Cara Tukar Nama Kereta, Bayaran Tukar Nama Kereta Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Tukar Nama Kereta, Bayaran Tukar Nama Kereta Malaysia 2024

Bagi mereka yang tidak pernah melakukan urusan berkaitan proses tukar nama kereta, ia mungkin kedengaran rumit dan menyusahkan. Namun sebenarnya, prosedur tukar nama kereta atau tukar hak milik kenderaan tidaklah sesukar yang disangkakan. Anda perlu ambil tahu perkara berkaitan urusan tukar nama kereta terutamanya jika anda beli kereta terpakai atau ingin jual kereta lama anda.

Prosedur Tukar Nama Kereta: 4 Cara Nak Tukar Nama Kereta yang Anda Perlu Tahu

Proses tukar nama pemilik kenderaan adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan sebelum anda jual atau beli kereta. Jika berlaku sesuatu insiden atau kemalangan jalan raya, pemilik kereta yang sah mengikut nama yang tercatat dalam geran kereta perlu bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.

Qoala menyenaraikan panduan lengkap berkaitan proses tukar nama kenderaan termasuk cara tukar nama kenderaan untuk rujukan dan panduan anda seperti berikut:

Cara tukar nama pemilik kereta di Malaysia

1. Pertukaran Nama Kereta: Cara Tukar Nama Kereta di JPJ

Proses tukar milik kenderaan atau tukar nama kereta di JPJ sebenarnya sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama. Anda boleh menggunakan perkhidmatan orang tengah atau melakukan sendiri proses tukar nama JPJ di kaunter JPJ. Anda boleh ikuti cara tukar nama di JPJ seperti berikut:

i. Selesaikan Baki Pinjaman (Jika Ada)

Jika anda ingin jual kereta lama kepada individu lain, anda perlu pastikan hutang atau baki pinjaman kereta dilangsaikan sepenuhnya. Ini kerana, proses tukar nama kereta belum habis bayar tertakluk pada prosedur tertentu.

ii. Lakukan Proses Tukar Nama Kereta Puspakom

Kedua, tukar nama kereta perlu Puspakom. Anda perlu lakukan pemeriksaan kereta di Puspakom tukar nama kepada pemilik baharu. Anda boleh lakukan urusan Puspakom tukar nama ini sendiri atau pemilik kereta yang baharu boleh hadir ke Puspakom untuk lakukan pemeriksaan.

Bagi membantu memudahkan proses, anda disarankan untuk buat janji temu dengan pihak Puspakom terlebih dahulu. Anda boleh memilih untuk lakukan pemeriksaan Puspakom di mana-mana lokasi pilihan atau melalui pemeriksaan bergerak Puspakom.

Bagi ketahui cara tukar nama kereta Puspakom, anda boleh rujuk laman web Puspakom untuk info lanjut.

Cara Booking Puspakom Tukar Nama: Panduan Pendaftaran Sistem Janji Temu Pemeriksaan MyPuspakom

Sekiranya anda ingin mengetahui cara booking Puspakom tukar nama online, panduan berikut mungkin boleh membantu memudahkan urusan pemeriksaan tukar nama Puspakom:

a. Pendaftaran Akaun MyPuspakom

Berikut cara untuk buat pendaftaran akaun MyPuspakom:

    1. Tekan butang Daftar Masuk Kali Pertama;
    2. Kemudian, pilih jenis akaun yang sesuai mengikut jenis pemeriksaan;
    3. Masukkan maklumat akaun yang diperlukan – nama, nombor kad pengenalan, alamat dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan;
    4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan;
    5. Kemudian tekan butang Daftar.
b. Janji Temu Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Nama Kereta Puspakom

Berikut cara untuk buat janji temu pemeriksaan Puspakom tukar nama geran kereta:

    1. Daftar Masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah disahkan;
    2. Pilih butang Temunjanji Baru;
    3. Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan – kategori kenderaan, jenis kenderaan, kelas kegunaan dan sebagainya;
    4. Kemudian, pilih Negeri dan Tarikh pemeriksaan pilihan anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan tertakluk pada situasi dan keadaan semasa;
    5. Sekiranya pemeriksaan dilakukan melalui Wakil, masukkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;
    6. Sahkan maklumat janji temu anda;
    7. Sahkan jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet);
Dokumen Puspakom Tukar Nama

Bawa bersama dokumen-dokumen seperti kad pengenalan dan geran asal kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) ketika pemeriksaan Puspakom. Selain itu, jangan lupa untuk bawa bersama Slip Pengesahan Janji Temu semasa pemeriksaan.

Setelah pemeriksaan selesai, pihak Puspakom akan mengeluarkan Borang B5 Puspakom yang akan digunakan oleh pihak JPJ semasa prosedur tukar nama kereta dilakukan.

Kos Tukar Nama Kereta dan Puspakom

Harga tukar nama kereta Puspakom yang dikenakan adalah sebanyak RM30 sahaja.

iii. Proses Tukar Nama Kereta JPJ (Cara Tukar Hak Milik Kereta Pemilik Asal)

Sekiranya anda pemilik asal kereta, anda perlu hadirkan diri ke pejabat JPJ bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan. Proses pertukaran nama kereta perlu dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan kerana memerlukan pengesahan biometrik (pengesahan cap jari atau thumbprint JPJ).

Dokumen Tukar Nama Kereta di JPJ

Bawa bersama dokumen tukar nama JPJ seperti kad pengenalan dan geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Anda juga perlu isi borang tukar nama di JPJ – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3).

Untuk mengisi borang ini, anda perlu memasukkan maklumat-maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan serta alamat pemilik asal dan pemilik baharu. Setelah selesai mengisi borang, semakan cap jari (thumbprint tukar nama kereta) akan dilakukan.

Pihak JPJ kemudiannya akan keluarkan slip thumbprint JPJ menandakan urusan tukar hak milik kenderaan kini selesai bagi pihak anda.

iv. Proses Tukar Nama Kereta JPJ (Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Baharu)

Sekiranya anda merupakan pemilik kereta yang beli kereta terpakai pula, anda perlu tahu bahawa roadtax dan insurans kereta anda akan terbatal secara automatik setelah urusan pengesahan cap jari pemilik asal dilakukan.

Anda disarankan untuk renew roadtax kereta dan beli insuran kereta sebelum tukar nama terlebih dahulu sebelum tukar nama di JPJ. Anda boleh renew insurans dan roadtax kereta anda di Qoala untuk mudahkan urusan.

Setelah selesai, pihak JPJ akan mengeluarkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) dengan pemilikan atas nama anda.

Dokumen untuk Tukar Nama Kereta di JPJ

Untuk urusan ini, anda perlu bawa dokumen yang diperlukan untuk tukar nama kenderaan seperti:

    • Kad pengenalan;
    • Geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC);
    • Borang B5 Puspakom; dan
    • Slip thumbprint JPJ pemilik asal.

Proses penukaran hak milik kenderaan perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan risiko-risiko tertentu. Sebagai contoh, andaikan anda jual kereta tetapi tidak tukar nama kereta, dan pembeli yang beli kereta anda lakukan kegiatan jenayah. Anda mungkin akan dipertanggungjawabkan ke atas perkara yang berlaku kerana kereta masih lagi atas nama anda.

Cara tukar nama kereta di Malaysia

2. Pindah Milik Kenderaan: Cara Tukar Nama Kereta Tanpa ke JPJ

Anda juga boleh tukar nama kereta online tanpa perlu ke JPJ. Berikut panduan lengkap cara tukar nama kereta secara online melalui portal MySikap untuk rujukan dan panduan anda.

i. Daftar Akaun MySikap

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun dengan MySikap, anda perlu mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu bagi membolehkan anda lakukan proses JPJ tukar nama. Selain proses pindah milik sukarela (tukar hakmilik kenderaan), portal MySikap juga membolehkan anda melakukan urusan:

ii. Log Masuk Akaun MySikap

Setelah pendaftaran selesai atau jika anda sudah mempunyai akaun MySikap, anda boleh terus log masuk akaun anda. Anda boleh ikuti cara tukar nama kereta online seperti berikut:

Cara Tukar Nama Geran Kereta – Pemilik Asal Kereta

Bagi pemilik asal kereta, anda perlu ikuti proses tukar nama kenderaan seperti berikut:

    1. Log Masuk dan pilih Kenderaan;
    2. Kemudian, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar);
    3. Masukkan Nombor Plat Kereta dan klik Teruskan;
    4. Maklumat berkaitan akan dipaparkan – sahkan maklumat, kemudian sekali lagi klik Teruskan;
    5. Masukkan alamat e-mel Pendaftar dan Pemilik Baharu, kemudian klik Teruskan
    6. Proses selesai – simpan resit untuk rujukan anda.
Cara Tukar Milik Kenderaan – Pemilik Baharu

Sekiranya anda pemilik kereta yang baharu, berikut langkah untuk tukar nama insurans kereta untuk panduan anda:

    1. Log Masuk dan pilih Kenderaan;
    2. Kemudian, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu);
    3. Masukkan Nombor Plat Kereta dan klik Teruskan;
    4. Bagi ruangan Pengisytiharan Kenderaan, pilih Semenanjung dan klik Teruskan;
    5. Masukkan maklumat pembayaran dan klik Bayar;
    6. Sahkan maklumat dan klik Teruskan;
    7. Cetak resit dan bawa bersama untuk proses selanjutnya di mana-mana cawangan JPJ berdekatan.

Meskipun procedure tukar nama kenderaan (proses awal pindah milik kenderaan) boleh dilakukan secara online, anda masih perlu ke JPJ untuk urusan pengesahan cap jari atau thumbprint JPJ tukar nama kereta.

3. Kereta Tukar Nama: Cara Tukar Nama Kereta Tanpa Pemilik Asal

Bagi kes owner meninggal dunia pula, prosedur tukar hak milik kenderaan boleh dikatakan sedikit complicated. Berikut merupakan panduan lengkap tukar pemilik kenderaan pemilik meninggal dunia untuk panduan anda:

i. Buat Tuntutan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah

Sekiranya pemilik asal tidak meninggalkan sebarang wasiat, waris boleh lakukan tuntutan pembahagian harta pusaka kecil terlebih dahulu. Setelah pengagihan selesai, waris akan menerima surat perintah pembahagian pemilikan harta yang ditinggalkan.

Waris yang menerima kenderaan atas nama si mati boleh melakukan proses tukar nama menggunakan surat perintah pembahagian sebagai sokongan pemilikan. Urusan ini perlu dilakukan dengan segera sebelum cukai jalan tamat tempoh.

Ini kerana, cukai jalan kereta yang masih berdaftar atas nama pemilik yang telah meninggal dunia hanya boleh diperbaharui untuk tempoh enam (6) bulan sekali sahaja oleh waris terdekat.

ii. Buat Pemeriksaan Puspakom Tukar Nama

Setelah urusan pembahagian harta pusaka selesai, waris perlu membawa geran asal dan kenderaan ke Puspakom untuk pemeriksaan. Sama seperti proses tukar hak milik kenderaan secara sukarela, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5 Puspakom.

Borang ini akan digunakan semasa proses tukar geran kereta dilakukan.

iii. Hadir ke JPJ Tukar Nama Insurans Kereta

Setelah selesai kedua-dua proses di atas, waris boleh melakukan urusan tukar nama kereta di mana-mana pejabat JPJ berdekatan. Berapa kos tukar nama kereta dan kos tukar nama motor? Berikut senarai harga tukar nama insurans kereta untuk rujukan dan panduan anda:

Jenis Kenderaan Caj Tukar Nama 2024
Harga tukar nama motor

RM30

Caj tukar nama kereta

RM100

Kenderaan perdagangan

RM40

Kenderaan off-road

RM100

Bagi melancarkan urusan menukar nama kenderaan, waris atau pemohon dinasihatkan untuk hadir sendiri ke JPJ. Sekiranya pemohon ingin menghantar wakil bagi pihak mereka, pemohon perlu menyediakan maklumat pengesahan diri serta surat rasmi lantikan wakil.

Bagi proses tukar hak milik kenderaan ini juga, pemohon perlu sediakan dokumen tukar nama kereta seperti berikut:

  • Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah; atau
  • Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah; atau
  • Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah; atau
  • Salinan Perintah Pembahagian/Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)  1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; atau
  • Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah;
  • Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;
  • Akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan/Majistret/Hakim;
  • Akuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama/pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.
  • Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah; atau
  • Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

4. Tukar Nama Kereta: Cara Tukar Nama Kereta Belum Habis Bayar

Bagaimana cara nak tukar nama kereta yang belum habis bayar? Boleh ke tukar nama kereta belum habis bayar? Secara asasnya, anda tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar nama kereta yang belum habis bayar tidak kira kepada nama suami/isteri, adik-beradik atau ibu bapa.

Dalam erti kata lain, tiada cara tukar pemilik kenderaan yang belum habis bayar atau kereta yang masih terikat dengan loan bank. Sekiranya anda terikat dengan pinjaman bank, anda perlu melangsaikan baki pinjaman terlebih dahulu sebelum boleh menukar nama hak milik kenderaan. Meskipun begitu, ia tertakluk pada situasi-situasi tertentu.

Sebagai contoh, pemilik baharu yang beli kereta atas nama orang lain boleh memohon loan kereta yang baharu ke atas kereta yang sama. Kadar faedah dan jumlah pinjaman bergantung pada kadar faedah pinjaman semasa dan amaun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (harga pasaran kereta semasa).

Cara ini membolehkan nama pemilik lama kereta ditukarkan kepada pemilik baharu, dan baki hutang pinjaman akan diselesaikan oleh pihak bank pembeli baharu ini.

Prosedur tukar nama kereta di Malaysia

Syarat Tukar Nama Kereta, Dokumen untuk Tukar Nama Kereta di Malaysia

Bagi memudahkan proses pertukaran nama kereta, terdapat beberapa syarat dan dokumen untuk tukar nama kereta yang perlu disediakan. Anda boleh rujuk syarat dan dokumen untuk prosedur tukar nama kereta seperti berikut:

1. Syarat Tukar Nama Kenderaan (Syarat Am Tukar Nama Hak Milik Kenderaan)

Berikut merupakan syarat am tukar milik kenderaan yang perlu dipatuhi sebelum anda lakukan prosedur tukar hakmilik kenderaan:

  1. Pemilik asal kereta dan pembeli hendaklah hadir sendiri ke mana-mana cawangan JPJ untuk urusan pengesahan cap jari atau thumbprint secara biometrik di JPJ;
  2. Bagi proses tukar nama kereta tanpa owner, wakil hanya boleh dilantik oleh pihak pemilik berdaftar atau pemilik baharu (pembeli) untuk kenderaan selain hak milik persendirian individu;
  3. Tiada sebarang sekatan seperti rekod tuntutan hak milik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senarai hitam dan sebagainya;
  4. Kenderaan yang ingin ditukar nama (kecuali motosikal) telah melalui pemeriksaan di Puspakom;
  5. Permit kenderaan perdagangan bagi pemilik asal berdaftar telah dibatalkan;
  6. Fi telah dijelaskan;
  7. Dokumen untuk tukar nama kereta (pemilik asal kenderaan dan pembeli) adalah seperti berikut:
    • Dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyTentera, MyPR atau pasport;
    • Jika kereta yang ingin ditukar nama bukan hak milik persendirian individu, surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;
    • Borang JPJK3 yang telah lengkap diisi;
    • Perakuan pendaftaran kenderaan motor;
    • Pengesahan identiti Kerajaan /Bank /Syarikat Kewangan /Insurans /Pertubuhan /Koperasi /Syarikat Sendirian Berhad /Syarikat Berhad /Perniagaan Milikan Tunggal /Perniagaan Perkongsian /Badan Berkanun /Pihak Berkuasa Tempatan /Kedutaan /Pesuruhjaya Tinggi /Konsulat /Pertubuhan Antarabangsa seperti:
      1. Salinan Borang 49 (WAJIB);
      2. Salinan resolusi/minit mesyuarat berkaitan persetujuan penjualan kenderaan;
      3. Borang 9 atau Borang 13 yang disahkan oleh setiausaha syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (mana-mana yang berkenaan);
      4. Salinan Borang D yang disahkan SSM;
      5. Dokumen-dokumen lain berkaitan pengesahan identiti (yang berkaitan);
      6. Surat persetujuan penjualan kenderaan motor.

2. Syarat Tukar Nama Kenderaan (Syarat Khas Tukar Nama Hak Milik Kenderaan)

Berikut pula merupakan syarat khas tukar nama kereta yang perlu dipatuhi sebelum anda lakukan prosedur tukar hak milik kenderaan:

  1. Bagi pemilik berdaftar yang berada di luar negara, anda perlu sediakan salinan pasport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia mengikut lokasi pemilik berdaftar berada. Selain itu, anda juga perlukan akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia mengikut lokasi pemilik berdaftar berada;
  2. Pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi pula, anda perlukan perintah mahkamah untuk tukar hak milik kenderaan;
  3. Kenderaan milik syarikat/ perkongsian yang telah digulungkan/ dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers/Liquidators, anda perlukan dokumen seperti berikut:
    • Surat persetujuan penjualan kenderaan;
    • Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM;
    • Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;
    • Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM.
  1. Bagi kenderaan perdagangan pula, anda perlukan perkara-perkara berikut:
    • Kenderaan off-road khususnya perlu menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;
    • Kenderaan jentera/ kenderaan bomba/ trak tunda/ kenderaan mayat hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A/ PG13B;
    • Surat pembatalan permit/ surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD/ LPKP/ Kementerian Pelancongan;
    • Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;
    • Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled;
    • Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;
    • Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan/ MITI/ Kastam yang disahkan (jika berkenaan).

Insurans Kereta Terbaik, Renew di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Tukar Nama Insurans Kereta, Renew Insurans di Qoala untuk Proses Lebih Mudah

Semoga perkongsian tukar nama pemilik kenderaan ini dapat membantu memudahkan proses tukar nama kereta anda. Prosedur tukar nama kereta ini penting sekiranya anda bercadang untuk membeli atau menjual kereta anda.

Selain itu, jika anda ingin mendapatkan insurans kereta untuk perlindungan kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Qoala menawarkan pilihan insurans terbaik dengan tawaran harga insurans kereta yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

2 comments

  1. Saya sudah membeli van pada orang biasa, geran belum tukar nama lagi.. van itu sudah ada 2 orang yang beli, jadi saya org ke 3 membeli van tu tanpa tukar nama.. owner sebenar van tu telah meninggal dunia.. bagaimana saya hendak tukar nama hak milik? Owner tiada anak, isteri saja yg ada.. adik saja yg ada.. lagi teruk, van sekarang ada di bengkel, sebab orang langgar hadapan van.. orang jual van, lepas tangan tidak mahu tanggung jawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60