Pengecualian PTPTN ditawarkan kepada semua peminjam di Universiti Awam, Politeknik dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia. Pengecualian bayaran balik PTPTN ini diberikan kepada individu yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama (atau setaraf) tanpa mengira kaum dan latar belakang kewangan peminjam.
Apa Anda Perlu Tahu Tentang Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Ijazah Kelas Pertama Malaysia?
Pengecualian bayaran balik PTPTN terbuka kepada semua peminjam yang menerima Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengan Kepujian Kelas Pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Inisiatif ini diwujudkan bagi menghargai peminjam PTPTN yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.
Ia juga bertujuan untuk memberi dorongan kepada bakal graduan untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Syarat Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
Peminjam PTPTN yang ingin membuat pengecualian permohonan kelas pertama PTPTN perlu melepasi syarat permohonan pengecualian PTPTN seperti berikut:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Kursus/program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil
- Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
- Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik dalam tempoh 12 bulan dari tarikh konvokesyen.
Cara Memohon Pengecualian PTPTN
Permohonan PTPTN pengecualian kelas pertama boleh dilakukan secara online melalui Portal PTPTN selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan dari tarikh konvokesyen. Peminjam boleh rujuk cara mohon pengecualian PTPTN seperti berikut:
- Layari laman web rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my dan klik Bayaran Balik;
- Klik pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama;
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman peminjam (Jika perlu, anda boleh hubungi pihak PTPTN untuk membuat semakan nombor pinjaman PTPTN);
- Klik butang Mohon dan kemas kini maklumat pengajian, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat ibu bapa dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan;
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan;
- Buat pengesahan dan klik butang Hantar.
Dokumen Pengecualian PTPTN
Bagi membuat permohonan pengecualian PTPTN, peminjam perlu menyediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf yang disahkan (Skrol);
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip);
- Dokumen pendapatan (peminjam/ibu bapa/penjaga/pasangan):
-
- Slip gaji terkini;
- Surat akuan sumpah/pengesahan pendapatan;
- Penyata cukai taksiran terkini;
- Penyata KWSP terkini/surat pengesahan bukan ahli KWSP;
- Penyata pencen;
- Pencen Penakat (PERKESO);
- Sijil kematian;
- Sijil cerai;
- Surat akuan sumpah (bagi kes yang tidak dapat dikesan);
- Surat akuan sumpah (penjaga).
Bagi peminjam yang telah membuat bayaran balik, pemulangan semula (refund) akan dibuat sekiranya permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN dipertimbangkan.
Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT). Cop pengesahan mestilah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Semakan Pengecualian PTPTN Kelas Pertama
Semakan status permohonan pengecualian pembayaran PTPTN boleh diketahui dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan. Semakan boleh dibuat melalui:
- Portal PTPTN;
- Surat yang akan dihantar ke alamat surat-menyurat peminjam.
Perkara Lain yang Anda Perlu Tahu Tentang PTPTN Pengecualian Bayaran Balik
Selain itu, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum membuat permohonan pengecualian bayaran PTPTN. Ini bagi memastikan permohonan anda tidak ditolak oleh pihak PTPTN meskipun anda melepasi syarat-syarat am yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.
Pointer Ijazah Kelas Pertama PTPTN
Kadar purata nilai gred kumulatif (CGPA/PNGK) bagi peringkat Ijazah Kelas Pertama setiap universiti adalah berbeza-beza. Anda perlu semak dengan pihak universiti sama ada CGPA anda dikategorikan sebagai kelas pertama atau tidak.
Berikut senarai kelayakan CGPA/PNGK di peringkat Ijazah Kelas Pertama bagi setiap universiti:
Kelas Pertama PTPTN CGPA/PNGK | Nama Universiti |
CGPA 3.5 dan ke atas |
|
CGPA 3.67 dan ke atas |
|
Kursus Sama dalam Surat Tawaran
Kursus yang anda ambil mestilah sama dengan kursus yang dinyatakan dalam surat tawaran anda semasa memohon pinjaman PTPTN. Jika anda telah menukar kursus semasa di universiti, anda tidak akan layak untuk mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN.
Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Diploma
Jika anda menggabungkan pinjaman kursus diploma dan ijazah sarjana muda, anda masih perlu membayar balik pinjaman yang anda semasa diploma. Ini kerana, hanya pinjaman peringkat ijazah sarjana muda akan dikecualikan bayaran balik.
Tiada pengecualian PTPTN diploma kelas pertama – peminjam masih tertakluk untuk membayar balik pinjaman peringkat diploma.
Dapatkan Perlindungan Insurans di Qoala untuk Perlindungan Masa Depan
Permohonan PTPTN permohonan pengecualian bayaran balik terbuka kepada semua graduan ijazah kelas pertama tanpa mengira kategori sama ada B40, M40 atau T20. Jika anda merupakan peminjam PTPTN dan menamatkan pengajian dengan cemerlang, jangan lepaskan peluang anda untuk membuat permohonan pengecualian bayaran PTPTN ini.
Dengan pengecualian bayaran balik ini, anda dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik kerana anda tidak lagi perlu memikirkan komitmen bulanan anda ini. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kesihatan terbaik untuk perlindungan masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.
Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans kesihatan yang selamat, berpatutan dan mudah.