Qoala Tersenarai dalam Fintech 100 CB Insights 2023

Kali terakhir diperbaharui Oct 16, 2023 oleh Ramen Hasniran
Qoala Tersenarai dalam Fintech 100 CB Insights 2023

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2023 – CB Insights hari ini menamakan Qoala dalam kedudukan Fintech 100 yang keenam (sebelum ini dikenali sebagai Fintech 250) yang memperlihatkan 100 syarikat fintech swasta paling berpotensi pada tahun 2023.

“Mewakili 24 negara berbeza di seluruh dunia, Fintech 100 pada tahun ini membentuk masa depan pembayaran masa nyata, pengurusan perbelanjaan secara automatik, integrasi perkhidmatan kewangan dan banyak lagi,” kata Chris Bendtsen, Ketua Penganalisis Fintech CB Insights. “Mereka bukan sahaja bersama-sama meningkatkan kelajuan inovasi, tetapi turut melancarkan produk dan ciri-ciri baharu untuk merevolusikan industri secara keseluruhan,” tambah beliau. 

“Kami berbesar hati kerana tersenarai dalam Fintech 100. Ia adalah bukti semangat inovasi yang telah kami bawa ke dalam industri insurans dan impak yang telah kami hasilkan dalam kehidupan pengguna kami di seluruh Asia Tenggara” kata Harshet Lunani, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Qoala. Tambah beliau, “Kejayaan Qoala tersenarai dalam senarai ini menjadi lebih bermakna kerana kami salah satu daripada dua syarikat dalam pasaran berkembang yang beribu pejabat di Indonesia”.

Pasukan penyelidikan CB Insights telah memilih 100 pemenang daripada 19,000 syarikat swasta termasuk syarikat yang membuat permohonan dan dicalonkan. Mereka dipilih berdasarkan beberapa faktor antaranya pendanaan ekuiti, profil pelabur, aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan potensi pasaran. Pasukan penyelidikan juga menilai ribuan Taklimat Penganalisis yang dikemukakan oleh pemohon.

Sebagai sebuah syarikat insurtech omnichannel terkemuka di Asia Tenggara, Qoala telah mempermudah akses kepada insurans kepada lebih lapan juta pelanggan. Kewujudan Qoala di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam berjaya menghubungkan insurans yang berpatutan dan boleh disesuaikan kepada pelanggan. Pada Julai 2023, peranan Qoala dalam kategori pengedaran juga diiktiraf apabila tersenarai dalam Insurtech 50 CB Insights.

Fakta tentang Fintech 100 2023: 

  • Pendanaan Ekuiti dan Perjanjian: Fintech 100 merangkumi pelbagai syarikat dengan peringkat kematangan, pembangunan produk dan pembiayaan yang berbeza. Kumpulan ini telah mengumpulkan hampir USD 22 bilion dalam pendanaan ekuiti melalui 381 perjanjian sejak 2019.
  • Syarikat “Unicorn”: Terdapat 31 syarikat dengan penilaian lebih daripada USD 1 bilion dalam senarai ini.
  • Jangkauan Global: Pemenang tahun ini mewakili 24 negara yang berbeza di seluruh dunia. Sebanyak 43 peratus syarikat yang dipilih beribu pejabat di Amerika Syarikat. United Kingdom berada di tempat kedua dengan 12 pemenang, diikuti oleh Singapura dengan 7 pemenang. Selain itu, beberapa pasaran berkembang juga tersenarai sebagai pemenang tahun ini seperti India tiga pemenang, sementara Indonesia dan Mesir masing-masing dua pemenang.

 

Mengenai CB Insights

CB Insights membangunkan perisian yang membolehkan syarikat-syarikat terbaik di dunia menerokai, memahami, dan membuat keputusan berkaitan teknologi dengan keyakinan. Dengan menggabungkan data, pandangan pakar dan alat pengurusan kerja, pelanggan menguruskan proses membuat keputusan teknologi mereka dari awal hingga akhir di CB Insights. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cbinsights.com.

 

Mengenai Qoala

Qoala ialah syarikat teknologi insurans (insurtech) dengan misi untuk mendemokrasikan insurans melalui kehadiran omnichannel dan pembangunan produk baharu. Qoala beroperasi di tiga negara; Indonesia, Malaysia, dan Thailand menawarkan pelbagai perlindungan insurans dan takaful daripada kereta, motosikal, harta tanah, kemalangan diri, perjalanan dan kesihatan yang boleh diakses dengan cepat, mudah dan telus melalui aplikasi atau laman web Qoala.

 

Hubungan Media

Chris Orlando | Senior Manager, PR & Communications, CB Insights | chris.orlando@cbinsights.com 

Jeremy Jeesandaran | PR and Corporate Communications, Qoala | jeremy@qoala.my

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60