Apa Maksud Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia 2024?

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Apa Maksud Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia 2024?

Apabila tiba musim cukai pendapatan, pasti ramai yang keliru untuk mengisi maklumat berkaitan pendapatan berkanun penggajian punca Malaysia. Apakah sumber pendapatan yang perlu diisytiharkan? Adakah bonus, elaun kerja lebih masa dan pendapatan sampingan lain termasuk dalam kategori pendapatan yang perlu diisytiharkan?

Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia

Secara asasnya, individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 dan dikenakan potongan cukai bulanan (PCB) layak dikenakan cukai. Oleh sebab itu, penting untuk anda memahami jenis-jenis pendapatan berkanun penggajian yang layak dikenakan cukai pendapatan. Ini untuk mengelakkan berlaku kesilapan semasa mengisytiharkan cukai pendapatan apabila tiba musim cukai.

Apa Itu Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia?

Pendapatan berkanun penggajian punca Malaysia (atau statutory income from employment in English) merujuk pada wang yang diperoleh daripada sumber kewangan yang sah. Dalam erti kata lain, ia merujuk sumber yang diterima oleh individu yang melakukan sesuatu kerja di sesuatu organisasi atau syarikat di Malaysia.

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan dikenakan Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Pendapatan berkanun penggajian ini dianggap sebagai sah dan diakui oleh kerajaan, jadi cukai perlu dibayar ke atas sumber pendapatan ini. Pendapatan daripada aktiviti haram seperti jenayah tidak akan dianggap sebagai pendapatan berkanun. Secara asasnya, pendapatan berkanun penggajian terdiri daripada

  • Pendapatan (atau gaji) yang diperoleh daripada pekerjaan tetap. Ini termasuk bonus, yuran pengarah, komisen, elaun, perkuisit, ganjaran dan lain-lain;
  • Pendapatan tambahan yang diperoleh daripada kerja lebih masa atau kerja yang melebihi tugas asal;
  • Pendapatan tambahan yang diperoleh daripada prestasi kerja yang baik (bonus tahunan);
  • Pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan saham dalam syarikat (dividen);
  • Pendapatan yang diperoleh daripada penjualan hak cipta atau hak paten (royalti);
  • Pendapatan yang diperoleh daripada sewaan rumah dan bisnes kereta sewa.

Untuk mengisi pendapatan berkanun penggajian dengan betul semasa mengisi eFiling, anda boleh rujuk Borang EA yang disediakan oleh majikan anda.

Apa Itu Pendapatan Berkanun Sewa?

Pendapatan sewa individu merupakan salah satu kategori pendapatan yang akan dikenakan cukai. Ia merujuk pada apa-apa hasil pendapatan atau wang yang diterima daripada menyewa hartanah kediaman. Meskipun begitu, anda boleh membuat penolakan daripada perbelanjaan rumah sewa yang dibenarkan.

Jumlah bersih yang ditolak daripada perbelanjaan yang dibenarkan akan dikira sebagai pendapatan yang akan dikenakan cukai. Apakah perbelanjaan yang dibenarkan untuk penolakan?

Apa Itu Pendapatan Berkanun Faedah, Diskaun, Royalti, Premium, Pencen, Anuiti, Bayaran Berkala Lain dan Apa-apa Perolehan atau Keuntungan Lain?

Selain pendapatan berkanun penggajian dan pendapatan berkanun sewa, anda juga perlu tahu tentang pendapatan berkanun faedah, diskaun, royalti, premium, pencen,anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan atau keuntungan lain dan tambahan mengikut peruntukan perenggan 43(1)(c) punca Malaysia.

Faedah dan Diskaun Faedah Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang didepositkan dalam institusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008:

  • Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau yang disifatkan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989;
  • Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983;
  • Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002;
  • Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995;
  • Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965; dan
  • Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Diskaun Pendapatan diskaun berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan. 
Sewa, Royalti dan Premium Sewa Penerimaan daripada sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain.
Royalti Penerimaan daripada penggunaan hak cipta/peten yang melebihi had pengecualian seperti berikut akan dikenakan cukai:

Jenis Royalti Pengecualian (RM)
Penerimaan daripada penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera 10,000
Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya kesusasteraan 12,000
Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan/lukisan asli/penggubahan muzik 20,000

Contoh: Ali menerima royalti bagi penerbitan hasil seni sebanyak RM14,000. Tolak (pengecualian cukai) RM10,000. Ini bermaksud, hanya RM4,000 amaun yang layak dikenakan cukai.

Pencen, Anuiti dan Bayaran Berkala Lain Pencen Pencen yang diterima dari Malaysia dikecualikan cukai pendapatan jika bersara pada umur 55 tahun atau pada umur persaraan yang wajib di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Selain itu, pencen dikecualikan cukai jika persaraan atas sebab keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diluluskan.

Dalam kes individu mendapat lebih daripada satu pencen, pencen dengan amaun tertinggi akan dikecualikan manakala pencen selebihnya perlu dilaporkan. 

Contoh: Ali menerima dua pencen dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM90,000. Pencen tersebut adalah daripada Pencen Perkhidmatan Awam – Skim yang diluluskan sebanyak RM35,000 dan pencen politik RM55,000. Dalam kes ini, amaun yang dikenakan cukai hanyalah RM35,000 kerana pencen tertinggi dikecualikan cukai.

Anuiti Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau pelaburan wang yang melayakkan waris atau pelabur menerima bayaran tahunan sama ada untuk selama-lamanya atau untuk sesuatu tempoh.
Bayaran berkala Lain Bayaran yang dibuat berulang-kali pada masa-masa tertentu.
Apa-apa perolehan atau Keuntungan Ia merujuk pada pendapatan lain seperti bayaran sekali-sekala yang diterima daripada pekerjaan sampingan atau sambilan untuk penyiaran, syarahan, tulisan dan sebagainya.

Isytiharkan Cukai Pendapatan dengan Betul untuk Elakkan daripada Penalti

Isytiharkan Cukai Pendapatan dengan Betul untuk Elakkan daripada Penalti

Secara asasnya, penting untuk anda ketahui punca pendapatan berkanun penggajian semasa mengisi e-filing anda. Ini bagi memastikan anda mengisytiharkan sumber pendapatan yang betul dan tepat. Penting untuk anda memahami aspek ini untuk mengelakkan kesilapan semasa memasukkan maklumat sumber pendapatan dalam e filing.

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan terbaik bagi memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia.

Anda boleh bandingkan harga polisi insurans dan beli insurans kesihatan dengan cepat, mudah dan selamat. Dengan pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia, ia semestinya bantu anda untuk buat pilihan terbaik.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60