7 Jenis Insurans Nyawa yang Boleh Anda Pertimbangkan

Kali terakhir diperbaharui Jan 30, 2024 oleh Shafiq Wahab
7 Jenis Insurans Nyawa yang Boleh Anda Pertimbangkan

Semua orang tidak dapat menolak kemungkinan sesuatu musibah boleh terjadi pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, penting untuk setiap individu mempunyai perlindungan insurans nyawa. Setiap orang memerlukan jenis insurans nyawa yang berbeza bergantung pada keperluan individu dan keluarga.

Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Setiap Jenis Insurans Nyawa di Malaysia

Secara asasnya, insurans nyawa memberikan manfaat apabila pemegang polisi meninggal dunia. Manfaat yang diperoleh boleh digunakan untuk menampung kos sara hidup, pendidikan anak-anak dan sebagainya.

Insurans nyawa dengan tempoh vs insurans nyawa tanpa tempoh, yang mana satu pilihan terbaik?

Dalam kes kemalangan yang menyebabkan kecacatan pula, pampasan akan diserahkan kepada pemegang polisi sendiri. Manfaat ini boleh digunakan untuk menampung kos perubatan berkala, pengangkutan dan kos-kos lain yang perlu ditanggung akibat kehilangan pendapatan.

Di Malaysia, terdapat dua jenis insurans nyawa iaitu insurans nyawa dengan tempoh (term) dan juga insurans nyawa tanpa tempoh (permanent). Setiap insurans nyawa memberikan kelebihan-kelebihan tertentu untuk melindungi anda dan keluarga dalam setiap peringkat kehidupan.

Insurans Nyawa dengan Tempoh

Jenis insurans nyawa ini merupakan insurans nyawa paling popular yang menjadi pilihan kebanyakan individu di Malaysia. Ini berkemungkinan disebabkan harga premiumnya yang lebih murah berbanding jenis insurans nyawa yang lain.

Pelan jenis ini memberikan pilihan kepada pemegang polisi untuk memilih tempoh polisi. Tempoh polisi yang biasa ditawarkan kepada pemegang polisi ialah lima, 10, 15, 25 dan 30 tahun.

Jika anda mengambil polisi selama 20 tahun dan meninggal dunia dalam tempoh polisi masih berjalan, waris anda akan menerima manfaat tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda meninggal dunia selepas tamat tempoh polisi, waris anda tidak akan menerima apa-apa pampasan.

Anda sangat digalakkan untuk cakna dengan tempoh polisi atau tarikh tamat polisi supaya anda dapat memperbaharui polisi anda untuk mendapat perlindungan berterusan.

Jenis insurans nyawa ini merangkumi Insurans Bertempoh, Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan, Endowmen dan Insurans Berkaitan Pelaburan.

7 Jenis Insurans Nyawa di Malaysia

Jenis Insurans Nyawa Penjelasan
Insurans Bertempoh
  • Tempoh perlindungan tertakluk pada tempoh masa tertentu;
  • Harga premium insurans nyawa lebih murah berbanding pelan-pelan insurans nyawa lain;
  • Pemegang polisi hanya akan dilindungi untuk tempoh tetap antara lima hingga 30 tahun bergantung kepada keperluan; 
  • Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal semasa atau pada akhir tempoh polisi, anda atau waris akan menerima jumlah diinsurankan atau mendapat pemulangan premium mengikut jumlah yang ditawarkan dalam polisi;
  • Kebiasaannya manfaat akan dibayar secara lumpsum, bergantung pada struktur pembayaran syarikat insurans tertentu;
  • Pelan ini paling sesuai untuk penggantian pendapatan sekiranya mengalami hilang upaya kekal.
Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTT)
  • Pelan ini membantu pencarum menyelesaikan baki pinjaman perumahan sekiranya pencarum meninggal dunia, menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya kekal;
  • Sesuai untuk pemindahan aset dan perancangan harta pusaka.
Endowmen 
  • Menawarkan gabungan perlindungan insurans dan simpanan;
  • Wang akan dibayar kepada waris jika pemegang polisi meninggal dunia dalam tempoh polisi berjalan;
  • Simpanan akan diberikan semula kepada pemegang polisi selepas tempoh polisi.
Insurans Berkaitan Pelaburan 
  • Kombinasi insurans hayat bertempoh dan pelaburan unit trust. Wang akan dilabur dalam dana pilihan dan nisbah ditentukan oleh anda sendiri;
  • Membolehkan pemegang polisi mengeluarkan sebahagian daripada nilai akaun semasa dalam tempoh perlindungan;
  • Sesuai untuk simpanan, pemindahan kekayaan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda. 

Insurans Nyawa Tanpa Tempoh

Berbeza dengan insurans nyawa dengan tempoh, pelan ini direka khas untuk melindungi individu untuk seumur hidup atau sepanjang hayat. Oleh sebab itu, harga premium untuk pelan ini lebih mahal berbanding polisi insurans bertempoh.

Insurans nyawa tanpa tempoh merangkumi Insurans Hayat Seumur Hidup, Anuiti Nyawa dan Perlindungan Tambahan Rider.

Jenis Insurans Nyawa Penjelasan
Insurans Hayat Seumur Hidup
  • Perlindungan jangka panjang yang membayar sejumlah pampasan jika pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal;
  • Premium insurans tidak akan meningkat meskipun usia bertambah;
  • Biasanya harga insurans nyawa lebih mahal kerana mempunyai ‘cash value’;
  • Ditawarkan dalam dua bentuk – pelan penyertaan dan pelan tanpa penyertaan;
  • Sesuai untuk pemindahan kekayaan dan pengumpulan kekayaan cukai tertunda.
Anuiti Nyawa
  • Syarikat insurans bersetuju untuk membayar anuiti secara berterusan sepanjang hayat;
  • Caruman premium dibayar sekaligus secara berkala tetap atau berubah-ubah jika pelaburan bertambah baik;
  • Sesuai untuk persediaan persaraan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Perlindungan Tambahan ‘Rider’
  • Perlindungan tambahan yang didatangkan bersama pelan asas seperti endowmen atau seumur hidup;
  • Perlindungan rider termasuk penyakit kritikal, perubatan atau kesihatan, kematian atau hilang upaya akibat kemalangan.

Jenis insurans nyawa| Perlindungan insurans nyawa penting sebagai perlindungan kewangan.

Dapatkan Insurans Nyawa Anda Sekarang, Lindungi Diri dan Keluarga Tersayang

Anda boleh berbincang dengan ejen insurans anda tentang kelebihan yang ditawarkan dalam setiap jenis insurans nyawa. Pertimbangkan jenis insurans nyawa yang paling sesuai untuk anda mengikut keperluan dan situasi semasa.

Perlu diingatkan, polisi insurans nyawa yang telah anda ambil perlu disemak pada setiap beberapa tahun. Ini bagi memastikan polisi yang diambil masih relevan dan boleh memberi perlindungan yang terbaik.

Insurans nyawa (atau insurans hayat) secara asasnya tidak dapat menggantikan anda sebagai pencari nafkah dalam keluarga. Tetapi ia bertindak sebagai perlindungan kewangan. Insurans nyawa menawarkan manfaat kewangan yang boleh membantu waris sehinggalah kewangan keluarga kembali stabil.

Anda boleh melayari laman web Qoala untuk mendapatkan info lanjut berkaitan insurans nyawa termasuk jenis insurans nyawa dan manfaat perlindungan yang ditawarkan.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60