Cara Daftar Cukai Pendapatan LHDN untuk e-Filing 2024

Kali terakhir diperbaharui May 31, 2023 oleh Ramen Hasniran
Cara Daftar Cukai Pendapatan LHDN untuk e-Filing 2024

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai perlu daftar cukai pendapatan bagi membolehkan individu lapor pendapatan tahunan dan bayar cukai pendapatan setiap tahun. Individu perlu daftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut:

  • Berstatus bujang dan menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP);
  • Sudah berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun;
  • Menjalankan perniagaan (meskipun perniagaan mengalami kerugian);
  • Pekerja yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB) setiap bulan;
  • Mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai;
  • Menjual atau membeli hartanah.

Cara Daftar Cukai Pendapatan & Isi e-Filing LHDN 2024

Proses isi e-Filing Cukai Pendapatan biasanya bermula antara bulan Mac hingga April setiap tahun. Bagi membolehkan anda mengisytiharkan cukai pendapatan, anda perlu daftar cukai pendapatan atau mempunyai akaun cukai terlebih dahulu. Berikut cara daftar cukai pendapatan untuk rujukan dan panduan anda:

1. Daftar Nombor Cukai Pendapatan

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat sama ada melalui online atau secara manual di Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berdekatan anda.

Daftar Cukai Pendapatan Online

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara online melalui menu e-Daftar dalam sistem MyTax. Bagi memudahkan proses daftar cukai pendapatan anda, berikut antara dokumen sokongan yang diperlukan:

Biasanya, nombor cukai pendapatan anda akan diterima dalam tempoh tiga hari bekerja selepas permohonan dibuat secara dalam talian. Anda juga boleh semak status permohonan anda menggunakan nombor permohonan yang diberikan semasa pendaftaran.

Daftar Cukai Pendapatan: Isi e-Filing LHDN melalui MyTax HASil

Daftar Cukai Pendapatan Manual

Bagi proses daftar cukai pendapatan secara manual pula, ia boleh dilakukan di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berdekatan anda. Anda memerlukan dokumen sokongan berikut semasa pendaftaran:

      • Borang CP600 – borang boleh dimuat turun melalui laman web HASiL di pautan berikut (Borang > Muat Turun Borang > Pendaftaran > Muat turun borang berkaitan);
      • Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau pasport);
      • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu yang menjalankan perniagaan);
      • Penyata pendapatan atau slip gaji.

2. Dapatkan No PIN MyTax HASiL

Setelah selesai daftar cukai pendapatan, anda perlu mendapatkan nombor PIN bagi mengaktifkan sistem MyTax HASiL. Nombor PIN boleh diperoleh secara dalam talian atau menerusi Cawangan HASiL yang berdekatan. Anda perlu melampirkan dokumen berikut semasa permohonan:

  • Salinan kad pengenalan /passport pemohon; dan
  • Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.

Nombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan.

3. Wujudkan Kata Laluan e-Filing

Anda kemudian perlu daftarkan nombor PIN 16 digit dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama. Pengaktifan akaun MyTax dianggap lengkap apabila anda berjaya mencipta kata laluan dan mesej “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” dipaparkan.

Bagi individu yang menjalankan perniagaan, anda perlu daftar cukai pendapatan menggunakan Borang B. Manakala individu yang bekerja makan gaji perlu menggunakan borang BE.

senarai pelepasan cukai 2022

Daftar Cukai Pendapatan, Lakukan Tanggungjawab Anda dengan Isytiharkan Cukai Pendapatan Anda

Anda perlu isytiharkan dan bayar cukai pendapatan anda secara konsisten setiap tahun untuk elakkan cukai pendapatan LHDN tertunggak. Bayaran cukai yang dikutip oleh kerajaan ini akan digunakan untuk pembangunan dan kemajuan negara yang pada akhirnya akan dinikmati oleh anda juga.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai cara isi e-Filing, apa yang boleh claim income tax dan sebagainya, anda boleh rujuk artikel-artikel kami yang lain yang berkaitan. Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan terbaik bagi memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses yang cepat, mudah dan selamat.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60