11 Cara untuk Elakkan Premium Insurans Nyawa Lebih Mahal

Kali terakhir diperbaharui Sep 21, 2023 oleh Shafiq Wahab
11 Cara untuk Elakkan Premium Insurans Nyawa Lebih Mahal

Apabila berbicara tentang insurans nyawa, salah satu aspek yang sering kali menjadi tumpuan adalah premium insurans nyawa. Premium insurans adalah jumlah yang anda bayar secara berkala kepada syarikat insurans untuk mendapatkan perlindungan insurans nyawa anda. Harga premium insurans nyawa bergantung kepada pelbagai faktor seperti usia, jenis perlindungan dan tahap kesihatan individu.

Apa Perkara yang Menyebabkan Harga Premium Insurans Nyawa Anda Lebih Mahal?

Insurans nyawa (atau insurans hayat) bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan. Sebagai salah satu aspek penting dalam perancangan kewangan, insurans nyawa memainkan peranan utama dalam memastikan kestabilan kewangan pada masa-masa yang penuh cabaran.

Bagi kebanyakan individu, pemilihan insurans nyawa yang sesuai adalah satu langkah bijak yang akan melindungi kebajikan diri dan orang tersayang. Artikel ini boleh membantu anda memahami faktor-faktor yang mempengaruhi harga premium insurans nyawa di Malaysia.

Faktor Pengaruhi Harga Premium Insurans Nyawa di Malaysia

1. Usia Pemegang Polisi

Salah satu faktor utama yang mempengaruhi harga premium insurans nyawa adalah usia pemegang polisi. Ini adalah satu aspek yang tidak dapat dielakkan – semakin berusia anda, semakin tinggi risiko kematian. Biasanya, pemegang polisi yang lebih muda cenderung membayar premium yang lebih rendah berbanding mereka yang lebih tua.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mendapatkan insurans nyawa secepat mungkin. Ini kerana, premium insurans nyawa anda akan lebih rendah ketika anda masih muda dan sihat.

2. Jantina Pemegang Polisi

Salah satu faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan harga premium insurans nyawa anda adalah jantina. Menurut statistik, lelaki cenderung untuk mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding wanita. Oleh sebab itu, harga premium insurans nyawa yang perlu dibayar oleh lelaki biasanya tinggi berbanding wanita.

Meskipun faktor jantina bukanlah suatu perkara yang boleh dielakkan, ia secara tidak langsung dapat membantu anda bersedia dan mengambil kira faktor ini sebelum mendapatkan insurans nyawa anda.

3. Pekerjaan Individu

Sebelum anda mendapatkan polisi insurans nyawa, syarikat insurans biasanya mengkategorikan pekerjaan pemegang polisi kepada empat kelas yang berbeza iaitu:

  • Kelas 1: Pekerjaan yang dilakukan dalam sesebuah bangunan seperti guru, doktor dan pegawai pentadbiran;
  • Kelas 2: Suri rumah, jururawat dan individu yang bekerja di luar seperti jurutera site;
  • Kelas 3: Pekerjaan yang menggunakan mesin ringan seperti pekerja pembuatan, petani dan technician;
  • Kelas 4: Pekerja pembinaan dan pekerja yang bekerja di pelantar minyak.

Biasanya, individu yang bekerja dalam Kelas 3 dan Kelas 4 akan membayar harga premium insurans nyawa dengan harga yang lebih tinggi berbanding individu yang bekerja dalam Kelas 1 dan 2. Ini kerana, pekerjaan dalam Kelas 3 dan Kelas 4 dikatakan lebih terdedah kepada risiko kecederaan, kemalangan dan kematian.

4. Jenis Polisi

Harga premium insurans nyawa anda juga boleh dipengaruhi oleh jenis polisi insurans nyawa yang diambil. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis insurans nyawa yang boleh didapati dalam pasaran, dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kelebihan yang berbeza. Antara insurans nyawa yang ditawarkan adalah seperti:

Jenis polisi insurans yang diambil mempengaruhi harga premium insurans nyawa yang anda perlu bayar. Anda disarankan untuk berbincang dengan ejen insurans anda mengenai jenis insurans yang anda perlukan.

5. Tempoh Polisi

Tempoh polisi juga memainkan peranan dalam menentukan harga premium insurans nyawa yang perlu anda bayar. Insurans seumur hidup dibayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding insurans bertempoh. Ini kerana, insurans seumur hidup direka untuk melindungi anda seumur hidup.

Secara asasnya, perlindungan ini lebih mahal kerana melibatkan tempoh yang lebih lama berbanding insurans yang mempunyai tempoh tertentu seperti lima, 10, 15 atau 20 tahun.

Memahami faktor-faktor pengaruhi harga premium insurans nyawa adalah kunci untuk membuat keputusan yang bijak dalam memilih polisi insurans yang sesuai dengan keperluan kewangan dan gaya hidup anda.

6. Jumlah Perlindungan yang Dikehendaki

Semakin besar jumlah perlindungan yang anda ambil, semakin tinggi harga premium nyawa yang perlu dibayar. Biasanya, individu yang tiada simpanan atau tidak mempunyai simpanan yang mencukupi akan mempertimbangkan jumlah perlindungan yang lebih tinggi. Ia bagi membantu menampung keperluan hidup keluarga atau waris yang ditinggalkan setelah kematian anda.

Namun sebenarnya, jumlah insurans nyawa yang anda perlukan perlu ambil kira jumlah perbelanjaan bulanan untuk waris yang ditinggalkan sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika sehingga kewangan kembali stabil. Anda boleh berbincang dengan ejen insurans anda mengenai jumlah perlindungan yang sepatutnya diambil berdasarkan kiraan-kiraan tertentu.

7. Manfaat Tambahan

Jika anda memerlukan manfaat tambahan seperti pelaburan atau perlindungan penyakit kritikal, tentulah harga premium insurans nyawa anda akan menjadi lebih tinggi. Sebagai contoh, anda memilih insurans nyawa yang mempunyai manfaat tambahan pelaburan supaya anda boleh menyimpan untuk tujuan pendidikan anak-anak.

Dengan perlindungan manfaat tambahan, harga premium insurans nyawa anda akan menjadi lebih mahal berbanding perlindungan asas tanpa sebarang manfaat tambahan. Selain itu, anda juga perlu jelas tentang keperluan manfaat tambahan supaya anda boleh mendapatkan manfaatnya semasa diperlukan nanti.

8. Gaya Hidup

Selain pekerjaan, gaya hidup anda juga boleh mempengaruhi harga premium insurans nyawa. Individu yang gemar atau sering mengikuti sukan lasak seperti paragliding, abseiling atau sukan permotoran biasanya perlu membayar premium insurans nyawa yang lebih mahal.

Gaya hidup sebegini mendedahkan anda kepada risiko tertentu yang mungkin membahayakan nyawa yang menyebabkan harga premium nyawa perlu dibayar lebih mahal.

9. Pengambilan Rokok, Alkohol atau Dadah

Sekiranya anda seorang perokok, anda perlu menerima hakikat bahawa premium insurans nyawa perlu dibayar dengan harga yang lebih mahal berbanding individu lain yang tidak merokok dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ini kerana, anda berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kritikal yang sering dikaitkan dengan amalan merokok seperti:

Bukan itu sahaja, perokok tegar juga lazimnya mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding individu lain yang tidak merokok. Selain perokok, individu yang terlibat dengan alkohol atau dadah juga perlu membayar harga premium insurans nyawa yang lebih mahal.

Lebih teruk lagi, anda bukan sahaja perlu bayar harga premium yang lebih tinggi, tetapi dalam situasi tertentu, permohonan insurans anda juga boleh ditolak oleh syarikat insurans.

10. Keadaan Kesihatan

Apa-apa penyakit kronik atau keadaan kesihatan yang serius boleh meningkatkan harga premium insurans nyawa anda. Dalam sesetengah kes, bergantung pada syarikat insurans, ia juga boleh menyebabkan polisi insurans nyawa anda ditolak.

Jika diluluskan, premium bulanan yang perlu dibayar mungkin akan menjadi lebih mahal bergantung pada keadaan kesihatan semasa.

11. Sejarah Perubatan Keluarga

Sejarah penyakit yang wujud dalam keluarga anda terutamanya penyakit genetik seperti kanser, diabetes dan lain-lain perlu dinyatakan semasa mendapatkan insurans nyawa. Ia secara tidak langsung boleh memberi kesan pada harga premium insurans nyawa anda.

Berdasarkan kajian perubatan, penyakit-penyakit ini boleh diwarisi kepada ahli keluarga yang lain secara genetik. Sebagai contoh, jika ibu mempunyai penyakit diabetes, ada kemungkinan ahli keluarga juga berpotensi mempunyai penyakit yang sama.

Premium Insurans Nyawa: Kepentingan Mendapatkan Insurans Nyawa pada Usia Muda di Malaysia

Insurans Nyawa: Jaminan Perlindungan Masa Depan untuk Ketenangan Jiwa

Memahami faktor-faktor pengaruhi harga premium insurans nyawa adalah kunci dalam membantu anda membuat keputusan kewangan yang bijak. Ia membolehkan anda merancang dan memilih polisi insurans yang sesuai dengan keperluan kewangan dan gaya hidup anda.

Insurans nyawa secara asasnya penting dalam memberi jaminan kewangan dan mengelakkan beban kewangan keluarga sekiranya berlaku sesuatu kepada diri anda. Persediaan ini juga memberi anda lebih ketenangan jiwa memandangkan ia dapat membantu keluarga berdikari semula selepas ketiadaan anda.

Sekiranya anda sedang mencari insurans nyawa dan insurans kesihatan untuk perlindungan diri anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pelan-pelan insurans nyawa dan insurans kesihatan terbaik dan komprehensif mengikut keperluan setiap individu.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60