4 Jenis Pelaburan Emas untuk Anda Cuba

Kali terakhir diperbaharui Jul 13, 2022 oleh Hariz Hafiz
4 Jenis Pelaburan Emas untuk Anda Cuba

Baru-baru ini, populariti pelaburan emas semakin meningkat dan anda mungkin sudah ada beberapa kenalan anda yang sudah mula melibatkan diri dalam pelaburan ini. Adakah ini masanya untuk anda ikut trend dan mula buat pelaburan emas? Artikel ini akan menjelaskan kelebihan pelaburan emas, jenis pelaburan emas yang anda boleh cuba dan juga faktor-faktor mempengaruhi harga emas.

Maksud Pelaburan Emas, Kelebihan Pelaburan Emas

Pertama sekali, apa itu pelaburan emas? Selain menjadi satu bentuk perhiasan, emas juga merupakan pelaburan alternatif yang mempunyai reputasi sebagai kelas aset yang dipandang tinggi oleh pelabur-pelabur di serata dunia. Secara ringkasnya, pelaburan emas menjadi pilihan ramai pelabur kerana emas merupakan satu aset yang biasanya terlindung daripada inflasi atau kemelesetan ekonomi.

Sejak berabad yang lalu lagi, emas memang sudah dikenali sebagai sumber kekayaan manusia dan ia juga pernah digunakan sebagai mata wang pada suatu ketika dahulu. Kini, ramai yang suka simpan duit dalam bentuk pelaburan emas.

3 Kebaikan Pelaburan Emas

Semakin ramai pelabur baru yang mula berjinak di dalam dunia pelaburan emas ini. Berikut adalah tiga kebaikan pelaburan pelaburan emas yang anda perlu tahu:

1. Nilai yang Stabil dan Berupaya Lawan Inflasi

Secara tradisinya, nilai emas cenderung stabil atau meningkat semasa kadar inflasi meningkat tinggi. Disebabkan ini, ramai pelabur memilih untuk melabur dalam emas kerana ingin mengurangkan risiko terhadap kerugian sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Contohnya, sewaktu musim PKP pada Mac 2020, aktiviti pelaburan emas meningkat walaupun ekonomi sedang mengalami krisis.

Namun begitu, ini bukanlah satu kepastian atau guarantee kerana ada masanya korelasi di antara inflasi dan harga emas ini tidak sama seperti yang dinyatakan di atas. Contohnya, terdapat juga kemungkinan nilai emas boleh merosot apabila kadar inflasi meningkat.

2. Aset Mudah Cair

Kecairan atau liquidity merupakan salah satu kelebihan melabur dalam emas. Sama ada anda melabur emas online atau membelinya dalam bentuk fizikal, anda akan mendapati yang jual emas ini sebenarnya tidak sukar. Katakanlah anda tiba-tiba memerlukan wang dan mendapati simpanan anda tidak mencukupi, anda boleh memajak atau menjual emas untuk dapatkan duit.

Anda juga akan mendapati emas ini mudah dijual kerana sentiasa ada pembeli yang sedang cari emas fizikal atau emas yang anda miliki dalam bentuk digital. Jadi, tidak akan menjadi masalah sekiranya anda mahu menjual emas dengan kadar segera.

3. Pelbagai Pilihan untuk Anda Cuba

Selain melabur emas fizikal, anda boleh memilih untuk membuat pelaburan emas secara online juga. Untuk pelaburan emas fizikal, pilihannya terdiri daripada barang kemas, syiling atau jongkong emas. Bagi pelaburan emas online, anda adalah pilihan anda ialah emas digital, ETF Emas atau dana Gold Mutual.

Setiap pilihan pelaburan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Anda bebas membuat pilihan yang sesuai mengikut risiko dan polisi pelaburan dan simpanan anda.

jenis pelaburan emas

4 Jenis Pelaburan Emas yang Anda Boleh Lakukan di Malaysia

Ramai pakar berpendapat emas merupakan satu bentuk pelaburan yang selamat dan sangat sesuai bagi pelabur-pelabur baru di luar sana. Anda boleh mula melabur melalui empat jenis pelaburan emas yang anda boleh cuba di Malaysia:

1. Emas Fizikal

Pelaburan emas fizikal masih lagi satu pilihan yang popular dalam kalangan pelabur walaupun terdapat pilihan melabur emas secara digital. Anda boleh membeli emas fizikal dalam bentuk jongkong emas, syiling emas dan barang kemas emas. Berikut adalah tiga jenis emas fizikal yang anda perlu tahu:

a. Jongkong Emas

Jika anda tanya mana-mana pelabur yang berpengalaman, kebanyakan mereka akan menyarankan jongkong emas sebagai pilihan pelaburan emas fizikal nombor satu. Jongkong emas ini juga mudah disimpan kerana saiznya yang besar dan anda boleh dapati saiz jongkong emas ini dari 25g sehingga 1kg. Harga satu jongkong emas boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan ini sangat sesuai untuk anda membuat pelaburan jika anda mahu menjualnya pada harga yang tinggi. 

Walau bagaimanapun, jongkong emas ini mempunyai kelemahan yang tersendiri disebakan nilainya yang begitu tinggi. Contohnya, anda mahu menjual 1kg jongkong emas yang berharga RM250,000. Selagi anda tidak jumpa pembeli yang sanggup membayar harga permintaan, selagi itulah anda patut teruskan menyimpan jongkong emas tersebut. Sekiranya anda bersetuju untuk jual pada harga bawah nilai pasaran, anda sendiri yang akan rugi. 

Kelebihan Jongkong Emas Kekurangan Jongkong Emas
Potensi besar untuk mendapat keuntungan yang lumayan Risiko kecurian kerana disimpan di rumah
Mempunyai kos lebih murah berbanding emas Mungkin sukar dijual kerana harganya yang tinggi
Mudah untuk anda simpan di rumah Perlu membayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat

b. Syiling Emas

Berbanding dengan jongkong emas, syiling emas ini jauh lebih ringan dengan berat di antara 2.5g sehingga 25g emas tulen. Kenapa beli syiling emas? Bagi pelabur baru, ini merupakan satu pilihan yang ideal kerana pilihan ini lebih mudah untuk urusan jual beli kerana harganya yang berpatutan dan mampu milik. Harga bagi satu syiling emas berada dalam anggaran ratusan sehingga beribu ringgit.

Tahukah anda, terdapat juga syiling emas yang dinilai lebih tinggi kerana ia dicetak secara berasingan atau dengan kata lainnya, individually. Disebabkan ini, terdapat juga syiling emas yang harganya boleh mencecah ratusan ribuan ringgit disebabkan keistimewaan dan ketulenannya.

Kelebihan Syiling Emas Kekurangan Syiling Emas
Mudah disimpan Risiko kecurian kerana disimpan di rumah
Pilihan yang ideal untuk pelabur baru Harga atau kos lebih tinggi bergantung kepada design
Senang untuk dijual Perlu membayar kos simpanan untuk peti simpanan selamat
Nilainya makin tinggi sekiranya sukar dicari atau dengan kata lain syiling emas limited

c. Barang Kemas Emas

Barang kemas emas bukan sahaja boleh dipakai atau diberi sebagai hantaran perkahwinan, anda juga boleh mendapatkannya untuk tujuan pelaburan emas. Dari segi harga, barang kemas emas berada dalam anggaran harga sekitar ratusan sehingga ribuan ringgit.

Sebelum anda membeli barang kemas emas, anda disarankan untuk memeriksa jumlah karat emas yang hendak dibeli itu. Hal ini kerana, tidak semua barang kemas emas adalah emas tulen. Contohnya, ada emas yang telah bercampur dengan bahan lain seperti perak. Selain itu, apabila anda memiliki barang kemas emas, anda perlu menjaganya dengan baik supaya ia tidak rosak atau calar kerana nilai emas tersebut boleh jatuh jika terdapat sebarang bentuk kerosakan.

Kelebihan Barang Kemas Emas Kekurangan Barang Kemas Emas
Boleh dijadikan sebagai aksesori Nilai jual yang rendah dan tidak boleh dijual ikut harga tinggi
Mudah untuk dibeli  Risiko kecurian kerana disimpan di rumah
Kos yang tinggi

2. Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account)

Pada zaman sekarang, anda boleh membuat pelaburan emas secara digital dengan membuka akaun pelaburan di bank. Berikut merupakan antara bank-bank yang menawarkan servis buka akaun pelaburan emas:

  • Maybank
  • CIMB Bank
  • HSBC Bank
  • Public Bank
  • Kuwait Finance House

Berapa yang anda perlukan untuk membuka akaun pelaburan emas? Jawapannya, ia bergantung kepada bank yang anda pilih. Contohnya, terdapat beberapa bank yang hanya memerlukan deposit awal serendah 1g sahaja yang memerlukan anda untuk membelanjakan sekitar RM250. Anda boleh mengeluarkan pelaburan ini dalam pelbagai bentuk sama ada secara tunai, emas fizikal atau pindah wang ke dalam akaun simpanan anda.

Akaun pelaburan emas ini berbeza dengan akaun pelaburan lain seperti akaun ASB kerana tidak ada faedah atau dividen yang anda akan perolehi. Selain itu, pelaburan ini juga tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit (PIDM). Sesetengah bank juga akan mengenakan caj untuk bayar upah penukaran dan perkhidmatan.

Kelebihan Akaun Pelaburan Emas Kekurangan Akaun Pelaburan Emas
Mudah buat pelaburan emas tulen Tidak diinsurankan oleh PIDM
Tidak perlu menyimpan emas fizikal Tidak ada pulangan dividen
Mudah dijual sekiranya anda memerlukan dui Perlu bayar upah penukaran
Perlu bayar caj perkhidmatan sekiranya bawah baki minimum yang ditetapkan

3. Saham Perlombongan Emas

Seterusnya, anda juga boleh membuat pelaburan saham perlombongan emas. Apabila anda melabur melalui kaedah ini, anda bukannya membeli emas tetapi anda sebenarnya melabur dengan syarikat yang melakukan kerja perlombongan atau mining emas. Disebabkan ini, hasil yang anda akan terima adalah dalam bentuk pulangan dividen dan jumlah yang akan diterima adalah bergantung kepada prestasi tahunan syarikat.

Satu perkara penting yang anda perlu tahu tentang saham perlombongan emas ini adalah ia bukan sahaja dipengaruhi oleh prestasi semasa emas, ia juga dipengaruhi oleh prestasi pasaran saham dan prestasi syarikat itu sendiri. Sebagai contoh, sejak Ogos 2020 yang lepas, prestasi saham kebanyakan syarikat perlombongan emas seperti Poh Kong Holdings Berhad dan Borneo Oil Berhad mengalami penurunan. Dengan kata lain, pulangan bagi saham perlombongan emas ini tidak menentu dan berisiko berbanding pilihan yang lain.

Kelebihan Saham Perlombongan Emas Kekurangan Saham Perlombongan Emas
Tidak bergantung sepenuhnya dengan prestasi emas Prestasi yang tidak konsisten atau tidak menentu berbanding yang lain
Tidak perlu simpan emas fizikal, risiko kecurian rendah Bergantung kepada prestasi syarikat
Pelaburan awam yang rendah yang mengikut harga saham Lebih berisiko berbanding pilihan pelaburan emas yang lain
Mudah dijual sekiranya anda memerlukan duit

4. Pertukaran Dana Dagangan Emas (Gold ETF)

Pilihan keempat dan terakhir dalam artikel yang anda boleh pertimbangkan adalah melalui pelaburan Gold ETF. Sekiranya anda merupakan pelabur yang baru hendak mula membuat pelaburan emas, ini merupakan pilihan yang baik kerana anda boleh kawal dan kurangkan risiko pelaburan anda. 

Contohnya, katakanlah anda telah melabur dalam beberapa portfolio berisiko tinggi yang dipengaruhi oleh mata wang US dollar misalnya, anda boleh kurangkan risiko kerugian dengan membuat penukaran bagi meminimumkan risiko atau kerugian. Konsepnya lebih kurang sama seperti saham perlombongan emas, anda hanya boleh melabur dalam ETF yang disokong oleh emas. Secara amnya, ini merupakan salah satu jenis ETF komoditi yang bergantung kepada prestasi dan nilai semasa harga emas. 

Anda boleh membuat pelaburan Gold ETF melalui Bursa Malaysia. Untuk berbuat demikian, anda perlu buka akaun CDS dan akaun trading untuk mulakan urusan jual beli saham di platform tersebut. 

Kelebihan Gold ETF Kekurangan Gold ETF
Boleh mengetahui prestasi emas semasa Perlu bayar yuran broker
Mudah dijual sekiranya anda memerlukan duit Perlu membuka akaun CDS dan Trading
Tidak perlu simpan emas fizikal, risiko kecurian rendah Dipengaruhi pasaran saham yang tidak menentu dan menjadikannya berisiko
Tidak memerlukan kos simpanan

labur emas

Adakah Anda Bersedia untuk Membuat Pelaburan Emas?

Kesimpulannya, pelaburan emas adalah pilihan pelaburan yang anda boleh pertimbangkan. Walaupun harganya berubah-ubah naik dan turun, tetapi dalam masa jangka panjang, anda boleh mendapatkan pulangan yang anda inginkan. Emas juga mempunyai kecairan yang tinggi dan ini bermakna anda boleh menjual emas anda pada bila-bila masa apabila anda memerlukan wang.

Anda mungkin tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk mula melabur emas? Soalan ini hanya anda sahaja yang anda jawapannya. Pastikan anda bersedia dengan ilmu dan dan pengetahuan emas yang mencukupi. Tentukan objektif pelaburan anda kerana ini akan membantu anda untuk membuat keputusan semasa anda melabur nanti. Bagi yang beragama Islam, anda perlu menjelaskan zakat emas bila anda memiliki emas.

Selain itu, sekiranya anda merancang untuk beli insurans kereta terbaik atau insurans motor murah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan beberapa pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik bergantung pada keperluan dan bajet anda.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60