Panduan Lengkap Sijil Simpanan Premium BSN 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Panduan Lengkap Sijil Simpanan Premium BSN 2024

Sijil Simpanan Premium BSN atau turut dikenali sebagai SSP Bank Simpanan Nasional merupakan salah satu skim simpanan yang diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak 1978. Ia diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai menyimpan selain mendidik masyarakat mengenai perancangan dan pengurusan kewangan yang baik.

9 Perkara Perlu Tahu Tentang Sijil Simpanan Premium BSN

Pelanggan yang menyertai BSN Sijil Simpanan Premium ini bukan sahaja berpeluang memperoleh keuntungan daripada simpanan yang ada. Tetapi, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan Sijil Simpanan Premium yang dilakukan setiap bulan.

Bagi anda yang kurang arif mengenai Sijil Simpanan Premium BSN 2024 ini, berikut merupakan maklumat lengkap berkaitan SSP BSN bagi membantu anda memahami skim simpanan ini dengan lebih baik.

1. Apa Itu Sijil Simpanan Premium BSN?

Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (atau SSP BSN) merupakan akaun simpanan berdasarkan kontrak Mudharabah (perkongsian untung). Dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.

Selain manfaat simpanan, pelanggan yang membuka akaun SSP BSN dan melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan menarik setiap bulan. Bukan itu sahaja, wang yang disimpan juga dijamin oleh Kerajaan dan tertakluk pada pengecualian cukai pendapatan.

2. Syarat Penyertaan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional

Bagi yang berminat untuk menyertai Sijil Simpanan Premium (SSP), berikut merupakan syarat yang ditetapkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk rujukan dan panduan anda:

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia;
  • Berumur 12 tahun dan ke atas;
  • Simpanan minimum RM10 (seunit) tanpa had maksimum.

3. Cara Beli Sijil Simpanan Premium

Akaun simpanan Sijil Simpanan Premium BSN ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 12 tahun dan ke atas dengan nilai pelaburan serendah RM10. Sebagai ibu bapa, anda boleh membuka akaun simpanan ini untuk anak-anak anda. Ia boleh digunakan untuk tujuan pelajaran – anda tidak lagi perlu memohon pinjaman pendidikan untuk anak-anak menyambung pelajaran.

Bagi pelanggan baharu, pembelian BSN SSP hanya boleh dibuat melalui mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda di seluruh negara. Anda perlu sediakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Kad pengenalan;
  • Borang Permohonan Akaun Simpanan Asas BSN yang diisi dengan lengkap;
  • Deposit permulaan RM10.

4. Cara Simpan SSP Bank Simpanan Nasional

Anda boleh simpan BSN Sijil Simpanan Premium melalui beberapa cara. Untuk pelanggan sedia ada, anda boleh membuat simpanan BSN SSP menerusi kaunter cawangan BSN, mesin ATM, mesin CDM, perbankan internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN.

i. Simpan SSP BSN Melalui ATM atau CDM

Untuk simpan SSP BSN melalui kaedah ini, pelanggan sedia ada boleh membuat simpanan menggunakan mesin ATM atau mesin CDM (deposit tunai).

Simpanan Sijil Simpanan Premium BSN dengan Mesin ATM

Untuk simpan melalui mesin ATM, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

      1. Masukkan kad ATM atau kad debit BSN;
      2. Pilih Bahasa dan masukkan nombor PIN;
      3. Kemudian, pilih Sijil Simpanan Premium;
      4. Masukkan amaun dalam gandaan RM10;
      5. Sahkan simpanan, dan simpan resit transaksi.
Simpanan Sijil Simpanan Premium BSN dengan Mesin CDM (dengan Kad ATM/Debit BSN)

Untuk simpanan melalui mesin deposit tunai, berikut antara langkah-langkah yang boleh anda lakukan:

      1. Masukkan kad ATM atau kad debit BSN;
      2. Pilih Bahasa dan masukkan nombor PIN;
      3. Kemudian, pilih Sijil Simpanan Premium;
      4. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai);
      5. Masukkan jumlah atau depositkan wang dalam gandaan RM10;
      6. Sahkan simpanan, dan simpan resit transaksi.
Simpanan Sijil Simpanan Premium BSN dengan Mesin CDM (Tanpa Kad ATM/Debit BSN)

Simpanan melalui mesin deposit tunai juga boleh dilakukan tanpa kad. Namun begitu, cara ini terpakai untuk pelanggan sedia ada sahaja. Berikut cara simpan SSP BSN menggunakan mesin CDM untuk panduan anda:

      1. Pilih Bahasa;
      2. Kemudian, pilih Sijil Simpanan Premium;
      3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i;
      4. Depositkan wang dalam gandaan RM10;
      5. Sahkan simpanan, dan simpan resit transaksi.

ii. Simpanan Sijil Simpanan Premium BSN Melalui Perbankan Internet myBSN

Untuk memudahkan anda, simpanan SSP BSN juga boleh disimpan melalui perbankan internet myBSN. Anda boleh simpan melalui cara-cara seperti berikut:

      1. Layari laman web BSN di www.mybsn.com.my;
      2. Pilih Simpanan BSN eSSP;
      3. Pilih nombor akaun daripada senarai;
      4. Kemudian, lengkapkan maklumat diperlukan;
      5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.

iii. Simpan Sijil Simpanan Premium BSN Melalui Ejen Bank Berdaftar

Anda juga boleh menyimpan SSP Bank Simpanan Nasional melalui ejen-ejen bank yang berdaftar. Berikut langkah-langkah yang boleh anda ikuti jika anda ingin menyimpan melalui ejen berdaftar bank:

      1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (untuk pelanggan baharu) atau kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada ejen bank;
      2. Ejen bank akan memproses simpanan SSP di terminal POS;
      3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi – simpanan maksimum untuk setiap transaksi adalah sebanyak RM1,000.

Tempoh Matang Sijil Simpanan Premium BSN

5. Dividen Sijil Simpanan Premium BSN 2024

Secara asasnya, kadar keuntungan SSPN BSN yang diperoleh bergantung sepenuhnya kepada amaun yang ada dalam akaun anda. Berikut merupakan kadar dividen SSP Bank Simpanan Nasional untuk rujukan anda:

Amaun Minimum Amaun Maksimum Sijil Simpanan Premium BSN Dividen
RM10 RM5,000 0.11% p.a.
RM5,001 RM50,000 0.16% p.a.
RM50,001 Tiada Nilai Maksimum 0.35% p.a.

6. Kategori Simpanan SSP BSN

Bagi tahun 2023, sebanyak 10 kategori diperkenalkan bagi menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP). Anda boleh rujuk kategori lengkap simpanan seperti berikut:

Kategori Syarat Kelayakan Hadiah untuk Dimenangi
Cabutan Jutawan
  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Simpanan minimum: RM3,000;
  • Tempoh simpanan minimum: 90 hari.
  • BSN SSP RM1,000,000 x 1 setiap bulan (Bulan Cabutan: Januari – November) termasuk tiga Cabutan Istimewa:
  1. Cabutan April: Guru*
  2. Cabutan Ogos: Pekerja Barisan Hadapan
  3. Cabutan November: Pelanggan Setia

*Tempoh simpanan minimum 90 hari tidak terpakai untuk Cabutan Jutawan bulan April

  • Cabutan Jutawan Bonanza | BSN SSP RM1,000,000 dan BMW X5 x 1 pemenang (Bulan cabutan: Disember)
Cabutan Bulanan
  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Simpanan minimum: RM10.
  • Hadiah Utama | BMW 320i M Sport x 1 setiap bulan – Bulan Cabutan: Januari, Mac, Mei, Julai, September, November
  • Hadiah Pertama | BSN SSP RM100,000 x 1 setiap bulan – Bulan Cabutan: Januari – Disember
Cabutan Wilayah*

*Pembahagian Wilayah: Utara (Kedah/Perlis, Penang, Perak), Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor), Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan), Tengah (Kuala Lumpur, Selangor) dan Malaysia Timur (Sabah, Sarawak).

  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Simpanan minimum: RM200.
  • Hadiah Utama | Perodua Myvi 1.5 Auto x 1 setiap wilayah*
  • Hadiah Saguhati | BSN SSP RM200 x 300 setiap wilayah
  • Bulan Cabutan: Januari – Disember
Cabutan Penyimpan Muda
  • Individu berumur 12 – 21 tahun;
  • Simpanan minimum: RM200.
  • Had umur pelanggan yang layak adalah 21 tahun, 11 bulan dan 30 hari.
  • Hadiah Pertama | BSN SSP RM100,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Kedua | BSN SSP RM50,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Ketiga | BSN SSP RM5,000 x 5 setiap bulan cabutan
  • Bulan Cabutan: Mac, Jun, September & Disember
Cabutan Kesetiaan
  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Simpanan minimum: RM200;
  • Tempoh simpanan minimum: 20 tahun dan ke atas.
  • Hadiah Pertama | BSN SSP RM100,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Kedua | BSN SSP RM50,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Ketiga | BSN SSP RM5,000 x 5 setiap bulan cabutan
  • Bulan Cabutan: Mac, Jun, September & Disember
Cabutan Penyimpan Baru
  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Simpanan minimum: RM200 dan Pelanggan baharu bank – Pelanggan baharu merujuk pada akaun BSN SSP yang dibuka 12 bulan sebelum tarikh cabutan.
  • Hadiah Pertama | BSN SSP RM100,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Kedua | BSN SSP RM50,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Ketiga | BSN SSP RM5,000 x 5 setiap bulan cabutan
  • Bulan Cabutan: Februari, Mei, Ogos & November
Cabutan Guru*

*Guru ditakrifkan sebagai guru tadika/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah swasta/sekolah antarabangsa/sekolah agama yang didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pensyarah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk Kakitangan KPM dan KPT juga layak.

  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Simpanan minimum: RM200.
  • Hadiah Pertama | BSN SSP RM50,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Kedua | BSN SSP RM5,000 x 5 setiap bulan cabutan – Bulan Cabutan: Januari – Disember
  • Hadiah Saguhati | BSN SSP RM1,000 x 100 pemenang –Bulan Cabutan: April
Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan)
  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Pelanggan mestilah pemegang akaun gaji BSN;
  • Simpanan minimum: RM200 dan purata baki akhir minima RM1,000 dalam akaun gaji sebelum tarikh cabutan.
  • Hadiah Pertama | BSN SSP RM100,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Kedua | BSN SSP RM50,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Ketiga | BSN SSP RM5,000 x 5 setiap bulan cabutan
  • Bulan Cabutan: Mac, Jun, September & Disember
Cabutan Kasih*

*Cabutan khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau mana-mana bantuan Kewangan melalui Saluran BSN.

  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Simpanan minimum: RM10.
  • Hadiah Pertama | BSN SSP RM100,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Kedua | BSN SSP RM50,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Ketiga | BSN SSP RM5,000 x 5 setiap bulan cabutan
  • Bulan Cabutan: Februari, Mei, Ogos & November
Cabutan Simpanan Konsisten*

*Simpanan berterusan minimum tiga (3) bulan secara berturut-turut bulan bermula Januari.

  • Individu berumur 12 tahun ke atas;
  • Simpanan minimum: Penerima Bantuan Kewangan – RM10, Pelanggan Lain: RM50.
  • Hadiah Pertama | BSN SSP RM100,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Kedua | BSN SSP RM50,000 x 1 setiap bulan cabutan
  • Hadiah Ketiga | BSN SSP RM5,000 x 5 setiap bulan cabutan
  • Bulan Cabutan: Disember
Bonus Tambahan Istimewa
  • Pelanggan yang telah menyimpan BSN SSP untuk tempoh lima (5) tahun dan ke atas, pelanggan akan terima gandaan penyertaan sebanyak dua kali sekiranya:
  • Tambahan deposit sebanyak RM500 dibuat pada 2023;
  • Tiada pengeluaran sebelum tarikh cabutan;
  • Gandaan penyertaan akan diterima bagi tambahan deposit yang dibuat pada bulan tersebut sebelum tarikh cabutan.
 

 

7. Tempoh Matang Sijil Simpanan Premium BSN

Tempoh matang Sijil Simpanan Premium BSN adalah 45 hari dari tarikh anda melakukan pembelian.

8. Tarikh Cabutan Sijil Simpanan Premium 2024

Pelanggan yang menyimpan melalui SSP Bank Simpanan Nasional boleh merujuk tarikh cabutan SSP BSN 2024 untuk menyemak keputusan Sijil Simpanan Premium. Berikut merupakan tarikh cabutan Sijil Simpanan Premium BSN untuk rujukan anda:

Bulan Cabutan SSP BSN Tarikh Cabutan SSP BSN Lokasi Cabutan SSP BSN
Januari Akan dikemas kini Auditorium BSN / Facebook Live BSN Malaysia
Februari Akan dikemas kini
Mac Akan dikemas kini
April Akan dikemas kini
Mei Akan dikemas kini
Jun Akan dikemas kini
Julai Akan dikemas kini
Ogos Akan dikemas kini
September Akan dikemas kini
Oktober Akan dikemas kini
November  Akan dikemas kini
Disember Akan dikemas kini

Sijil Simpanan Premium BSN Keputusan

9. Semakan Keputusan Sijil Simpanan Premium 2024

Untuk melakukan semakan keputusan cabutan SSP BSN, anda boleh ikuti mana-mana kaedah seperti berikut:

i. Semak Cabutan SSP BSN 2024 Melalui Laman Web Bank Simpanan Nasional

Melalui kaedah ini, semakan keputusan Sijil Simpanan Premium boleh dibuat dengan:

      1. Layari portal rasmi Bank Simpanan Nasional;
      2. Di bahagian Semak Keputusan Di Sini, masukkan nombor kad pengenalan atau nombor sijil SSP anda.

ii. Semak Cabutan SSP BSN 2024 Melalui Perbankan Internet myBSN

Melalui kaedah ini, anda boleh semak keputusan pemenang dengan:

      1. Log masuk perbankan internet myBSN;
      2. Klik pada menu Perbankan Islam, kemudian pilih Simpanan;
      3. Sijil Simpanan Premium anda akan dipaparkan;
      4. Klik submenu Semak Keputusan SSP;
      5. Isikan nombor kad pengenalan atau nombor sijil simpanan premium, kemudian klik Hantar;
      6. Skrin akan menunjukkan sama ada anda berjaya atau tidak.

iii. Semak Cabutan SSP BSN 2024 Melalui Cawangan atau Kaunter BSN

Pelanggan juga boleh hadirkan diri ke mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional dan lakukan semakan cabutan SSP BSN dengan pegawai bertugas.

iv. Semak Cabutan SSP BSN 2024 Melalui Facebook Rasmi Bank Simpanan Nasional

Selain itu, anda juga boleh kunjungi Facebook Rasmi Bank Simpanan Nasional untuk mendapatkan update terkini berkaitan keputusan cabutan SSP BSN 2024.

Mula Menyimpan untuk Masa Depan yang Lebih Terjamin

Tabiat menyimpan dapat membantu anda menyediakan tabung kecemasan yang boleh dijadikan jaminan dan perlindungan kewangan semasa kecemasan. Sama seperti perlindungan insurans, simpanan wang yang mencukupi dapat meringankan beban dan memberi anda ketenangan fikiran sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Oleh sebab itu, anda boleh mempertimbangkan simpanan Sijil Simpanan Premium ini sebagai salah satu kaedah simpanan anda. Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan untuk perlindungan tambahan kepada masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60