Berapa Harga Roadtax dan Insurans Kereta Alphard 2024?

Kali terakhir diperbaharui Feb 16, 2024 oleh Shafiq Wahab
Berapa Harga Roadtax dan Insurans Kereta Alphard 2024?

Ramai yang skeptikal dengan kereta recond seperti kereta Alphard lebih-lebih lagi dengan kualiti kereta yang dibeli. Selain kualiti, penting untuk anda tahu aspek berkaitan roadtax dan insurans kereta Alphard sebelum anda buat keputusan untuk beli kereta recond.

Adakah Kereta Recond Mempengaruhi Harga Roadtax dan Insurans Kereta?

Kereta recond (reconditioned) merujuk pada kereta second hand yang dibawa masuk ke Malaysia dari negara seperti Jepun atau UK. Kereta ini kemudiannya dibaik pulih sebelum dibawa masuk dan dijual semula dalam pasaran Malaysia. Model kereta recond seperti Mercedes-Benz GLA250, BMW, Toyota Vellfire dan Toyota Alphard sangat popular dan menjadi pilihan di Malaysia.

Secara asasnya, status kereta recon biasanya mempengaruhi harga cukai jalan dan insurans kereta semasa anda ingin renew insurans. Ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut:

Insurans Kereta Alphard | Kereta Recond

1. Spec Kereta

Spesifikasi atau spec kereta recon daripada luar negara biasanya tidak sama atau tiada model yang sama di Malaysia. Ia sekali gus menyebabkan kereta sebegini terdedah atau lebih berisiko untuk dicuri atau hilang.

2. Syarikat Insurans

Tidak semua syarikat insurans di Malaysia menawarkan insurans kereta Alphard. Hanya syarikat insurans Allianz, Etiqa Takaful dan Etiqa General sahaja yang menawarkan insurans kereta Alphard di pasaran. Faktor ini juga mempengaruhi harga insurans kereta.

3. Jenis Kereta

Kereta mahal dan mewah seperti kereta Alphard kebiasaannya akan dikenakan premium insurans yang lebih tinggi. Ini kerana, ia akan menelan belanja atau kos pembaikan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan.

Bagaimana Memilih Kereta Recon Malaysia yang Berkualiti?

Model-model kereta recon biasanya dijual pada harga yang lebih murah berbanding unit kereta baharu yang dijual pengedar tempatan. Penting untuk anda pertimbangkan perkara-perkara berikut sebelum anda beli kereta recon:

1. Pilih Pengedar Dipercayai

Pembelian kereta recon lebih berisiko terutamanya jika anda membeli daripada pengedar yang tidak jujur. Pastikan anda membeli kereta recon daripada pengedar kereta yang dipercayai untuk mengurangkan risiko ditipu.

Cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca ulasan dan membuat semakan secara terperinci. Buat semakan sama ada pengedar mempunyai rekod AP (permit import) yang sah.

2. Buat Semakan Terperinci

Anda disarankan untuk membuat semakan harga untuk mengelakan diri tertipu dengan kereta recon yang dijual pada harga yang sangat murah. Buat carian harga melalui platform jual beli kereta dalam talian yang ada di Malaysia.

Jangan tertipu atau tergoda dengan iklan kereta recon dengan mileage rendah atau bebas kemalangan yang dijual pada harga yang tidak masuk akal. Jika anda merasakan harga kereta yang ingin dibeli tidak logik, ia mungkin petanda yang perlu anda fikirkan semula.

3. Lakukan Pemeriksaan Kereta Menyeluruh

Biasanya, laporan pemeriksaan akan disertakan apabila anda ingin beli kereta recon. Laporan ini boleh membantu anda mendapatkan maklumat lengkap tentang keadaan kereta.

Meskipun begitu, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan keadaan kereta dengan teliti. Jika perlu, bawa bersama mekanik kenalan yang arif tentang kereta rekon untuk mengetahui tahap kesihatan sebenar kereta.

Kereta tenggelam banjir atau rosak akibat kemalangan boleh beri kesan kepada kewangan anda pada masa akan datang.

harga roadtax dan insurans kereta Malaysia

Renew Insurans Kereta Alphard di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Pembelian kereta recond boleh membantu anda menjimatkan wang. Ia memberi peluang kepada anda untuk memiliki kereta mewah pada harga yang jauh lebih murah berbanding kereta baharu. Meskipun begitu, memilih kereta recon yang salah boleh membawa masalah dan merugikan dompet anda.

Oleh sebab itu, penting untuk anda membuat semakan dan pemeriksaan terperinci sebelum buat keputusan. Jangan terburu-buru. Ambil kira kos-kos tersembunyi, aspek penyelenggaraan, insurans dan roadtax kereta dan sebagainya.

Jika tersilap langkah, ia mungkin boleh meningkatkan perbelanjaan anda. Selain itu, bagi anda yang sedang mencari insurans kereta recond Alphard, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh beli insurans kereta Alphard di Qoala hari ini dengan tawaran harga insurans kereta murah dan berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60