Kunci Kereta Hilang? Apa Perlu Buat Jika Kunci Kereta Hilang?

Kali terakhir diperbaharui Sep 5, 2022 oleh Shafiq Wahab
Kunci Kereta Hilang? Apa Perlu Buat Jika Kunci Kereta Hilang?

Anda mungkin pernah berdepan situasi kunci kereta hilang – sebaik sahaja anda tiba di tempat parking kereta atau baru ingin keluar rumah untuk selesaikan urusan penting, kunci kereta hilang tak dijumpai. Tak gelabah dibuatnya? Sama ada terlupa tempat letak atau dicuri tanpa sedar, kunci hilang boleh dikatakan antara salah satu situasi yang mencemaskan selain situasi kereta tiba-tiba mati tepi jalan.

Apa yang Anda Perlu Lakukan Jika Kunci Kereta Hilang?

Apabila berdepan situasi hilang kunci kereta, ia bukan sekadar memeningkan kepala anda. Ia malah boleh membantutkan segala rancangan atau urusan yang telah direncanakan kerana anda tidak boleh bergerak ke mana-mana selagi kunci yang hilang tidak ditemui atau selagi anda belum tukar kunci kereta yang hilang dengan kunci baharu.

Jika dahulu kunci hilang boleh digantikan dengan mudah kerana tidak menggunakan sistem yang kompleks. Tetapi selari dengan kemodenan, sistem kunci kereta kini menjadi semakin canggih untuk mengelakkan kejadian curi sehinggakan kunci hilang boleh menjadi suatu masalah yang besar dan boleh menyukarkan proses duplicate kunci kereta bagi menggantikan kunci yang lama.

Sekiranya anda berdepan situasi kunci hilang, anda mungkin boleh praktikkan tips-tips seperti berikut:

1. Jangan Panik, Kekal Tenang

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sekiranya kunci hilang adalah dengan kekal bertenang. Ini kerana, jika anda telalu panik atau dalam keadaan gelabah dan tergesa-gesa, anda boleh menjadi tidak fokus sekali gus tidak dapat membantu anda menemui kunci kereta yang telah hilang.

Oleh sebab itu, anda perlu kekal tenang untuk membolehkan anda boleh berfikir dengan betul dan waras. Ingat lokasi terakhir anda melihat atau memegang kunci kereta anda.

Kunci Hilang: Cara Mencari Kunci Kereta yang Hilang

Jika kunci hilang di rumah, periksa kawasan yang biasa anda gunakan seperti ruang tamu, dapur, bilik tidur atau dalam beg tangan, rak kasut dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan lokasi-lokasi biasa sebegini:

i. Kunci Tertinggal dalam Kereta

Banyak berlaku situasi kunci disangkakan hilang rupa-rupanya kunci tertinggal dalam kereta. Jika kunci kereta anda hilang, anda boleh intai bahagian dalam kereta anda terlebih dahulu.

Jika anda yakin kunci kereta anda ada di dalam kereta anda yang berkunci, anda boleh dapatkan pertolongan daripada tukang kunci untuk membuka pintu kereta anda.

Biasanya, tukang kunci mempunyai peralatan yang boleh membantu membuka pintu kereta tanpa perlu memecahkan cermin kereta anda. Kan jimat tu!

ii. Periksa Celah-celah Sofa Rumah

Anda juga boleh periksa bahagian celah-celah sofa rumah anda. Biasanya, lokasi ini selalu menjadi port kunci hilang yang popular. Anda biasanya tidak menyedari kunci kereta terjatuh dari poket seluar semasa anda sedang duduk atau berbaring di sofa.

kunci kereta hilang apa perlu buat

iii. Check Poket Seluar Terakhir

Selain itu, kunci kereta juga adakalanya boleh ditemui di lokasi-lokasi yang tidak dijangka seperti dalam poket seluar. Jika kunci anda hilang, cuba check seluar terakhir yang anda pakai dahulu sebelum memeriksa mana-mana lokasi lain dalam rumah anda.

iv. Rak Mainan, Tempat Mainan Kanak-kanak

Percaya atau tidak, objek seperti kunci tidak kira sama ada kunci rumah pertama anda kunci kereta pertama kesayangan anda merupakan antara objek mainan yang paling digemari oleh anak-anak kecil. Ini kerana, bentuk fizikal kunci yang diperbuat daripada logam, berkilat dan menghasilkan bunyi boleh menarik perhatian si kecil anda.

Jadi, kalau anda ada anak kecil atau anak saudara, periksa bakul atau rak mainan mereka terlebih dahulu untuk kepastian.

v. Kunci Kereta Masuk Mesin Basuh

Selain duit syiling dan duit kertas, banyak item lain yang biasa ditemui dalam mesin basuh seperti kerongsang, rantai emas, cincin dan sebagainya disebabkan terlupa untuk keluarkan daripada poket seluar atau baju sebelum membasuhnya.

Oleh itu, lakukan spot check dalam mesin basuh anda sekiranya kunci kereta anda hilang. Ada kemungkinan kunci kereta anda masuk ke dalam mesin basuh.

Namun begitu, sekiranya anda mengesyaki bahawa kunci kereta anda dicuri dan tidak hilang, anda perlu laporkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan dan semakan lanjut.

2. Sediakan Maklumat Kereta 

Sekiranya anda sudah mencari di segenap ruang dan pelosok rumah anda namun masih belum menemui kunci kereta anda, dan sekiranta anda yakin bahawa kunci kereta anda benar-benar hilang – anda perlu sediakan maklumat berkaitan untuk memudahkan urusan buat kunci kereta baharu.

  • Nombor pendaftaran kenderaan atau vehicle identification number (VIN);
  • Moden kereta dan tahun buatan;
  • Nombor plat kereta;
  • Maklumat pengenalan peribadi;
  • Lokasi semasa anda.

Maklumat-maklumat ini penting bagi membolehkan pihak pengedar kereta atau tukang kunci kereta dapat membuat pengesahan kunci yang hilang adalah milik kereta anda. Selain itu, ia juga dapat membantu tukang kunci memprogramkan semula kunci ganti mengikut spesifikasi kunci asal.

Selain itu, maklumat ini juga penting dalam memastikan proses tukar kunci kereta dapat dilakukan dengan lebih efisien selain membantu anda menerima kunci ganti yang sesuai dengan model dan jenis kereta anda.

3. Buat Kunci Kereta

Sekiranya kunci kereta anda hilang, anda perlu gantikan dengan segera bagi membolehkan urusan atau rancangan anda boleh diteruskan seperti biasa. Anda boleh mempertimbangkan untuk buat kunci kereta ganti atau duplicate kunci kereta melalui cara-cara berikut:

Pusat Servis atau Pengedar Kereta

Biasanya, harga buat kunci spare kereta di sini lebih mahal berbanding perkhidmatan tukang kunci kereta. Selain itu, penggantian kunci di pusat servis juga tidak sesuai semasa situasi kecemasan kerana biasanya memakan masa yang lama.

Tukar Kunci Kereta DIY Sendiri

Cara ini memerlukan peralatan dan pengetahuan tertentu untuk elakkan kerosakan pada mana-mana komponen kereta. Jika tersilap langkah, ia mungkin menyebabkan belanja yang lebih tinggi berbanding tukar di kedai buat kunci kereta.

Perkhidmatan Tukang Kunci Kereta

Guna khidmat tukang kunci kereta biasanya lebih cepat, efisien dan menjimatkan. Namun begitu, anda perlu buat pilihan yang tepat dan lakukan survei harga terlebih dahulu untuk mengelakkan anda daripada tertipu. 

Kebanyakan tukang kunci kereta memiliki teknologi dan peralatan yang membolehkan mereka memprogramkan semula sistem kunci kereta baharu atau duplicate kunci kereta yang hilang tanpa kunci asal.

Kunci Hilang: Jenis Kunci Kereta di Pasaran

Jika anda ingin tukar kunci hilang, anda perlu tahu sekurang-kurangnya jenis kunci kereta anda untuk memastikan proses penggantian kunci kereta anda berjalan dengan lancar. Berikut lima jenis kunci kereta untuk rujukan anda:

1. Kunci Kereta Tradisional

Sekiranya kereta anda menggunakan kunci kereta jenis ini, minta bantuan tukang kunci untuk buat kunci kereta ganti untuk kereta anda. Biasanya, kunci kereta tradisional boleh digantikan dengan mudah kerana mekanisme sistem kunci ini tidak terlalu kompleks dan sukar seperti kunci kereta yang lain.

Meskipun begitu, anda mungkin perlu menukar silinder kunci pencucuh (ignition lock) kepada yang baharu kerana ada sesetengah keadaan kunci ganti yang dibuat tidak sepadan dengan silinder kunci pencucuh yang lama.

2. Kunci Kereta Boleh Lipat

Kalau anda perasan, pengeluar kereta kini menggunakan mekanisme kunci kereta boleh lipat bagi kebanyakan model kereta baharu. Sama seperti pisau lipat, kunci kereta boleh lipat membolehkan anda melipat kunci kereta apabila tidak digunakan dan anda hanya perlu menekan butang kecil sekiranya ingin gunakan kunci kereta. Ciri ini merupakan mekanisme perlindungan tambahan yang boleh membantu mencegah kecurian.

Meskipun begitu, anda mungkin berdepan masalah apabila kunci kereta ini hilang kerana tanpa transponder, anda tidak dapat menghidupkan kereta anda. Biasanya, harga tukar kunci kereta jenis ini lebih mahal berbanding kunci biasa yang lain.

3. Kunci Transponder

Selain lebih moden, harga duplicate kunci kereta jenis ini juga dikatakan lebih mahal berbanding kunci tradisional. Kunci transponder ini secara asasnya dilengkapi dengan built-in chip yang akan memberi isyarat kepada ECU kereta bahawa kunci yang betul dan sesuai sedang digunakan. Sekiranya kunci yang tidak sepadan digunakan, enjin kereta anda mungkin menghadapi kesukaran untuk dihidupkan.

Jika kunci kereta jenis ini hilang, hubungi tukang kunci yang mempunyai kepakaran mengendalikan kunci sebegini kerana mereka biasanya memiliki kunci spare dengan cip yang sama dengan kunci kereta asal.

4. Kunci Kereta dan Fob Luaran

Jika kereta anda menggunakan kunci kereta dengan fob luaran, anda masih boleh mengakses kereta anda mengunakan kunci yang ada sekiranya fob luaran kereta anda hilang.

Meskipun begitu, dalam situasi kunci kereta yang hilang tetapi fob masih ada, anda perlu buat kunci ganti untuk menghidupkan kereta anda kerana fob luaran hanya membolehkan anda mengakses kereta tetapi tidak menghidupkan kereta anda.

Selain itu, jika anda berdepan situasi hilang kedua-dua kunci kereta dan fob luaran, anda disarankan untuk menggantikan kunci kereta terlebih dahulu sebelum menggantikan fob.

5. Kunci Pintar atau Smart Key

Boleh dikatakan hampir kebanyakan model kereta baharu hari ini dilengkapi dengan sistem keyless entry dan butang push start. Sekiranya smart key kereta anda hilang, anda tiada pilihan lain selain membawa kereta anda ke wakil pengedar terdekat untuk mendapatkan kunci ganti yang sesuai.

Penggunaan teknologi dan sistem elektronik yang lebih moden secara tidak langsung menyukarkan anda untuk mendapatkan kunci spare dengan lebih mudah dan cepat. Anda mungkin perlu tunggu lebih lama sebelum mendapatkan kunci ganti yang sepadan untuk kereta disebabkan oleh masalah kekurangan stok.

Selain masa, anda mungkin juga terpaksa berdepan dengan peningkatan kos yang lebih tinggi sekiranya berlaku kehilangan kunci kerana proses penggantian yang lebih rumit.

harga duplicate kunci kereta

Kunci Hilang, Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar Kunci Kereta

Berikut merupakan soalan-soalan lazim yang sering ditanya berkaitan proses buat kunci hilang untuk rujukan dan panduan anda:

1. Di mana saya boleh gantikan kunci hilang?

Secara asasnya, anda boleh buat kunci kereta hilang di mana-mana kedai buat kunci kereta berhampiran anda (Cadangan Google: kedai buat kunci kereta near me/buat kunci kereta near me) atau anda juga boleh menghubungi tukang kunci kereta yang menyediakan perkhidmatan penggantian kunci secara mobile atau bergerak.

Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan mana-mana platform dalam talian yang menawarkan perkhidmatan buat kunci spare secara online di Malaysia.

2. Sekiranya hilang kunci kereta, apakah maklumat yang perlu disediakan bagi buat kunci spare yang baharu?

Bagi membolehkan proses repair kunci kereta dapat dilakukan dengan lebih baik dan berkesan, anda perlu sediakan maklumat yang lengkap kepada tukang kunci atau syarikat pengedar kereta seperti berikut:

        1. Maklumat pengenalan diri;
        2. Model dan tahun buatan;
        3. Jenis kunci kereta;
        4. Nombor plat kereta atau nombor pendaftaran kenderaan;
        5. Nombor pengenalan kenderaan atau vehicle identification number (VIN);
        6. Lokasi semasa.

3. Bolehkah saya buat kunci kereta untuk menggantikan kunci asal yang hilang?

Secara asasnya, anda boleh tukar atau gantikan kunci asal yang hilang. Kebanyakan tukang kunci kereta kini boleh duplicate kunci kereta menggunakan peralatan dan teknologi canggih yang membolehkan mereka memprogram atau menetapkan semula cip kunci kereta asal yang telah hilang pada kunci kereta yang baharu.

4. Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk duplicate atau buat kunci kereta baharu?

Biasanya, proses buat kunci spare kereta memakan masa antara 10 hingga 30 minit. Namun begitu, ia bergantung pada jenis kunci dan tahap kerumitan sistem transponder kereta.

5. Berapakah harga duplicate kunci kereta atau kos duplicate kunci kereta yang hilang?

Secara asasnya, kos buat kunci kereta baru bagi menggantikan kunci kereta hilang boleh menelan belanja antara RM100 hingga RM300 (atau mungkin lebih tinggi) bergantung pada jenis model kereta dan tahap kesukaran proses penggantian kunci kereta secara keseluruhan.

Sebagai contoh, harga duplicate kunci kereta Myvi atau Axia (Perodua) biasanya sekitar RM150. Bagi harga duplicate kunci kereta Proton Exora pula, caj untuk penggantian kunci (original key) adalah sekitar RM150, manakala untuk harga duplicate kereta Toyota Vios dianggarkan sekitar RM350.

Namun begitu, harga ini mungkin berubah bergantung pada tempat, masa dan faktor-faktor luar jangka lain. Biasanya, kos tukar kunci kereta atau harga buat kunci kereta hilang melalui perkhidmatan tukang kunci kereta atau kedai buat kunci kereta biasanya jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan pengedar kereta anda.

Anda disarankan untuk mendapatkan sebut harga daripada beberapa vendor terlebih dahulu untuk membantu anda mendapatkan tawaran harga yang lebih rendah selain membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda berdepan situasi kunci kereta hilang pada masa akan datang. Anda disarankan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati untuk mengelakkan anda berdepan situasi kunci hilang. Ini kerana, ia boleh menyebabkan anda menanggung kos penggantian dan perbelanjaan yang tidak perlu.

Selain itu, jika anda ada merancang untuk memperbaharui insurans kereta terbaik untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pelbagai jenis insurans kereta murah dan terbaik yang sesuai mengikut keperluan anda dan bajet anda. Ingat insurans kereta, ingat Qoala!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60