Tuntutan Insurans Kemalangan Kereta Langgar Haiwan Liar 2024

Kali terakhir diperbaharui May 15, 2024 oleh Shafiq Wahab
Tuntutan Insurans Kemalangan Kereta Langgar Haiwan Liar 2024

Sejak kebelakangan ini banyak insiden membabitkan kemalangan kenderaan langgar haiwan liar seperti gajah, tapir, harimau dan sebagainya. Kejadian terbaru, seekor harimau dahan jantan mati dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). Apa yang boleh anda lakukan jika kenderaan anda terlanggar haiwan liar?

Boleh Ke Buat Tuntutan Insurans Kemalangan Kalau Langgar Haiwan Liar?

Ya, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya kereta anda terlibat kemalangan dengan haiwan liar ketika sedang memandu. Untuk membuat tuntutan insurans kemalangan apabila anda terlanggar haiwan liar, anda perlu pastikan kereta anda memilki polisi insurans kereta komprehensif. Tuntutan insurans boleh dibuat di bawah tuntutan kerosakan sendiri atau own damage claim.

Apa Kesan Tuntutan Insurans Kemalangan Terlanggar Haiwan Liar?

Penting untuk anda tahu jika tuntutan kerosakan sendiri ini dibuat, ia akan beri kesan kepada NCD kereta anda. NCD kereta anda akan kembali ke angka sifar peratus (0%) dan harga insurans kereta anda akan menjadi lebih mahal pada tahun berikutnya.

Ini kerana, syarikat insurans tidak menyediakan perlindungan khas atau perlindungan tambahan bagi melindungi kereta anda daripada kerosakan akibat langgar haiwan liar di jalan raya.

Kesan Tuntutan Insurans Kemalangan Terlanggar Haiwan Liar

Bagaimana Cara Buat Tuntutan Insurans Kemalangan Langgar Haiwan Liar?

Proses claim insurance kereta kemalangan membabitkan haiwan liar adalah sama seperti tuntutan insurans kemalangan yang lain. Anda perlu sediakan dokumen-dokumen seperti:

  • Salinan kad pengenalan;
  • Laporan polis;
  • Gambar keadaan kereta;
  • Polisi insurans; dan
  • Salinan lesen memandu.

Untuk membuat tuntutan insurans kemalangan membabitkan haiwan liar, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Laporkan kemalangan tersebut kepada pihak polis terlebih dahulu dengan secepat mungkin dalam tempoh 24 jam;
  2. Hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin dan maklumkan tentang kemalangan tersebut;
  3. Ambil gambar kemalangan sebanyak mungkin sebagai bahan bukti seperti gambar tempat kejadian, gambar kerosakan kenderaan dan gambar haiwan liar yang dilanggar;
  4. Bawa kenderaan anda ke bengkel yang disyorkan oleh syarikat insurans;
  5. Tunggu sehingga proses baik pulih kereta selesai.

3 Tips Elak Langgar Haiwan Liar

Walaupun tuntutan insurans kemalangan boleh dibuat apabila berlaku kemalangan membabitkan haiwan liar, ia tidak bermaksud anda tidak perlu berhati-hati semasa pemanduan. Sebagai pemandu, anda perlu lebih berwaspada dan berjaga-jaga di jalan raya untuk mengelakkan sebarang musibah daripada berlaku.

Berikut tips-tips yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan insiden kemalangan terlanggar haiwan liar:

1. Awasi Papan Tanda

Pandu dengan berhati-hati apabila ada papan tanda yang menunjukkan haiwan liar melintas. Papan tanda ini biasanya dipasang di lokasi terpilih yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai kawasan panas kemalangan jalan raya melibatkan haiwan liar.

2. Kurangkan Kelajuan

Elakkan memandu laju di kawasan panas atau kawasan berisiko kemalangan melibatkan haiwan liar. Dengan mengurangkan kelajuan pemanduan, anda ada lebih banyak masa untuk bertindak balas jika ada haiwan liar yang tiba-tiba melintas.

3. Pandu Berhati-hati

Berhati-hati apabila memandu kereta terutamanya pada waktu malam. Kebanyakan haiwan liar adalah nokturnal dan aktif pada waktu malam sehingga waktu subuh. Jika perlu, gunakan lampu tinggi semasa pemanduan di kawasan gelap untuk pandangan yang lebih jelas.

Beli Insurans Kemalangan Kereta Melibatkan Haiwan Liar di Qoala

Dapatkan Insurans Komprehensif untuk Perlindungan Kemalangan yang Optimum

Perlindungan insurans kereta first party adalah sangat digalakkan untuk dimiliki oleh pemilik kereta. Insurans ini dapat membantu memberikan anda perlindungan kenderaan yang lebih optimum berbanding perlindungan insurans yang lain.

Dengan polisi insurance kereta first party, anda bukan sahaja boleh buat tuntutan ke atas kerosakan kereta pihak ketiga, tetapi anda juga boleh buat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan kereta anda. Tuntutan insurans kemalangan sebegini boleh membantu mengurangkan beban kewangan sekiranya anda berdepan situasi kemalangan melibatkan haiwan liar.

Jika anda ingin mendapatkan perlindungan insurans kereta komprehensif untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform pilihan ramai kerana ia menawarkan perkhidmatan perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60