau bayar saman JPJ, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan portal MySikap. Ia sekali gus memudahkan anda untuk check saman JPJ online atau semak saman JPJ online.
Secara asasnya, MySikap merupakan sebuah portal dalam talian rasmi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian melibatkan kenderaan motor dan pelesenan. Ia merangkumi perkhidmatan seperti:
- Urusan berkaitan kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan buat sementara waktu, pindah milik sukarela, dan lain-lain berkaitan kenderaan;
- Pembaharuan lesen memandu termasuk perkhidmatan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen, kemas kini alamat dan sebagainya;
- Semakan saman JPJ online termasuk pembayaran saman secara dalam talian;
- Semakan-semakan lain seperti status semasa kenderaan (disenarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen;
- Pengemaskinian butiran peribadi dan penukaran kata laluan;
- Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan gagal pemeriksaan puspakom.
JPJ Check Saman: Cara Semak Saman JPJ
Untuk membuat semakan JPJ saman, anda boleh ikuti cara check saman JPJ seperti di bawah. Semakan saman JPJ online melalui portal rasmi JPJ memerlukan anda untuk mendaftar masuk sebagai pengguna portal MySikap terlebih dahulu.
1. Cek Saman JPJ Online
Untuk membuat semakan saman JPJ online, berikut cara check JPJ saman menggunakan portal MySikap:
-
-
- Layari portal MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan untuk check JPJ saman;
- Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan yang telah ditetapkan;
- Sahkan Kod Sekuriti yang tertera pada skrin, kemudian tekan Log Masuk;
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama MySikap – untuk JPJ semakan saman, klik pada Kesalahan & Penalti;
- Skrin akan memaparkan maklumat anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan kategori anda;
- Pilih jenis semakan mengikut keperluan anda – pertanyaan saman, senarai hitam, demerit, kenderaan sita dan tempoh lesen memandu digantung;
- Jika anda ingin chek saman JPJ, pilih Pertanyaan Saman dan klik OK diikuti dengan butang Cari. Sekiranya anda tidak mempunyai saman, mesej Rekod Tidak Wujud akan dipaparkan.
-
2. Bayar Saman JPJ Online
Setelah anda check JPJ saman dan mendapati kereta anda ada saman yang perlu dijelaskan, anda boleh bayar saman JPJ di mana-mana Pejabat JPJ Negeri atau cawangan. Anda juga boleh bayar saman JPJ secara online seperti berikut:
-
-
- Ikuti langkah-langkah sama seperti di atas;
- Setelah JPJ semakan saman dibuat dan mendapati anda ada saman yang tertunggak, anda boleh klik pada saman tersebut untuk ketahui butiran lanjut berkaitan saman;
- Kemudian, anda boleh pilih pilih saman yang anda ingin bayar, klik Bayar Saman di bahagian bawah;
- Pilih kaedah pembayaran dan lakukan pembayaran dengan segera menggunakan mana-mana kaedah pembayaran pilihan. Biasanya, amaun yang terpapar pada skrin adalah harga selepas diskaun (jika ada);
- Ikuti arahan pembayaran selanjutnya sehingga pembayaran saman JPJ anda selesai.
-
Untuk pengetahuan anda, saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Saman boleh kompaun – perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam surat saman;
- Saman tidak boleh dikompaun – hendaklah diselesaikan di mahkamah seperti yang ditetapkan dalam surat saman.
3. Cara Semak Saman Polis, Cek Saman Trafik dan JPJ Semak Saman Melalui MyEG
Anda juga boleh semak saman kereta (check saman PDRM atau cek saman trafik dan JPJ) menggunakan portal MyEG. Apa itu MyEG? MyEG merupakan sebuah portal sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah renew insurans kereta, perbaharui permit pembantu rumah, renew lesen memandu, renew roadtax kereta dan banyak lagi.
Selain itu, portal ini juga menawarkan perkhidmatan cek saman PDRM, saman trafik dan saman JPJ termasuk pembayaran saman. Bagaimana cara cek saman online melalui MyEG? Anda boleh ikuti langkah-langkah check saman kereta seperti berikut:
Check Saman Malaysia: MyEG Check Saman JPJ, Polis dan Trafik
Sekiranya anda ingin membuat semakan saman PDRM menggunakan MYEG, berikut cara cek saman polis untuk panduan anda:
- Layari laman web MyEG;
- Jika anda belum mendaftar, anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu. Selepas selesai pendaftaran, Log Masuk atau Login akaun anda;
- Pada menu utama, klik Polis Diraja Malaysia – anda akan dibawa ke halaman MyBayar Saman;
- Anda kemudiannya perlu log masuk portal MyBayar Saman – sekiranya belum berdaftar, anda perlu daftar masuk terlebih dahulu;
- Skrin akan memaparkan jumlah saman anda beserta kadar kompaun;
- Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda hanya perlu tick pada saman yang ingin dibayar;
- Teruskan sehingga proses pembayaran selesai.
Sekiranya anda ingin check saman online untuk ketahui sama ada anda mempunyai saman JPJ yang tertunggak, anda boleh ikuti cara semak saman ini:
- Layari laman web MyEG;
- Jika anda belum mendaftar, anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu;
- Selepas selesai pendaftaran, Log Masuk atau Login akaun anda;
- Pada menu utama, klik Jabatan Pengangkutan Jalan diikuti dengan Semak & Bayar Saman JPJ;
- Isi maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, kategori – setelah selesai klik Submit (Hantar);
- Maklumat saman JPJ akan dipaparkan beserta kadar kompaun yang dikenakan. Jika tiada saman, paparan akan menunjukkan Tiada Rekod Saman Ditemui.
4. Semakan Saman Melalui SSO PDRM
SSO PDRM juga merupakan salah satu portal check saman dari PDRM. Apa yang membezakan SSO dari portal MyBayar Saman yang juga disediakan oleh PDRM adalah anda hanya boleh check saman yang dikenakan oleh pihak polis atau PDRM sahaja. Ini bermakna anda tak boleh check saman JPJ.
Bagaimana Cara Semak Saman di SSO PDRM?
- Layari laman web SSO dan daftar akaun baharu
- Anda perlu mengisi segala butiran seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat dan sebagainya untuk membuat pendaftaran SSO PDRM
- Selepas selesai mendaftar, anda perlu log masuk atau login SSO PDRM dengan ID Pengguna anda
- Klik “Search By” di bahagian dropdown menu dan klik “Status Saman”
- Segala maklumat tentang bayaran saman anda yang tertunggak akan dipaparkan
5. Periksa Saman Polis Melalui RILEK
RILEK merupakan singkatan untuk ‘Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan’. Laman web kendalian kerajaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan elektronik kepada rakyat Malaysia. Dengan RILEK, anda bukan sahaja boleh check saman PDRM atau JPJ, anda juga boleh membuat semakan saman DBKL dan juga status insolvensi.
Bagaimana Cara Semak Saman di RILEK?
- Layari laman web RILEK, dan daftar sebagai pengguna baharu RILEK
- Seteleh selesai, log masuk atau login RILEK menggunakan ID Pengguna dan kata laluan anda
- Selepas itu, klik pada menu “Search By” kemudian pilih semak saman dan isikan maklumat yang diperlukan
- Anda akan dapat lihat maklumat tentang bayaran saman anda yang tertunggak akan dipaparkan
Yang menariknya tentang RILEK ini, anda boleh membuat pembayaran dan menjelaskan saman anda secara online menerusi perkhidmatan online banking di Malaysia seperti RHB, Maybank, CIMB dan lain-lain lagi.
6. Cara Check Saman SMS
Anda juga boleh check saman JPJ atau semak saman polis melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Perlu diingatkan, perkhidmatan SMS ini sedikit berbeza dengan portal semak saman yang telah dikongsikan di atas. Sekiranya anda memilih untuk cek saman polis melalui SMS, setiap SMS yang dihantar tertakluk pada caj perkhidmatan sebanyak 15 sen.
Bagaimana Cara Semak Saman Melalui SMS?
Secara amnya, terdapat dua cara check saman melalui sms – cara cek saman guna IC, cek saman polis melalui no plat:
- Cara cek saman polis SMS, anda perlu taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888 atau 32728
- Cara cek saman JPJ SMS, anda perlu taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888
Check Saman Polis Online: Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu Berkaitan Saman Polis, Trafik, dan JPJ
Anda juga boleh merujuk soalan-soalan lazim berkaitan dengan cara periksa saman polis ini. Semoga panduan dan rujukan ini dapat membantu memudahkan urusan anda:
1. Apakah jenis kesalahan jalan raya yang boleh dikenakan saman Polis atau saman JPJ?
Kesalahan-kesalahan jalan raya yang dilakukan seperti berikut boleh menyebabkan anda disaman oleh pihak polis dan JPJ:
- Lesen memandu tamat tempoh;
- Tidak memaparkan kupon parking kereta;
- Parking bertindih atau double park;
- Memandu melebihi had laju;
- Menggunakan lorong kecemasan;
- Tidak memakai tali pinggang keledar;
- Memandu dengan perlahan di lorong kanan;
- Bermain telefon semasa memandu;
- Road tax tamat tempoh.
2. Apa yang boleh berlaku jika saya gagal membayar saman trafik?
Pesalah trafik yang mempunyai tunggakan saman atau gagal melunaskan saman menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) boleh disenarai hitam dan dikenakan waran tangkap.
Anda juga berkemungkinan tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
3. Adakah pemilik kereta yang baharu perlu bertanggungjawab ke atas saman yang dikeluarkan ke atas pemilik kereta lama?
Jika anda beli kereta terpakai dan menyedari kereta yang dibeli mempunyai saman tertunggak, anda tidak perlu risau. Sekiranya terbukti saman dikeluarkan ke atas pemilik kereta lama (berlaku sebelum proses tukar nama kereta), anda tidak perlu membayar saman bagi pihak pemilik kereta lama.
Sekiranya anda berdepan situasi ini, anda hanya perlu tunjukkan dokumen pembelian kereta (salinan borang pertukaran milikan kenderaan dan geran kereta baharu) kepada pihak JPJ.
4. Adakah saman trafik atau saman polis layak mendapat diskaun tertentu?
Diskaun saman trafik bergantung sepenuhnya pada pengumuman semasa daripada kerajaan. Anda boleh mengikuti laman web atau media sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan kemas kini berkenaan diskaun.
Untuk rekod, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia kini sedang memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian menerusi aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di seluruh negara.
Namun begitu, diskaun saman sehingga 60 peratus yang bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023 ini tertakluk kepada saman terpilih sahaja, pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan berkaitan:
- Kemalangan;
- Kesalahan Bicara Mahkamah;
- Saman Berstatus Waran;
- Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (lori);
- Memotong Secara Berbahaya;
- Menggunakan Lorong Kecemasan;
- Kesalahan Tidak Boleh Kompaun;
- Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah;
- Memotong di Garisan Berkembar;
- Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos;
- Saman Berstatus OP Selamat.
Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk renew insurans dan roadtax kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Tetapi sebelum memperbaharui insurans anda, pastikan anda cek saman kereta anda secara online terlebih dahulu untuk pastikan tiada tunggakan saman yang perlu dijelaskan.
Hi
…
Saya dan family ambil info yang Haq sahaja lain lain tiada….tq cik hariz atas perkongsian ilmunya…