Cara Check Baki KWSP Online untuk Proses Lebih Mudah 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Check Baki KWSP Online untuk Proses Lebih Mudah 2024

Bagi anda yang sibuk, tentulah lebih mudah untuk check baki KWSP online sahaja. Dah tak perlu bersusah-payah untuk pergi ke kaunter, cari parking, beratur ambil nombor giliran dan kemudian menunggu sehingga berjam-jam lamanya.

Cara Daftar i-Akaun KWSP untuk Check Baki KWSP Online

Sebelum anda boleh check balance KWSP anda secara online, anda perlu daftar i-Akaun KWSP (full mode) terlebih dahulu. Dalam konteks ini, full mode bermaksud anda bukan sahaja boleh check baki KWSP anda, tetapi anda juga boleh:

cara daftar i akaun kwsp online handphone

Cara Daftar i-Akaun KWSP (Full Mode)

Pendaftaran ini memerlukan pengesahan cap jari dan update nombor telefon bimbit yang aktif untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan sementara. Anda hanya perlu sediakan dokumen kad pengenalan dan ikut arahan yang diberikan.

Setelah anda menerima mesej melalui telefon bimbit menyatakan pendaftaran anda telah berjaya, anda boleh menggunakan maklumat yang diberikan untuk Log Masuk ke i-Akaun KWSP. Pendaftaran i-Akaun KWSP (full mode) boleh dibuat melalui empat cara seperti berikut:

  1. Hanya dengan menggunakan MyKad, anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter cawangan KWSP berdekatan;
  2. Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik. Pendaftaran ini dibuat dibuat berdasarkan nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A);
  3. Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Terminal Layan Diri (SST) hanya dengan menggunakan MyKad;
  4. Majikan boleh mendaftarkan bagi pihak anda melalui i-Akaun (Majikan). Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.

Cara Daftar i-Akaun KWSP (View Mode)

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk ke cawangan KWSP berdekatan untuk mendapatkan pengesahan cap jari, anda masih boleh mendaftar i-Akaun (view mode) secara online. i-Akaun KWSP View Mode membolehkan akses ke paparan i-Akaun namun terhad kepada transaksi tertentu sahaja.

  • Semakan profil;
  • Semakan baki akaun;
  • Semakan caruman semasa;
  • Semakan kelayakan pengeluaran;
  • Semakan sejarah pengeluaran.

Berikut cara daftar i-Akaun KWSP view mode yang sangat mudah untuk anda pertimbangkan:

  1. Hubungi talian Hotline KWSP di talian 03-8922 6000 pada waktu pejabat sahaja untuk mendaftarkan nombor telefon bimbit yang aktif;
  2. Kemudian, layari laman web i-Akaun dan pilih bahasa yang dikehendaki;
  3. Tekan Daftar Sekarang dan isikan semua maklumat yang diperlukan;
  4. Baca terma dan syarat yang ditetapkan, tandakan setuju di checkbox dan klik Hantar;
  5. Setelah berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS);
  6. Klik Log Masuk Kali Pertama dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara;
  7. Sekali lagi baca terma dan syarat yang ditetapkan, kemudian tanda setuju di checkbox dan klik Seterusnya;
  8. Cipta ID Pengguna baharu di ruangan ID Pengguna. Pastikan anda memasukkan ID Pengguna mengikut syarat yang ditetapkan – gabungan alphanumeric lapan hingga 16 digit;
  9. Pilih Imej Online dan isikan Frasa Rahsia, kemudian klik Seterusnya;
  10. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan dan anda boleh terus Log Masuk ke i-Akaun KWSP untuk semak baki KWSP anda.

Cara daftar i akaun kwsp Malaysia

Cara Check Balance KWSP Online Melalui i-Akaun

Sekarang urusan check balance KWSP ini lebih mudah dan boleh dilakukan secara online. Anda boleh check baki akaun KWSP anda secara online melalui i-Akaun KWSP. Proses ini boleh dilakukan menggunakan laman web atau aplikasi di telefon bimbit.

Semak Baki KWSP Online Melalui Laman Web

Berikut cara check baki KWSP anda melalui laman web KWSP:

  1. Layari laman web rasmi KWSP dan pilih untuk log masuk sebagai Ahli atau Majikan;
  2. Anda boleh memilih dua pilihan bahasa yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (EN);
  3. Pilih pilihan Bahasa Melayu. Kemudian anda perlu memasukkan ID dan Kata Laluan dan tekan Seterusnya;
  4. Pastikan Imej Online dan Frasa Rahsia yang dipaparkan adalah betul;
  5. Masukkan Kata Laluan dan tekan butang Log Masuk – baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP anda akan dipaparkan di skrin komputer anda.

Check Balance KWSP Online Melalui Telefon

Jika anda menggunakan aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit anda, berikut cara mudah untuk semak baki KWSP anda:

  1. Jika anda masih belum mempunyai aplikasi ini, anda perlu muat turun aplikasi i-Akaun KWSP ke telefon anda terlebih dahulu;
  2. Kemudian, buka aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda;
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan;
  4. Pastikan Imej Online dan Frasa Rahsia adalah betul;
  5. Baki KWSP anda akan dipaparkan di skrin telefon bimbit anda.

Cara Check Baki KWSP Tanpa i-Akaun

Walaupun kebanyakan pencarum tentunya lebih selesa untuk check baki KWSP online. Tetapi bagi sesetengah warga emas atau orang yang tidak mahir menggunakan Internet, cara check baki KWSP tanpa i-Akaun ini boleh dimanfaatkan.

Anda hanya perlu ke pejabat atau kiosk KWSP, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 dan ikut arahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Check Baki KWSP Online Melalui i-Akaun

Buat Simpanan di KWSP, Beli Insurans di Qoala untuk Perlindungan Masa Depan

Skim KWSP yang diwujudkan oleh kerajaan sememangnya membantu para pencarum untuk membuat simpanan yang dapat menjamin keselesaan hidup ketika mencapai usia persaraan nanti.

Selain simpanan KWSP, anda juga boleh membuat persediaan tambahan untuk perlindungan masa depan dengan mendapatkan insurans kesihatan di Qoala.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Ia membolehkan anda mendapatkan polisi insurans perlindungan diri yang komprehensif dengan jaminan harga yang berpatutan.

Layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan insurans kesihatan di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60