Guna e Daftar LHDN untuk Daftar Pembayar Cukai Kali Pertama?

Kali terakhir diperbaharui Aug 8, 2024 oleh Shafiq Wahab
Guna e Daftar LHDN untuk Daftar Pembayar Cukai Kali Pertama?

Proses mengisytiharkan cukai pendapatan boleh memeningkan kepala lebih-lebih lagi jika proses ini dilakukan buat pertama kali. Bagi pembayar cukai kali pertama yang belum mendaftar cukai pendapatan, artikel ini akan membantu anda mendaftar cukai pendapatan melalui e Daftar LHDN dengan mudah.

3 Langkah Daftar Sebagai Pembayar Cukai Kali Pertama di Malaysia

Individu yang mempunyai pendapatan dan layak dikenakan cukai perlu membuat e-Filing atau mengisytiharkan cukai pendapatan individu setiap tahun. Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), individu dengan pendapatan minimum RM34,000 setahun atau RM2,833 sebulan selepas potongan KWSP perlu mendaftar fail cukai.

Jika anda memenuhi keperluan ini, anda perlu mendaftar sebagai pembayar cukai dan mendaftar e-Filing. Berikut panduan daftar sebagai pembayar cukai kali pertama untuk rujukan dan panduan anda:

3 Langkah Daftar Sebagai Pembayar Cukai Kali Pertama di Malaysia

1. Daftar Sebagai Pembayar Cukai di LHDN e-Daftar

Anda boleh mendaftar sebagai pembayar cukai kali pertama dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN terdekat atau daftar pembayar cukai melalui portal e-Daftar LHDN.

Jika anda memilih untuk daftar cukai secara online, anda perlu memilih kategori “Individu” bagi “Jenis Pembayar Cukai”. Setelah permohonan dihantar, anda boleh semak permohonan anda melalui e-Daftar LHDN.

Selain itu, anda juga boleh semak cukai pendapatan dengan menghubungi LHDN di talian 03-8911 1000 atau pergi ke mana-mana cawangan terdekat.

2. Terima Kata Laluan Sekali Guna untuk e-Filing

Setelah anda mendaftar sebagai pembayar cukai, anda perlu mendaftar e-Filing melalui platform ezHASiL. Bagi pengguna yang ingin mendaftar e-Filing kali pertama, anda perlu mendapatkan PIN 16 digit dari mana-mana cawangan LHDN berdekatan terlebih dahulu.

3. Log Masuk e-Filing untuk Tetapan Akaun

Setelah anda berjaya mendapatkan nombor PIN anda, anda boleh ke portal perkhidmatan baharu MyTax LHDN. Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik Log Masuk Pertama Kali;
  2. Kemudian, masukkan nombor PIN dan nombor kad pengenalan anda dan klik Hantar;
  3. Setelah anda berjaya log masuk, lengkapkan akaun dengan mengisi maklumat yang diperlukan;
  4. Anda akan diminta untuk mencipta kata laluan baharu untuk log masuk seterusnya. Pastikan anda mencipta kata laluan yang boleh diingati oleh anda;
  5. Tetapkan frasa keselamatan anda. Frasa ini bertindak sebagai lapisan keselamatan kedua yang menghalang akses yang tidak dibenarkan ke akaun anda. Sama seperti perbankan online, frasa keselamatan ini akan muncul setiap kali anda log masuk ke e-Filing;
  6. Kemudian, klik Setuju, sahkan maklumat anda dan klik Hantar;
  7. Selesai – Mesej Sijil Digital anda telah berjaya didaftarkan. Sila klik di sini untuk log masuk akan dipaparkan.

Tunaikan Tanggungjawab, Daftar Pembayar Cukai Menerusi e Daftar LHDN

Tunaikan Tanggungjawab, Daftar Pembayar Cukai Menerusi e Daftar LHDN

Semoga panduan yang disediakan dapat membantu anda memahami proses pendaftaran cukai pendapatan dengan lebih baik. Anda sudah tahu cara daftar sebagai pembayar cukai melalui e-Daftar LHDN, dapatkan nombor PIN untuk log masuk dan menetapkan akaun e-Filing anda.

Langkah seterusnya adalah mengisytiharkan cukai pendapatan bagi membolehkan anda mendapat bayaran balik lebihan cukai yang dibayar. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan insurans nyawa dan kesihatan untuk nikmati pelepasan cukai, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Anda boleh rujuk artikel yang telah disediakan untuk info lanjut berkaitan pelepasan cukai pendapatan untuk insurans.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh bandingkan beberapa pilihan insurans bagi membantu anda memilih perlindungan insurans yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60