Bagaimana Cara Semak No Cukai Pendapatan Secara Online 2024?

Kali terakhir diperbaharui Jan 22, 2024 oleh Shafiq Wahab
Bagaimana Cara Semak No Cukai Pendapatan Secara Online 2024?

Anda baru sahaja mula bekerja dan menerima gaji pertama anda, tetapi tiba-tiba majikan atau Jabatan Sumber Manusia meminta anda untuk semak no cukai pendapatan. Anda berkemungkinan telah mendaftar sebelum ini dan terlupa apakah nombor cukai pendapatan anda. Artikel ini akan memberikan panduan lengkap cara untuk membuat semakan no cukai pendapatan peribadi anda.

Bagaimana Cara untuk Membuat Semakan Nombor Cukai Pendapatan di Malaysia?

No cukai pendapatan juga dikenali sebagai Nombor Pengenalan Cukai (TIN). Apabila anda mendaftar sebagai pembayar cukai di Malaysia, anda akan diberikan nombor cukai pendapatan anda sendiri oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau LHDN.

Bagi anda yang mungkin telah mendaftar sebagai pembayar cukai tetapi terlupa nombor cukai anda, terdapat beberapa cara untuk anda semak nombor cukai pendapatan anda.

1. Semak Nombor Cukai Pendapatan Secara Online Melalui Laman Web MyTax

Anda boleh menyemak nombor cukai pendapatan anda dengan mudah secara dalam talian melalui laman web MyTax. Anda boleh log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. Kemudian, anda akan dibawa ke dashboard cukai peribadi anda.

Nombor Pengenalan Cukai anda boleh diakses di sudut kiri atas dashboard cukai tersebut.

semak no cukai pendapatan secara online dengan mudah

Apa yang Boleh Anda Lakukan Jika Anda Berdaftar Tetapi Lupa Kata Laluan?

Jika anda telah lupa kata laluan untuk mengakses laman web MyTax, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

      1. Buka laman utama MyTax dan log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda, kemudian klik “Lupa Kata Laluan”;
      2. Masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan untuk penetapan semula kata laluan;
      3. Anda akan menerima pautan “Penetapan Semula Kata Laluan” dalam e-mel anda;
      4. Klik pada “Pautan Penetapan Semula Kata Laluan” untuk menetapkan semula kata laluan anda;
      5. Log masuk dengan kata laluan baharu dan terus semak nombor cukai pendapatan.

Sila ambil perhatian bahawa pautan penetapan semula kata laluan hanya sah selama dua (2) hari. Pastikan untuk menetapkan semula kata laluan sebaik sahaja anda menerima pautan dalam e-mel anda.

2. Semak No Cukai Pendapatan Melalui HASiL Live Chat

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan no cukai pendapatan dengan mengakses Perbualan Langsung HASiL. Perbualan Langsung HASiL boleh diakses melalui laman web MyTax.

3. Hubungi Talian HASiL

Anda boleh menghubungi Talian HASiL secara terus untuk meminta mereka menyemak nombor cukai pendapatan anda. Talian HASiL boleh dihubungi di +602-8911 1000 / +603-8911 1100 (untuk Luar Negeri).

4. Mengemukakan Borang Maklum Balas Pelanggan

Anda juga boleh menyemak nombor cukai pendapatan dengan mengemukakan Borang Maklum Balas Pelanggan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web HASiL kemudian klik “Pertanyaan”;
  2. Selepas itu, klik “Cukai Individu” dan klik “Seterusnya”;
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan hantar pertanyaan untuk mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai anda.

5. Semakan No Cukai Pendapatan di Pejabat HASiL Terdekat

Cara lain untuk anda menyemak nombor cukai pendapatan adalah dengan pergi ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda. Anda boleh rujuk pautan ini untuk mengetahui lokasi cawangan LHDN terdekat dengan anda.

Apa Yang Berlaku Jika Anda Tidak Memiliki Nombor Cukai Pendapatan?

Di Malaysia, nombor cukai pendapatan atau Nombor Pengenalan Cukai (TIN) berfungsi sebagai pengenalan unik untuk pembayar cukai. Individu yang berumur 18 tahun ke atas, dan entiti lain seperti Syarikat, Perkongsian, Perniagaan Perseorangan, Amanah Perniagaan dan lain-lain akan diberikan no cukai pendapatan tertentu.

Adakah Anda Perlu Mendaftar untuk Mendapatkan Nombor Cukai?

Ya, anda perlu mendaftar nombor cukai pendapatan jika anda termasuk dalam mana-mana kategori yang disenaraikan di bawah:

  • Individu yang bujang dengan pendapatan lebih daripada RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP);
  • Individu berkahwin dan pasangan yang tidak bekerja yang menerima pendapatan melebihi RM46,001 setahun;
  • Individu yang memperoleh pendapatan daripada perniagaan;
  • Pekerja baharu yang tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB LHDN);
  • Individu dengan pendapatan yang dikenakan cukai; atau
  • Individu yang menjual atau membeli hartanah di Malaysia.

semakan nombor cukai pendapatan boleh dibuat melalui online atau mana-mana cawangan LHDN berdekatan anda

Bermula 2 Januari 2023, nombor cukai pendapatan atau TIN anda akan mempunyai awalan yang berbeza – awalan “IG” bagi menggantikan awalan “SG” atau “OG” sebelum ini. Meskipun begitu, digit lain pada TIN anda kekal sama. Bagi entiti bukan individu, tambahan “0” akan ditambahkan di hujung TIN sedia ada. Anda boleh lihat jadual di bawah untuk perbandingan antara TIN lama dan TIN baharu:

Kategori Versi TIN Lama Versi TIN Baharu Catatan
Individu SG115002000

SG4040080091

OG56003500070

IG115002000

IG4040080091

IG56003500070

Awalan “IG” baharu yang menggantikan awalan “SG/OG” sedia ada
Bukan individu C2088005001

D480099002

E9100550006

F1023456709

C20880050010

D4800990020

E91005500060

F10234567090

“0” ditambah pada hujung TIN yang terkini. 

Jika seseorang individu tidak mempunyai TIN, maka 12 digit Nombor MyKad individu akan digunakan oleh LHDN.

Mengapa Penting untuk Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan (TIN)?

Sebagai individu yang dikenakan cukai, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mendaftar no cukai pendapatan. Ini bagi membolehkan anda mengisytiharkan dan mengemukakan cukai pendapatan setiap tahun kepada LHDN. Kegagalan anda untuk berbuat demikian boleh memberi kesan yang serius termasuk perlu membayar cukai tertunggak dan denda.

pelepasan cukai pendapatan yang boleh dituntut

Tunaikan Tanggungjawab Anda, Semak Nombor Cukai Pendapatan untuk Bayar Cukai Pendapatan

Secara keseluruhan, LHDN membolehkan proses semakan nombor cukai pendapatan lebih mudah melalui pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Nombor cukai pendapatan penting yang anda harus miliki bagi bolehkan anda membayar cukai atau mengakses perkara-perkara lain berkaitan cukai pendapatan.

Selain itu, jangan lupa bahawa anda juga layak untuk mendapat pengecualian cukai jika anda mempunyai insurans kesihatan dan perubatan. Anda boleh rujuk artikel pengecualian cukai untuk insurans kesihatan dan perubatan untuk info lanjut.

Beli insurans kesihatan terbaik di Qoala hari ini. Qoala adalah platform perbandingan insurans terbesar dan dipercayai di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kesihatan dan perubatan dengan jaminan proses yang mudah, cepat, dan selamat.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60