i-Akaun KWSP diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ia membolehkan ahli atau majikan membuat urusan berkaitan simpanan dan perancangan persaraan secara dalam talian. Ahli KWSP disarankan untuk daftar i-Akaun KWSP bagi menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun KWSP.
Panduan Pendaftaran dan Pengaktifan i-Akaun KWSP Online Malaysia
i-Akaun KWSP bertindak sebagai platform dalam talian yang mesra pengguna. Ia membolehkan ahli KWSP untuk mengawasi dan menyumbang kepada simpanan persaraan mereka. Bagi pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar dan membuka akaun KWSP terlebih dahulu sebelum mengaktifkan i-Akaun. Anda boleh rujuk artikel ini untuk ketahui cara daftar akaun KWSP online.
Setelah membuat pendaftaran, anda perlu mengaktifkan i-Akaun KWSP dalam tempoh 30 hari. Dengan mengaktifkan i-Akaun, anda boleh:
- Kemas kini profil peribadi;
- Daftar simpanan Shariah KWSP;
- Semak status penamaan;
- Semak kelayakan pengeluaran KWSP;
- Membuat pengeluaran KWSP, menyemak status permohonan dan sejarah pengeluaran;
- Semak dividen dan baki simpanan;
- Semak penyata KWSP dan rekod caruman majikan.
Pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP boleh dilakukan secara online atau melalui kaunter layan diri dan perkhidmatan e-mel. Berikut cara mudah untuk mengaktifkan dan daftar i-Akaun KWSP:
Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online melalui Aplikasi i-Akaun
Anda boleh mengaktifkan i-Akaun KWSP anda melalui aplikasi i-Akaun seperti berikut:
- Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran anda;
- Layari laman web www.kwsp.gov.my;
- Pilih Log Masuk dan klik i-Akaun (Ahli). Selain itu, anda juga boleh daftar i-Akaun dengan memuat turun aplikasi telefon bimbit i-Akaun KWSP;
- Masukkan ID Pengguna (nombor ahli KWSP) dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS;
- Setelah berjaya log masuk, tetapkan semula ID Pengguna, Kata Laluan, Frasa Rahsia dan pilih imej keselamatan anda;
- Tekan ‘Setuju’ kepada terma dan syarat, dan pengaktifan anda selesai.
- Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Self-Service Terminal
Selain itu, anda juga boleh membuat pendaftaran i-Akaun secara mudah melalui terminal layan diri (SST). Anda boleh daftar i-Akaun KWSP dengan lima langkah berikut:
- Pilih menu pendaftaran i-Akaun di SST;
- Semak dan sahkan butiran peribadi anda;
- Tetapkan ID pengguna, kata laluan, imej keselamatan dan frasa rahsia anda.
- Tunggu notifikasi yang memaklumkan pengaktifan i-Akaun KWSP anda telah berjaya;
- Imbas kod QR untuk memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun di telefon bimbit anda.
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui E-mel
Selain pendaftaran secara online melalui i-Akaun dan Terminal Layan Diri (SST), pendaftaran i-Akaun KWSP juga boleh dilakukan melalui e-mel seperti berikut:
- Muat turun borang pendaftaran i-Akaun KWSP (Ahli) dan isi semua maklumat yang diperlukan;
- E-melkan borang yang lengkap diisi ke alamat [email protected], Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan menerima ID pengguna dan kata laluan sementara melalui SMS
- Anda perlu lampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut semasa pendaftaran:
-
- Salinan depan dan belakang kad pengenalan (MyKad)Gambar swafoto ahli KWSP bersama MyKad
- Bukti pemilikan nombor telefon ahli – bil telefon, kontrak pendaftaran, resit bayaran atau screenshot penyata yang tertera nama ahli dan nombor telefon bimbit)
- Salinan buku atau penyata akaun bank simpanan/semasa yang aktif.
Lindungi Impian Diri, Keluarga dan Masa Depan dengan Simpanan Persaraan
Simpanan di KWSP menawarkan platform simpanan persaraan yang selamat. Dengan mencarum ke akaun KWSP, ia membolehkan anda menikmati masa depan dan kewangan yang stabil semasa usia persaraan. Caruman KWSP membantu anda membentuk masa depan, mengawal simpanan jangka panjang dan menikmati ketenangan fikiran.
Selain simpanan KWSP, anda juga boleh mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan untuk perlindungan masa depan anda. Insurans kesihatan bertindak sebagai jaringan keselamatan yang akan membantu meringankan beban sekiranya anda dan keluarga menghidapi penyakit.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insurans kesihatan terbaik di Malaysia, layari qoala.my untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia.