Guna Oyen Untuk Keluarkan Anak Kucing Dari Enjin Kereta

Kali terakhir diperbaharui Sep 8, 2022 oleh Hariz Hafiz
Guna Oyen Untuk Keluarkan Anak Kucing Dari Enjin Kereta

Sebelum korang start enjin kereta, periksa dulu enjin. Takut-takut ada anak kucing masuk dalam enjin kereta. Jangan terkejut bila nampak anak kucing dalam enjin kereta. Dengan badan yang kecik, diaorang memang senang masuk enjin kereta daripada bahagian bawah kereta. 

Kenapa kucing suka duduk dalam enjin kereta? Sebabnya, enjin akan membuat diaorang rasa lebih panas. Tapi, situasi ni sebenarnya sangat bahaya kerana diaorang boleh tercedera akibat suhu yang terlalu panas dalam enjin kereta. 

Kalau kawasan kejiranan korang banyak kucing, korang disarankan untuk check dulu enjin kereta sebelum bergerak. Macam seorang individu di Jepun baru-baru ini yang menceritakan tentang seekor anak kucing yang tersekat dalam enjin keretanya. 

Mujur individu tersebut menyedari kehadiran anak kucing itu sebelum dia memulakan perjalanan. Namun, masalah lain pula timbul apabila anak kucing tersebut tak nak berganjak keluar daripada enjin kereta individu itu. Malahan, ia terus bersembunyi kerana rasa takut dengan individu yang cuba untuk keluarkannya. 

Masalah itu turut dikongsikan bersama jiran-jiran yang lain. Jiran-jiran yang lain turut membantu dengan pelbagai cara untuk mengeluarkan anak kucing tersebut, tapi tetap tidak berjaya. 

Setelah gagal mengeluarkan anak kucing itu, salah seorang daripada jirannya mendapat idea untuk menggunakan khidmat kucing Oyen peliharaannya untuk memujuk anak kucing tersebut.

Si Oyen kemudian memanggil anak kucing tersebut. Tidak tahu lah apa yang diberitahu oleh Oyen kepada anak kucing itu tetapi apa yang pasti selepas beberapa kali dipanggil anak kucing mula tertarik untuk menjengah keluar. Ketika itu, orang ramai mula bersedia untuk mengeluarkan anak kucing tersebut dan akhirnya dia berjaya juga dikeluarkan.

Nah, lihat video oyen si hero!

Tips Untuk Keluarkan Kucing Dalam Bonet Kereta

Kalau korang terdengar bunyi meow-meow dalam kereta, segeralah periksa enjin kereta korang. Itu memang tempat favourite diaorang. Kalau korang tak tahu macam mana nak keluarkan kucing tersebut, ini tips yang korang boleh cuba: 

#1 Bunyikan hon

Kaedah pertama ini boleh dilakukan tanpa mencederakan kucing tersebut. Bunyikan hon beberapa kali sebelum menghidupkan enjin kereta. Bunyi hon tersebut akan mengejutkan mereka lalu keluar daripada enjin kereta. 

#2 Ketuk hood kereta

Selain hon, korang boleh ketuk hood kereta untuk beberapa kali secara perlahan hanya untuk memberi signal kepada kucing tersebut untuk keluar daripada enjin kereta korang. 

#3 Letakkan makanan kucing di hadapan kereta

Kalau korang ada makanan kucing, letakkan makanan tersebut di depan kereta. Kaedah ini adalah untuk mengumpan kucing tersebut untuk keluar dari enjin kereta. 

Harap artikel ini dapat membantu korang. Nak renew roadtax dengan insurans kereta? Renew je dengan Qoala!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Abang Viva, Hero Banjir Yang Tidak Didendang
Tular
2 mins read
Nadhirah Rashid
Nadhirah Rashid
Dec 24, 2021
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60