Bilangan Penggajian LHDN dalam e-Filing Cukai Pendapatan 2024?

Kali terakhir diperbaharui Jan 29, 2024 oleh zaky afdika
Bilangan Penggajian LHDN dalam e-Filing Cukai Pendapatan 2024?

Jika sebelum ini anda tidak perlu nyatakan bilangan penggajian LHDN semasa declare cukai pendapatan. Tetapi kini anda perlu nyatakan bilangan penggajian untuk tempoh setahun semasa mengisi e-filing LHDN.

Bilangan Penggajian LHDN: Cara Betul untuk Isi e-Filing Cukai Pendapatan

Bilangan pengajian dalam e filing perlu diiisi sekiranya anda mempunyai pendapatan berkanun daripada penggajian. Tetapi apa maksud bilangan penggajian LHDN?

Secara asasnya, bilangan pengajian LDHN merujuk pada jumlah majikan yang menggaji anda pada tahun taksiran semasa. Dalam erti kata lain, ia merujuk pada bilangan majikan pada tahun sebelumnya.

Untuk bantu anda memahami bilangan pengajian LDHN ini, anda boleh rujuk jadual berikut:

Bilangan Pengajian LHDN

Situasi Bilangan Penggajian e Filing
Encik Zubir menerima bayaran yuran pengarah daripada XYZ Sdn. Bhd. dan ABC Sdn. Bhd. 2
Puan Mastura bekerja dengan majikan-majikan berikut pada tahun 2022

  • DEF Sdn. Bhd.: Januari 2021-April 2021
  • GHI Sdn. Bhd.: Mei 2021-November 2021
  • JKL Sdn. Bhd.: Disember 2021
3
Encik Mustafa bekerja dengan PQRS Holdings Bhd. Beliau dipinjamkan ke PQRS Technology Sdn. Bhd. (dalam kumpulan syarikat yang sama) dari 1 Jun 2022 hingga 30 September 2022.

Gaji beliau dari Jun hingga September dibayar oleh PQRS Holdings Bhd.

  • PQRS Holdings Bhd.: Januari 2022-Mei 2022
  • PQRS Technology Sdn. Bhd.: Jun 2022-September 2022
  • PQRS Holdings Bhd.: Oktober 2022-Disember 2022
1

Maksudnya, anda perlu nyatakan satu (1) bilangan penggajian e filing jika dalam tahun taksiran anda bekerja dengan satu majikan sahaja. Jika anda mempunyai dua (2) majikan atau lebih, masukkan bilangan penggajian yang sewajarnya semasa mengisi e-filing LHDN.

Selain itu, jika pada tahun 2022 anda bekerja dengan tiga (3) majikan contohnya. Anda perlu dapatkan borang EA (atau EA form) daripada ketiga-tiga majikan ini. Maklumat daripada ketiga-tiga borang EA ini penting untuk membantu anda mengisi e-filing LHDN dengan betul.

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai Pendapatan?

Cukai pendapatan dikenakan kepada setiap individu untuk pendapatan terakru yang diterima dari dalam negara atau luar negara. Individu yang mempunyai jumlah pendapatan melebihi nilai ambang ditetapkan perlu mendaftar cukai pendapatan dan mengisytiharkan cukai pendapatan.

Secara asasnya, individu bermastautin dikenakan cukai mengikut jadual cukai pendapatan tahun taksiran semasa. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30 peratus. Punca pendapatan dari luar Malaysia untuk individu bukan pemastautin akan dikecualikan cukai.

Anda boleh rujuk jadual cukai pendapatan tahun taksiran semasa berikut untuk rujukan:

Jadual Cukai Tahun Taksiran 2023
Kategori Banjaran Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai (RM)
A 0 – 5,000 5,000 pertama 0 0
B 5,001 – 20,000 5,000 pertama

15,000 berikutnya

1 0

150

C 20,001 – 35,000 20,000 pertama

15,000 berikutnya

3 150

450

D 35,001 – 50,000 35,000 pertama

15,000 berikutnya

6 600

900

E 50,001 – 70,000 50,000 pertama

20,000 berikutnya

11 1,500

2,200

F 70,001 – 100,000 70,000 pertama

30,000 berikutnya

19 3,700

5,700

G 100,001 – 400,000 100,000 pertama

300,000 berikutnya

25 9,400

75,000

H 400,001 – 600,000 400,000 pertama

200,000 berikutnya

26 84,400

52,000

I 600,001 – 2,000,000 600,000 pertama

1,400,000 berikutnya

28 136,400

392,000

J Melebihi 2,000,000 2,000,000 pertama

Setiap RM berikutnya

30 528,400

senarai pelepasan cukai 2022

Fahami Bilangan Penggajian LHDN, Isytiharkan Cukai Pendapatan dengan Betul

Anda perlu fahami perkara-perkara berkaitan percukaian ini untuk mengelakkan kesilapan semasa memasukkan maklumat bilangan pengajian dalam e filing. Selain itu, anda digalakkan untuk isytiharkan dan bayar cukai pendapatan setiap tahun untuk elakkan anda daripada dikenakan penalti.

Untuk info lanjut berkaitan percukaian, anda boleh rujuk artikel-artikel cukai pendapatan lain yang berkaitan. Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan terbaik bagi memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses yang cepat, mudah dan selamat. Anda boleh bandingkan harga polisi insurans kesihatan daripada beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia untuk bantu anda buat pilihan terbaik.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60