Polisi ini menawarkan perlindungan paling menyeluruh (untuk anda dan pihak ketiga), tidak terhad kepada insiden kecurian dan kebakaran. Ia menawarkan perlindungan daripada kerosakan, kerugian harta benda serta kematian atau kecederaan akibat kemalangan.
Polisi ini menawarkan perlindungan yang sama seperti insurans pihak ketiga, dengan tambahan perlindungan kerosakan kereta akibat kebakaran atau kecurian.
Perlindungan insurans paling asas untuk tuntutan pihak ketiga sahaja tidak termasuk kereta anda sendiri
Pilih insurans kereta terbaik yang paling menguntungkan anda
Komprehensif
Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian
Pihak Ketiga
Ganjaran Pemanduan Selamat
Keselamatan anda adalah keutamaan kami - pemilik kenderaan yang tidak membuat sebarang tuntutan insurans kemalangan dalam tempoh lima tahun pertama boleh menikmati pengurangan kadar diskaun atau lebih dikenali sebagai NCD kereta sehingga 55 peratus untuk kenderaan persendirian dan 25 peratus untuk kenderaan komersial.
Bayaran Pampasan Tuntutan Insurans Kemalangan
Kenderaan bermotor di Malaysia mesti mempunyai sekurang-kurangnya polisi insurans pihak ketiga untuk membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan raya. Sekiranya berlaku kemalangan akibat kecuaian anda, anda perlu membayar pampasan untuk sebarang kerosakan yang berlaku pada kereta pihak ketiga.
Kecederaan Pihak Ketiga
Polisi insurans ini menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga atau penumpang lain di dalam kenderaan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan sebarang bentuk kecederaan kepada pihak ketiga
Kebakaran, Letupan atau Litar pintas
Polisi insurans ini menawarkan perlindungan sekiranya berlaku kebakaran kereta, kereta meletup atau litar pintas.
Kecurian
Polisi insurans ini menawarkan perlindungan sekiranya berlaku kebakaran kereta, kereta meletup atau litar pintas.
Kerosakan Pada Kereta Anda Akibat Kemalangan
Selain kereta pihak ketiga, polisi insurans ini juga menawarkan perlindungan ke atas kereta anda sekiranya berlaku kerosakan akibat kemalangan.
Harga insurans kereta juga akan berubah bergantung kepada jenis dan model kenderaan anda.
Kenderaan yang mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi akan mempunyai nilai harga insurans yang lebih tinggi
Lebih berusia kereta itu, lebih murah harga insuransnya.
Tambahan-tambahan lain seperti perlindungan bencana alam, perlindungan cermin kereta juga akan mempengaruhi harga insurans kereta anda untuk menjadi lebih tinggi.
Apabila kapasiti enjin besar, jumlah harga insurans juga akan lebih mahal
Ada 3 jenis insurans kereta. Insurans pihak ketiga, Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan Insurans komprehensif.
Harga insurans kereta di Semenanjung lebih tinggi daripada kereta di Sabah dan Sarawak. Faktor ini diambil kira dengan keadaan trafik di semenanjung yang sibuk dan sering berlaku kemalangan.
1
Pilih insurans kereta mengikut kemahuan dan keperluan anda
2
Lengkapkan maklumat anda dan terus buat pembayaran
3
Terus terima polisi yang dihantar ke email anda
Jangan risau, selepas anda renew atau beli pelan insurans kereta Qoala, anda boleh membuat proses tuntutan dengan hanya 3 langkah tanpa perlu anjak kaki
4
Hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin
5
Simpan kesemua dokumen penting dan buat laporan polis dengan segera
6
Hantarkan dokumen berikut ke syarikat insurans atau bengkel panel anda
Dapatkan sebutharga kurang daripada seminit!
Harga yang telus tanpa caj yang tersembunyi.
Bandingkan bukan sahaja harga, tetapi lokasi bengkel, jarak tunda percuma, tuntutan dan banyak lagi.