10 Intipati Penting Pembentangan Bajet Ekonomi MADANI 2024

Kali terakhir diperbaharui Oct 16, 2023 oleh Shafiq Wahab
10 Intipati Penting Pembentangan Bajet Ekonomi MADANI 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan membuat Pembentangan Bajet 2024 di Parlimen pada Jumaat. Pembentangan Belanjawan 2024 dijangka memfokuskan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, runcit, hospitaliti, pembinaan dan teknologi hijau.

Pembentangan Bajet 2024 Malaysia, Ini Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024 berbanding RM372.3 bilion untuk Bajet 2023. Pembentangan Belanjawan 2024 mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi MADANI dengan fokus untuk meningkatkan kualiti hidup menerusi penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama.

Untuk mencapai tujuan ini, antara penekanan yang diberi keutamaan adalah berkaitan reformasi fiskal, pendigitalan, pembangunan lestari, menangani isu sosial, peningkatan modal insan, mengenal pasti dan memulakan bidang pertumbuhan baru, selain menyusun semula struktur ekonomi sedia ada.

Pembentangan Bajet 2024 Malaysia

Berikut merupakan antara fokus utama Pembentangan Bajet 2024 untuk rujukan anda:

1. Cukai Perkhidmatan Naik kepada 8 Peratus

Kadar Cukai Perkhidmatan dinaikkan kepada lapan peratus berbanding enam peratus kadar sedia ada dengan skop diluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. Meskipun begitu, kadar enam peratus dikekalkan untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.

2. Cukai Barang Bernilai Tinggi

Kerajaan menggubal perundangan baharu dengan melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus. Ia merangkumi barangan seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

3. Penyasaran Semula Subsidi

Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa. Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai (Sumbangan Tunai Rahmah).

4. Kemudahan Pinjaman Perniagaan

Sebanyak RM44 bilion nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan tersedia untuk manfaat usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

5. Pembangunan Bakat Tempatan

Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu, pelepasan cukai sehingga RM2,000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri.

Kerajaan juga memperluas skop bagi pelepasan gaya hidup meliputi yuran untuk menyertai kursus kemajuan kendiri seperti kursus bahasa, fotografi, menjahit dan sebagainya.

6. Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik (EV) Tempatan

Bagi menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV, kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500. Ia merangkumi perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi.

7. Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai pendapatan khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000. Selain itu, had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan ditingkatkan kepada RM3,000 berbanding RM2,400 sebelum ini.

8. Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024. Kadar diskaun merangkumi:

  • 10 peratus atas baki hutang penyelesaian penuh pinjaman;
  • 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
  • 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji/debit terus berjadual.

9. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa. Selain itu, program i-Sayang KWSP diperluas untuk membolehkan isteri memindahkan dua peratus caruman KSWP syer pekerja kepada suami.

10. Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

Rebat tunai sebanyak RM2,400 diperuntukkan kepada pembeli berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.

Pembentangan Bajet 2024: Ekonomi MADANI

Pembentangan Bajet: Belanjawan 2024 Memperkasa Malaysia MADANI

Belanjawan 2024 Malaysia MADANI boleh disifatkan sebagai belanjawan inklusif bagi pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan insurans kesihatan untuk perlindungan masa depan, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh bandingkan harga dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans yang tersedia bagi membolehkan anda mendapatkan perlindungan insurans terbaik dan komprehensif.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60