Cara Kira Cukai Pendapatan yang Perlu Anda Tahu 2024

Kali terakhir diperbaharui Feb 20, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Kira Cukai Pendapatan yang Perlu Anda Tahu 2024

Cukai pendapatan dikenakan terhadap individu bujang yang berpendapatan melebihi RM34,000 setahun (atau RM2,833.33 sebulan) selepas potongan KWSP. Biasanya, ramai pembayar cukai pening dengan cara kira cukai pendapatan. Jika tersilap kira, besar kemungkinan akan dikejar oleh LHDN untuk baki cukai yang tidak dibayar.

Bagaimana Cara Kira Cukai Pendapatan di Malaysia?

Bagi anda yang tidak tahu macam mana cara kira cukai pendapatan, berikut panduan pengiraan cukai pendapatan untuk rujukan anda. Artikel ini akan kongsikan cara paling mudah untuk anda kira cukai pendapatan.

1. Pastikan Jenis Pendapatan Penggajian Anda

Tidak semua jenis pendapatan yang diterima akan dikenakan cukai atau taxable. Anda hanya perlu membayar cukai pendapatan bagi jenis pendapatan yang akan dikenakan cukai sahaja.

Jenis Pendapatan yang Dikenakan Cukai

Di Malaysia, jenis-jenis pendapatan yang dikenakan cukai adalah seperti berikut:

      • Keuntungan yang diperoleh daripada sesuatu perniagaan;
      • Keuntungan yang diperoleh daripada penggajian;
      • Dividen, faedah atau diskaun;
      • Sewa, royalti atau premium;
      • Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan
      • Keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori di atas.

Jenis Pendapatan yang Dikecualikan Cukai

Bagi pendapatan yang tidak dikenakan cukai, ia merangkumi:

      • Tambang perjalanan percutian dalam Malaysia;
      • Manfaat perubatan dan pergigian;
      • Ganjaran persaraan;
      • Pendapatan pampasan;
      • Pencen;
      • Ganjaran kematian;
      • Biasiswa;
      • Faedah;
      • Dividen;
      • Royalti;
      • Pendapatan diremit dari luar Malaysia;
      • Yuran atau honorarium khidmat pakar;
      • Pendapatan daripada hasil penyelidikan.

Anda boleh rujuk senarai ini untuk info lengkap.

Pengiraan Cukai Pendapatan: Perancangan Kewangan penting dalam membantu anda berbelanja atau menyimpan dengan lebih selamat

2. Buat Pengiraan Cukai Pendapatan

Bagi bantu anda kira cukai pendapatan, anda boleh rujuk contoh pengiraan yang disediakan. Alia bekerja di syarikat XYZ dan telah terima pendapatan penggajian tahunan seperti berikut:

Sumber Pendapatan Jumlah Tahunan
Gaji Tahunan RM70,000
Faedah daripada Deposit Tetap RM1,300 (dikecualikan cukai)
Dividen ASB RM1,700 (dikecualikan cukai)
Dividen Tabung Haji RM1,000 (dikecualikan cukai)
Kerja Lebih Masa RM13,000
Bonus RM6,500
Jumlah pendapatan kasar penggajian RM89,500

Berdasarkan pendapatan yang diterima Alia, gaji tahunan termasuk bonus dan kerja lebih masa akan dikenakan cukai. Manakala dividen dan faedah daripada deposit tetap tidak tertakluk pada cukai.

Beliau layak menuntut pelepasan cukai individu sebanyak RM9,000, caruman KWSP sebanyak RM4,000 (maksimum) dan insurans kesihatan dan perubatan sebanyak RM2,500 (maksimum RM3,000). Cara paling mudah untuk anda kira cukai pendapatan adalah dengan menggunakan formula ini:

  • Pendapatan Bercukai Alia: Pendapatan Tahunan Kasar – Pengecualian Cukai – Pelepasan Cukai
  • [Gaji Tahunan + Kerja Lebih Masa + Bonus] – [Pelepasan Individu + KWSP + Insurans]
  • RM89,500 – RM15,500
  • RM74,000

Alia tertakluk pada jumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai sebanyak RM74,000.

3. Tentukan Kadar Cukai Pendapatan untuk Tahun Taksiran

Pengiraan cukai pendapatan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebarang perubahan pada kadar cukai pendapatan kebiasaannya akan diumumkan semasa pembentangan bajet negara pada Oktober setiap tahun.

Bagi tahun 2023, kerajaan telah menetapkan kadar cukai pendapatan adalah seperti seperti berikut:

Kategori Banjaran Pendapatan Bercukai Pengiraan (RM) Kadar Peratusan (%) Cukai (RM)
A 0 – 5,000 5,000 pertama 0 0

B

5,001 – 20,000
5,000 pertama
15,000 berikutnya

1
0
150

C

20,001 – 35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya

3
150
450

D

35,001 – 50,000
35,000 pertama
15,000 berikutnya

6
600
900

E

50,001 – 70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya

11
1,500
2,200

F

70,001 – 100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya

19
3,700
5,700

G

100,001 – 400,000
100,000 pertama
300,000 berikutnya

25
9,400
75,000

H

400,001 – 600,000
400,000 pertama
200,000 berikutnya

26
84,400
52,000

I

600,001 – 2,000,000
600,000 pertama
1,400,000 berikutnya

28
136,400
392,000

J

Melebihi 2,000,000
2,000,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

30
528,40

Dalam kes Alia, jumlah pendapatan yang akan dikenakan cukai pendapatan ialah sebanyak RM74,000. Berdasarkan kadar cukai pendapatan di atas, pendapatan Alia tergolong dalam kategori F.

  • RM70,000 pertama + [RM30,000 berikutnya x 19 peratus]
  • RM3,700 + RM760
  • RM4,460

Jadi, jumlah cukai pendapatan yang akan dikenakan terhadap Alia ialah sebanyak RM4,460. Jumlah ini mungkin berubah tertakluk pada bayaran PCB setiap bulan serta pengecualian cukai lain yang layak untuk dimohon.

Nota: Cara kira cukai pendapatan ini adalah anggaran semata-mata berdasarkan tahun taksiran semasa

Cara Kira Cukai Pendapatan di Malaysia

Celik Cukai Pendapatan, Lakukan Tanggungjawab Anda Sebagai Rakyat Malaysia

Meskipun anda wajib membayar cukai pendapatan setiap tahun, anda layak untuk mendapatkan pelepasan cukai atau pengecualian cukai. Proses ini boleh dibuat semasa anda failkan cukai pendapatan secara online melalui MyTax. Lebihan cukai yang telah dibayar akan dikira dan dikembalikan semula kepada anda.

Anda boleh gunakan lebihan duit ini untuk menambah simpanan masa depan anda. Di Malaysia, pelepasan cukai bagi insurans perubatan, insurans pendidikan dan insurans hayat adalah antara pelepasan cukai yang dibenarkan untuk membuat tuntutan. Untuk ketahui lebih lanjut tentang pelepasan cukai bagi insurans, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh beli insurans perubatan dan kesihatan dengan mudah dan selamat tanpa sebarang kos tersembunyi.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60