Apa yang Perlu Dilakukan Jika Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan?

Kali terakhir diperbaharui Sep 7, 2022 oleh Hariz Hafiz
Apa yang Perlu Dilakukan Jika Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan?

Ramai dalam kalangan pengguna jalan raya memandu tanpa lesen atau insurans kereta yang sah sehingga tidak sedar perbuatan ini salah dan pengguna boleh terdedah kepada risiko-risiko tertentu terutamanya jika berlaku kemalangan atau insiden yang tidak diingini. Berdasarkan operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya menyaksikan sebanyak 222 saman kereta dan motor dikeluarkan dan separuh daripadanya membabitkan kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Ia sekali gus membuktikan ramai pengguna jalan raya mengambil mudah akan kepentingan mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah. Secara amnya, tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh boleh memberi masalah sekiranya berlaku kemalangan. Ini kerana, besar kemungkinan syarikat insurans anda mungkin tidak akan melayan tuntutan kemalangan dan anda mungkin perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk menanggung sebarang kos pembaikan kereta anda atau pihak ketiga.

Artikel ini akan membantu anda memahami sama ada anda boleh membuat tuntutan insurans jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan ketika lesen memandu anda tamat tempoh, dan perkara-perkara yang boleh anda lakukan sekiranya berdepan situasi sebegini.

Lesen Memandu Tamat Tempoh, Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan: Bolehkah Claim Insurans Kereta?

Memandu tanpa lesen adalah merupakan satu kesalahan serius yang tidak sepatutnya diambil mudah terutamanya para ibu bapa. Namun begitu, ramai dalam kalangan ibu bapa memandang remeh perkara ini dan beranggapan kebolehan memandu sahaja sudah mencukupi untuk membenarkan anak-anak remaja memandu kereta di jalan raya tanpa lesen memandu yang sah. Berikut dua situasi yang mungkin boleh membantu anda memahami kepentingan lesen memandu dalam urusan tuntutan insurans kemalangan:

1. Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan

Aiman tidak mempunyai lesen memandu dan memandu kereta milik bapanya untuk ke kedai membeli barangan keperluan sekolah. Namun malangnya, Aiman terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan. Ketika kejadian berlaku, kereta bapa Aiman memiliki perlindungan insurans kereta yang sah. Persoalan yang mungkin timbul – tiada lesen boleh claim insurans? Berdasarkan situasi ini:

        1. Aiman terlibat dalam kemalangan dan memandu kereta bapanya tanpa lesen memandu yang sah;
        2. Kereta bapa Aiman memiliki insurans kereta yang sah semasa kejadian.

Sekiranya berlaku kemalangan dan pemandu semasa kejadian berlaku tidak mempunyai lesen memandu, besar kemungkinan pihak insurans tidak akan melayan tuntutan insurans kemalangan ini. Mana-mana individu yang terlibat dalam kemalangan dan memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah, pemilik kenderaan secara asasnya tidak boleh membuat sebarang claim insurans kemalangan dan perlu menanggung sendiri sebarang kos berkaitan dengan pembaikan kerosakan kereta atau kos-kos lain yang berkaitan. Malah, pemilik kenderaan juga boleh dikompaun oleh pihak polis kerana membenarkan individu tanpa lesen yang sah memandu kenderaan di jalan raya.

Bagaimana pula sekiranya anda memiliki lesen memandu yang sah namun terlupa untuk renew lesen memandu dan berlaku kemalangan semasa lesen memandu tamat tempoh? Bolehkah tuntutan insurans dilakukan? Dalam situasi sebegini, anda boleh perhatikan senario seperti berikut:

2. Lesen Memandu Tamat Tempoh

Zubir memiliki lesen kereta yang sah sejak lima tahun yang lalu. Namun begitu, lesen memandu Zubir telah tamat tempoh dan Zubir terlupa untuk renew lesen memandu miliknya disebabkan kesibukan kerja. Malangnya, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan. Semasa kejadian, kereta yang dipandu Zubir memiliki insurans dan roadtax kereta yang sah. Berdasarkan situasi ini:

        1. Zubir mempunyai lesen memandu yang sah;
        2. Ketika kemalangan berlaku, lesen memandu Zubir telah tamat tempoh dan masih belum diperbaharui;
        3. Kereta milik Zubir memiliki perlindungan insurans kereta yang sah.

Secara amnya, sekiranya berlaku kemalangan semasa lesen memandu tamat tempoh, anda masih layak untuk membuat tuntutan insurans. Ini kerana, berdasarkan situasi ini pemandu kenderaan masih mempunyai lesen memandu cuma terlupa untuk memperbaharuinya. Tuntutan insurans juga berkemungkinan tidak akan ditolak memandangkan kenderaan tersebut mempunyai perlindungan insurans yang sah. Namun begitu, pemandu kenderaan mungkin akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu tanpa lesen memandu yang sah dan tamat tempoh, dan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM300 untuk kesalahan tersebut.

Kadar Denda Lewat Renew Lesen Memandu

Berikut kadar denda yang mungkin dikenakan ke atas anda sekiranya anda lewat renew lesen memandu:

Tempoh (Tahun)

Denda Lewat Renew Lesen Memandu (RM)

1

30

2

60

3

90
4

120

5

150

kemalangan semasa lesen memandu tamat tempoh

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Kemalangan Kereta Tiada Insurans?

Ramai yang khuatir dengan langkah yang perlu dilakukan sekiranya kemalangan berlaku melibatkan kenderaan tanpa perlindungan insurans yang sah dan pemandu tiada lesen memandu. Ini kerana, ia boleh memberi kesan kepada proses tuntutan insurans kemalangan. Secara amnya, sekiranya anda berdepan situasi kemalangan kereta tiada insuran, anda boleh membuat tuntutan ke atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (sekiranya pemandu yang memandu semasa kemalangan bukan pemilik kenderaan).

Anda boleh mengemukakan saman atas kapasiti persendirian – jika menang tuntutan, pihak yang disaman akan diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos ganti rugi anda. Berikut cara claim kemalangan kereta tiada insurans untuk panduan anda:

Cara Claim Kemalangan Kereta Tiada Insurans

Untuk membuat tuntutan bagi kes kemalangan yang melibatkan kenderaan tanpa insurans ini, anda memerlukan beberapa maklumat penting seperti nama dan butiran pemandu yang terlibat bagi memudahkan proses saman anda. Berikut langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya kereta anda dilanggar oleh pemandu yang tidak mempunyai insurans dan lesen memandu yang sah:

1. Kumpulkan Bukti Bergambar

Kumpulkan bukti bergambar untuk membantu memudahkan anda sekiranya diperlukan semasa prosiding saman ini berjalan. Anda perlu menangkap gambar kerosakan yang dihadapi oleh kereta anda, gambar kereta pihak yang melanggar dan gambar-gambar lain sekiranya berkaitan. Ambil juga gambar roadtax kereta bagi memastikan insurans kereta semasa kejadian berlaku, secara tidak langsung memudahkan anda sekiranya berlaku pertikaian.

2. Catat Nombor Plat Kereta

Pastikan anda merekodkan atau mengambil gambar nombor pendaftaran kereta pihak yang melanggar anda. Butiran ini penting untuk membuat carian di JPJ bagi mendapatkan maklumat berkenaan pemilik kenderaan.

3. Dapatkan Butiran Pemandu

Selain itu, dapatkan butiran peribadi pemandu seperti nama penuh, nombor telefon, kad pengenalan individu yang terlibat dan maklumat-maklumat lain yang dirasakan berkaitan. Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.

4. Buat Laporan Polis

Laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Selepas laporan diterima, Pegawai Penyiasat akan menjalankan siasatan – gambar kemalangan dan rajah kasar kemalangan akan diserahkan dalam tempoh 15 hari yang akan digunakan untuk proses tuntutan insurans.

5. Hubungi Syarikat Insurans

Anda perlu maklumkan kejadian kemalangan ini kepada pihak insurans dengan segera. Tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan secepat mungkin sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.

denda lewat renew lesen memandu

Hukuman Memandu Tanpa Lesen, Perlindungan Insurans yang Sah

Secara amnya, sekiranya anda memandu tanpa lesen dan ditahan semasa pemeriksaan polis, anda boleh didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen yang sah. Pihak polis kini tidak lagi akan berkompromi dengan pemandu atau penunggang yang tiada lesen dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati bersalah (tiada lagi sekadar saman kompaun seperti dipraktikkan sebelum ini). Hukuman dan denda yang lebih tegas ini diambil berikutan peningkatan kes memandu atau menunggang tanpa lesen sejak kebelakangan ini dan diharap dapat mengurangkan statistik kemalangan jalan raya dan memastikan pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi orang lain.

Berdasarkan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pemandu atau penunggang yang didapati bersalah memandu tanpa atau tiada lesen memandu yang sah akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali. Malah, pemandu atau penunggang yang didapati bersalah memandu tanpa perlindungan insurans boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaikinsurans motor murah atau insurans kesihatan yang sesuai dengan keperluan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Dapatkan sebut harga insurans percuma di Qoala hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan cepat, mudah dan pantas.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

2 comments

  1. Bagaimana jika mangsa tidak mempunyai lesen motosikal dan hanya mempunyai lesen kereta, tetapi kemalangan terjadi ketika sedang memandu motosikal? Adakah masih boleh claim insurans? Jika tidak, apa akibat pada pelangar? Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta dan motosikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60