Semua orang tidak dapat menolak kemungkinan sesuatu musibah boleh terjadi pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, penting untuk setiap individu mempunyai perlindungan insurans nyawa. Setiap orang memerlukan jenis insurans nyawa yang berbeza bergantung pada keperluan individu dan keluarga.
Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Setiap Jenis Insurans Nyawa di Malaysia
Secara asasnya, insurans nyawa memberikan manfaat apabila pemegang polisi meninggal dunia. Manfaat yang diperoleh boleh digunakan untuk menampung kos sara hidup, pendidikan anak-anak dan sebagainya.
Dalam kes kemalangan yang menyebabkan kecacatan pula, pampasan akan diserahkan kepada pemegang polisi sendiri. Manfaat ini boleh digunakan untuk menampung kos perubatan berkala, pengangkutan dan kos-kos lain yang perlu ditanggung akibat kehilangan pendapatan.
Di Malaysia, terdapat dua jenis insurans nyawa iaitu insurans nyawa dengan tempoh (term) dan juga insurans nyawa tanpa tempoh (permanent). Setiap insurans nyawa memberikan kelebihan-kelebihan tertentu untuk melindungi anda dan keluarga dalam setiap peringkat kehidupan.
Insurans Nyawa dengan Tempoh
Jenis insurans nyawa ini merupakan insurans nyawa paling popular yang menjadi pilihan kebanyakan individu di Malaysia. Ini berkemungkinan disebabkan harga premiumnya yang lebih murah berbanding jenis insurans nyawa yang lain.
Pelan jenis ini memberikan pilihan kepada pemegang polisi untuk memilih tempoh polisi. Tempoh polisi yang biasa ditawarkan kepada pemegang polisi ialah lima, 10, 15, 25 dan 30 tahun.
Jika anda mengambil polisi selama 20 tahun dan meninggal dunia dalam tempoh polisi masih berjalan, waris anda akan menerima manfaat tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda meninggal dunia selepas tamat tempoh polisi, waris anda tidak akan menerima apa-apa pampasan.
Anda sangat digalakkan untuk cakna dengan tempoh polisi atau tarikh tamat polisi supaya anda dapat memperbaharui polisi anda untuk mendapat perlindungan berterusan.
Jenis insurans nyawa ini merangkumi Insurans Bertempoh, Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan, Endowmen dan Insurans Berkaitan Pelaburan.
Jenis Insurans Nyawa | Penjelasan |
Insurans Bertempoh |
|
Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTT) |
|
Endowmen |
|
Insurans Berkaitan Pelaburan |
|
Insurans Nyawa Tanpa Tempoh
Berbeza dengan insurans nyawa dengan tempoh, pelan ini direka khas untuk melindungi individu untuk seumur hidup atau sepanjang hayat. Oleh sebab itu, harga premium untuk pelan ini lebih mahal berbanding polisi insurans bertempoh.
Insurans nyawa tanpa tempoh merangkumi Insurans Hayat Seumur Hidup, Anuiti Nyawa dan Perlindungan Tambahan Rider.
Jenis Insurans Nyawa | Penjelasan |
Insurans Hayat Seumur Hidup |
|
Anuiti Nyawa |
|
Perlindungan Tambahan ‘Rider’ |
|
Dapatkan Insurans Nyawa Anda Sekarang, Lindungi Diri dan Keluarga Tersayang
Anda boleh berbincang dengan ejen insurans anda tentang kelebihan yang ditawarkan dalam setiap jenis insurans nyawa. Pertimbangkan jenis insurans nyawa yang paling sesuai untuk anda mengikut keperluan dan situasi semasa.
Perlu diingatkan, polisi insurans nyawa yang telah anda ambil perlu disemak pada setiap beberapa tahun. Ini bagi memastikan polisi yang diambil masih relevan dan boleh memberi perlindungan yang terbaik.
Insurans nyawa (atau insurans hayat) secara asasnya tidak dapat menggantikan anda sebagai pencari nafkah dalam keluarga. Tetapi ia bertindak sebagai perlindungan kewangan. Insurans nyawa menawarkan manfaat kewangan yang boleh membantu waris sehinggalah kewangan keluarga kembali stabil.
Anda boleh melayari laman web Qoala untuk mendapatkan info lanjut berkaitan insurans nyawa termasuk jenis insurans nyawa dan manfaat perlindungan yang ditawarkan.