Senarai Kereta Jimat Minyak di Malaysia (2022)

Kali terakhir diperbaharui Sep 21, 2022 oleh Shafiq Wahab
Senarai Kereta Jimat Minyak di Malaysia (2022)

Kereta jimat minyak atau kereta tidak kuat makan minyak merupakan antara kriteria utama yang dititikberatkan dalam pemilihan kereta idaman lebih-lebih lagi mengambil kira kenaikan kos bahan api di Malaysia. Ini kerana, pemilihan kereta yang jimat minyak dan sesuai secara tidak langsung dapat mengurangkan dan meminimumkan perbelanjaan bulanan.

5 Model Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia

Kini ramai yang berjimat-cermat dalam berbelanja memandangkan pertumbuhan ekonomi negara kini tidak memberangsangkan dan tidak stabil.

Kenaikan harga barangan, kadar OPR naik yang menjejaskan bayaran bulanan pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan sebagainya menyebabkan rakyat Malaysia mencari alternatif perbelanjaan lain yang lebih menjimatkan.

Justeru itu, ramai yang memilih kereta yang jimat minyak dan murah bagi mengurangkan kos perbelanjaan bahan api seperti petrol.

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kereta jimat minyak pasti banyak membantu dalam meminimumkan perbelanjaan. Berikut senarai kereta Malaysia jimat minyak (2022) untuk rujukan dan panduan anda:

1. Perodua Bezza 1.0 Standard G Automatik

Syarikat pengeluar kereta jenama Perodua merupakan antara pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) nombor satu di Malaysia.

Model kereta keluaran Perodua seperti Perodua Bezza, Perodua Axia dan raja jalanan Perodua Myvi boleh dikatakan antara kereta Malaysia paling jimat minyak dengan prestasi pemanduan melebihi 20 km seliter.

Selain itu, Perodua juga telah mengeluarkan lebih daripada 500,000 unit kereta jimat minyak dan cekap tenaga setakat hari ini.

Kereta Perodua Bezza boleh dikatakan kereta Perodua dan kereta sedan paling jimat minyak yang boleh anda pertimbangkan jika anda ingin memilih kereta baharu yang sesuai untuk keluarga kecil anda.

📍Kiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Perodua Bezza

Bagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:

Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
Jumlah Perbatuan: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km
Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,180.80

2. Perodua Axia 1.0 Style Automatik

Siapa yang tidak kenal dengan Perodua Axia ni – kereta kompak 5 pintu ini merupakan model yang diperkenalkan bagi menggantikan model kereta Viva yang telah ditamatkan pengeluarannya.

Perodua Axia merupakan model Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia di bawah standard Dasar Automotif Negara (NAP) 2014.

Bagi aspek penggunaan minyak Axia per km, kereta ini mampu bergerak sejauh 20.6 km bagi setiap liter minyak.

📍Kiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Perodua Axia

Bagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:

Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
Jumlah Perbatuan: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km
Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,156.20

3. Suzuki Alto 1.0 Automatik GLX

Suzuki Alto merupakan antara model kereta mampu milik yang menawarkan kadar penjimatan bahan api yang maksimum.

Suzuki Alto dikuasakan oleh enjin 1.0 liter yang dapat menawarkan penjimatan minyak yang tinggi dengan kos operasi yang lebih rendah.

Bukan itu sahaja, Suzuki Alto juga merupakan model kereta yang mesra alam sekitar – ia menawarkan kadar pelepasan yang lebih rendah dengan penggunaan bahan api sekitar 19.23 liter bagi setiap km.

📍Kiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Suzuki Alto

Bagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:

Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
Jumlah Perbatuan: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km
Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,279.20

4. Proton Iriz 1.3 Manual

Proton Iriz merupakan model kereta lima pintu yang dibangunkan oleh syarikat automobil Malaysia, Proton dan merupakan model pengganti bagi Proton Savvy.

Model kereta hatchback jimat minyak segmen B ini dikuasakan oleh enjin versi suntikan langsung 1.3L VVT dan 1.6L VVT serba baharu dan merupakan model pertama PROTON yang mendapat pengiktirafan 5 bintang ASEAN NCAP.

Ia juga merupakan model paling cekap penggunaan petrol iaitu bawah 7 liter bagi setiap 100 km.

📍Kiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Proton Iriz

Bagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:

Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
Jumlah Perbatuan: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km
Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,426.80

5. Perodua Myvi 1.3 Standard G Automatik

Selain Bezza dan Axia, model kereta kompak buatan Malaysia ini merupakan antara model kereta paling popular di Malaysia.

Perodua Myvi menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) sekali gus menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding model-model Myvi sebelumnya.

Perodua Myvi menawarkan penjimatan bahan api antara 20.1 hingga 21.2 km per liter. Ia sekali gus menjadikannya 32 peratus lebih cekap minyak berbanding model sebelumnya.

📍Kiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Perodua Myvi

Bagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:

Harga Petrol RON95: RM2.05/liter – berdasarkan harga petrol Malaysia terkini
Jumlah Perbatuan: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km
Anggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol: RM1,525.20

Nota: Anggaran penggunaan minyak petrol mungkin berbeza bergantung pada penggunaan, cara pemanduan, jenis jalan raya dan jenis bahan api yang digunakan.

kereta jimat minyak Malaysia

30 Senarai Kereta Jimat Minyak Malaysia, Bantu Kurangkan Kos Belanja Bulanan

Secara asasnya, turun naik harga minyak dalam pasaran yang tidak konsisten sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemilik kenderaan.

Oleh sebab itu, ramai yang kini beralih kepada alternatif kereta yang lebih murah serta tidak makan minyak untuk penjimatan. Malah, kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan juga kini banyak tertumpu kepada penghasilan kereta dengan teknologi yang dapat membantu menjimatkan minyak petrol kereta.

Selain model-model kereta yang dinyatakan di atas, berikut senarai kereta jimat minyak di Malaysia untuk panduan anda:

Kedudukan Model Kereta Penggunaan Bahan Api
1 Kereta Perodua Bezza (M) 4.4 L/100 km
2 Kereta Perodua Axia (M) 4.4 L/100 km
3 Kereta Perodua Axia (A) 4.6 L/100 km
4 Kereta Perodua Bezza (A) 4.7 L/100 km
5 Kereta Perodua Kancil 600 4.7 L/100 km
6 Kereta Mitsubishi Attrage 4.8 L/100 km
7 Kereta Perodua Viva 660 4.8 L/100 km
8 Kereta Perodua Myvi (M) 4.9 L/100 km
9 Kereta Perodua Myvi (A) 5.0 L/100 km
10 Kereta Perodua Kelisa 5.0 L/100 km
11 Kereta BMW 1 Series (A) 5.1 L/100 km
12 Kereta Mazda 2 Hatchback (A) 5.1 L/100 km
13 Kereta Mercedes A Class Sedan (A) 5.4 L/100 km
14 Kereta Volkswagen Golf (A) 5.4 L/100 km
15 Kereta Perodua Kenari 5.5 L/100 km
16 Kereta Volkswagen Vento 1.2 (A) 5.5 L/100 km
17 Kereta Volkswagen Beetle (A) 5.5 L/100 km
18 Kereta Ford Focus Sedan (A) 5.6 L/100 km
19 Kereta Honda Jazz (A) 5.6 L/100 km
20 Kereta Proton Savvy 5.7 L/100km
21 Kereta Volkswagen Passat 1.8 (A) 5.7 L/100 km
22 Kereta Mercedes A Class Hatchback (A) 5.7 L/100 km
23 Kereta Proton Ertiga (A) 5.7 L/100 km
24 Kereta Mazda 3 Sedan (A) 5.8 L/100 km
25 Kereta Ford Fiesta (A) 5.8 L/100 km
26 Kereta Naza & Harga Kia Picanto (A) 5.8 L/100 km
27 Kereta Toyota Vios (A) 5.8 L/100 km
28 Kereta Mazda 3 Hatchback (A) 5.9 L/100 km
29 Kereta Volkswagen Jetta (A) 6.0 L/100 km
30 Kereta Nissan Almera (A) 6.3 L/100 km

Secara asasnya, anda perlu peruntukkan sekurang-kurangnya 15 peratus daripada duit gaji anda untuk penyelenggaraan kereta, kos petrol, tol, parking dan hal-hal lain berkaitan kenderaan.

Dengan memilih kereta jimat minyak terbaik, penggunaan minyak kereta pasti dapat diminimumkan sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.

kereta yang jimat minyak dan murah

Punca Kereta Kuat Makan Minyak Petrol, Tips Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta

Secara asasnya, faktor-faktor seperti berat kenderaan, jenis jalan raya yang dilalui dan tabiat pemanduan boleh mempengaruhi penggunaan bahan api. Ia juga boleh memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian dan bulanan anda.

Namun begitu, impak ini boleh diminimumkan dengan syarat anda mempraktikkan cara pemanduan dan kaedah penjimatan yang betul. Berikut lapan tips penjimatan yang boleh anda amalkan:

1. Keluarkan Muatan Berlebihan

Ramai dalam kalangan pemilik kenderaan meletakkan pelbagai jenis barangan dalam kereta seperti kasut, basikal boleh lipat, kasut, peralatan sukan dan bermacam-macam lagi.

Secara asasnya, muatan kereta berlebihan yang tidak dikeluarkan daripada kereta boleh menyebabkan kereta menjadi lebih berat berbanding biasa.

Muatan kereta yang berat berpotensi meningkatkan penggunaan bahan api kerana ia akan memaksa enjin kereta bekerja dua kali ganda lebih keras (atau mungkin lebih) untuk bergerak sekali gus menyebabkan kereta kehabisan minyak dengan cepat.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk keluarkan barang-barang yang tidak perlu daripada kereta anda.

Elakkan daripada menyimpan terlalu banyak barangan dalam ruang simpanan atau tempat duduk belakang, atau kosongkan kereta dan keluarkan barangan yang tidak diperlukan untuk memaksimumkan ekonomi bahan bakar.

2. Pastikan Tekanan Angin Tayar Kereta Mencukupi

Tekanan angin tayar yang tidak mencukupi boleh meningkatkan beban pada tayar kereta dan menyebabkan rintangan yang perlu ditempuh menjadi semakin besar.

Ini bermaksud, kereta anda mungkin memerlukan lebih banyak bahan api untuk bergerak pada kelajuan yang setara. Berdasarkan kajian, angin tayar kereta yang kurang daripada 10 PSI (70 kPa) akan meningkatkan penggunaan minyak kereta sebanyak 2.5 peratus.

Selain itu, tayar kereta haus atau tidak sekata juga sedikit-sebanyak memberi impak kepada penggunaan bahan api.

Oleh sebab itu, anda perlu pastikan tekanan angin tayar berada dalam keadaan baik, gantikan tayar yang telah haus jika perlu.

3. Elakkan Memandu Laju

Tabiat pemanduan yang agresif di jalan raya atau highway boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar. Pemanduan kereta melebihi 80 km/j menyebabkan kadar rintangan udara menjadi lebih tinggi dan meningkatkan penggunaan bahan api.

Secara asasnya, minyak kereta lebih cepat habis jika anda memandu laju biasanya seperti anggaran berikut:

100 km/j: penggunaan minyak bertambah 10 peratus;

105 km/j: penggunaan minyak bertambah 15 peratus;

110 km/j: penggunaan minyak bertambah 25 peratus.

Selain itu, tabiat pemanduan semasa jalan raya sesak seperti memecut dan menekan brek secara mengejut (situasi biasa dalam kesesakan) juga boleh menyebabkan proses pembakaran bahan api menjadi semakin cepat dan boleh menyebabkan tangki minyak surut lebih cepat berbanding biasa.

Namun begitu, faktor demografik jalan raya juga turut memberi kesan kepada penggunaan bahan api. Memandu di jalan raya yang berbatu, berbukit atau tidak rata boleh menyebabkan penggunaan bahan api meningkat lebih tinggi berbanding penggunaan laluan biasa.

Ini kerana, laluan sebegini meningkatkan rintangan sekali gus menyebabkan kenderaan memerlukan lebih banyak tenaga untuk bergerak.

4. Jangan Abaikan Penyelenggaraan Kereta

Aspek penyelenggaraan atau servis kereta tidak boleh dianggap suatu perkara kecil. Ia perlu diberi perhatian untuk mengelakkan anda berbelanja besar untuk kos bahan api.

Secara asasnya, aspek penyelenggaran yang tidak konsisten turut boleh menyebabkan minyak kereta anda habis dengan lebih cepat

Sebagai contoh, penapis udara kereta yang tersumbat boleh menjejaskan sistem, mempengaruhi prestasi enjin dan meningkatkan penggunaan bahan bakar.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk menyelenggara kereta mengikut jadual yang ditetapkan. Rajinkan diri untuk check spark plug kereta, tukar minyak hitam, servis kipas aircond kereta dan lain-lain lagi.

5. Pilih Waktu Yang Sesuai Mengisi Minyak 

Sekiranya anda ingin mengisi minyak, pastikan anda mengisi minyak ketika cuaca redup atau isi minyak pada waktu malam untuk mendapatkan penjimatan yang optimum.

Ini kerana, apabila anda mengisi minyak pada waktu panas terik, kadar minyak akan berkurangan kerana ia meruap dalam persekitaran yang panas.

6. Matikan Enjin Semasa Menunggu

Jika anda sedang menunggu orang lain dalam kereta, anda disarankan untuk mematikan enjin sambil menunggu. Ini kerana, tabiat menunggu dalam kereta semasa enjin kereta dihidupkan boleh meningkatkan penggunaan bahan api.

Secara asasnya, kereta yang tidak bergerak menggunakan 2.6 liter minyak setiap sejam. Jika boleh, matikan enjin kereta dan buka tingkap kereta sementara menunggu.

7. Memandu Sambil Buka Tingkap

Secara teknikalnya, tabiat menurunkan tingkap kereta semasa memandu tidak memberi kesan yang ketara kepada penggunaan bahan api.

Meskipun begitu, ada situasi pemanduan tertentu yang boleh dielakkan yang boleh membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

Sebagai contoh, memandu dalam kelajuan tinggi dengan tingkap kereta diturunkan akan meningkatkan rintangan angin sekali gus menyebabkan kereta menggunakan lebih tenaga untuk bergerak.

8. Amalkan Tabiat Pemanduan yang Baik

Proses menghidupkan dan memanaskan enjin kereta secara asasnya memakan sebahagian besar petrol. Untuk elakkan pembaziran bahan api daripada berlaku, anda disarankan untuk lakukan semua urusan dalam satu perjalanan pergi balik untuk memaksimumkan kecekapan bahan api.

Sebagai contoh, dalam perjalanan balik kerja anda boleh singgah ke pasaraya untuk membeli barangan basah yang anda perlukan dan elakkan daripada balik ke rumah terlebih dahulu dan keluar semula untuk membeli barangan keperluan anda.

Selain memiliki kereta jimat minyak terbaik, anda juga disarankan untuk memiliki polisi insurans kereta yang komprehensif dan menyeluruh untuk mengelakkan kerugian sekiranya berlaku kemalangan, kecurian atau kebakaran. Anda boleh kenal pasti jenis insurans kereta terbaik dan bandingkan harga insurans kereta di Malaysia dengan melayari laman web Qoala untuk info lanjut.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60