Malaysia Memilih PRU-15: Cara Jimat Duit Balik Kampung Mengundi

Kali terakhir diperbaharui Nov 22, 2023 oleh Shafiq Wahab
Malaysia Memilih PRU-15: Cara Jimat Duit Balik Kampung Mengundi

Hari ini pasti ramai yang balik kampung untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN ke-15). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengumumkan 12 Ogos 2023 sebagai tarikh mengundi bagi enam negeri iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tips Jimat Belanja Semasa Balik Kampung Sempena Malaysia Memilih PRU-15

Apabila memikirkan kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan, pastinya ramai yang berfikir dua kali sebelum ambil keputusan untuk balik kampung untuk mengundi. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, perbelanjaan balik kampung mungkin tidak menjadi masalah.

Tetapi, bagi mereka yang berpendapatan rendah, kos perbelanjaan seperti harga minyak, harga tol dan sebagainya ini boleh menjadi sedikit membebankan. Untuk membantu anda merancang kewangan, berikut cara jimat belanja yang boleh dipraktikkan supaya dapat membantu anda balik kampung dengan tenang tanpa merabakkan poket.

1. Gunakan Pengangkutan Awam

Bagi yang baru berkahwin atau bujang, anda boleh pilih untuk balik kampung menggunakan kenderaan awam. Cara ini secara tidak langsung boleh menjimatkan kos tol dan minyak kereta anda.

Harga tiket bas dari Kuala Lumpur ke Terengganu adalah sekitar RM50 sehala. Ini bermaksud, anda hanya perlu belanjakan sebanyak RM200 untuk perjalanan pergi balik (untuk dua orang), tidak termasuk makan dan minum.

Jika balik kampung memandu, kos boleh memakan tiga kali ganda. Jadi, anda boleh jimat kos balik kampung anda sehingga RM400 untuk sampai destinasi yang sama. Lebihan duit ini bolehlah disimpan dalam tabung simpanan persaraan anda.

Banyak syarikat bas ekspres kini menawarkan proses tempahan tiket secara dalam talian untuk memudahkan pengguna. Ia juga memudahkan pengguna untuk membandingkan harga tiket bas termurah dan memilih harga yang terbaik.

balik kampung dengan selamat, pandu berhati-hati untuk selamat sampai ke destinasi

2. Kongsi Kereta atau Carpooling

Daripada memandu pulang ke kampung sendirian, anda boleh mempertimbangkan kenalan atau adik-beradik anda untuk berkongsi kereta. Memandangkan ramai orang mengambil kesempatan untuk balik kampung untuk mengundi, tidak sukar untuk mencari seseorang yang ingin pulang ke destinasi yang sama dengan anda.

Carpooling atau kongsi kereta boleh kurangkan kos perjalanan, mengurangkan kesesakan jalan raya dan boleh mengurangkan tekanan ketika memandu jarak jauh. Anda boleh membahagikan kos petrol dan harga tambang tol dalam kalangan anda yang berkongsi kereta anda.

Ia sekali gus menjadikan kos balik kampung lebih murah dan menjimatkan berbanding setiap seorang memandu kereta sendiri. Andaikan kos balik kampung RM500, jika dikongsikan dengan lima orang, setiap seorang hanya perlu keluarkan RM100 seorang.

3. Elakkan Bertolak pada Waktu Puncak

Apabila tiba musim pilihan raya, anda boleh menjangkakan ramai rakyat Malaysia akan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing. Jalan raya semasa musim mengundi sama seperti musim perayaan akan menjadi lebih sesak berbanding kebiasaan.

Sekiranya anda balik kampung dengan memandu sendiri, buat perancangan dengan teliti. Mulakan perjalanan lebih awal atau sehari sebelum jangkaan waktu puncak. Perjalanan balik kampung pada awal pagi atau lewat malam amatlah disyorkan kerana waktu ini biasanya jalan raya tidak terlalu sesak.

Ia juga dapat mengelakkan anda daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama berjam-jam. Semak Travel Time Advisory atau Jadual Waktu Perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak lebuh raya untuk tahu masa terbaik.

Semakin banyak masa yang anda habiskan di jalan raya, semakin banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk menampung kos penggunaan minyak kereta. Selain itu, pastikan anda juga bersedia dari segi mental, fizikal – dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

Elakkan daripada memandu selepas bekerja atau selepas makan kerana ia akan menyebabkan anda keletihan dan mengantuk.

4. Servis Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan

Sebelum memulakan perjalanan jarak jauh, pastikan kereta anda diselenggara dan berada dalam keadaan baik. Kereta yang tidak diselenggara dengan baik atau tidak berada dalam prestasi yang optimum boleh menyebabkan anda membelanjakan lebih banyak wang.

Pastikan komponen penting kereta seperti enjin kereta, brek kereta dan tayar kereta berada dalam keadaan baik untuk keselamatan anda sepanjang pemanduan balik kampung. Sebagai contoh, bunga tayar yang haus atau tekanan angin tayar kereta yang tidak mencukupi boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Tekanan angin tayar kereta yang terlalu rendah boleh meningkatkan penggunaan bahan api, menjejaskan prestasi pemanduan dan pengendalian kereta.

Dapatkan Rehat Mencukupi, Rancang Perjalanan Balik Kampung dengan Baik

Sebelum balik kampung, anda perlu pastikan yang anda telah mendapat rehat yang mencukupi sebelum mulakan perjalanan. Elakkan daripada memandu balik kampung selepas bekerja atau selepas makan kerana ada kemungkinan anda akan keletihan dan mengantuk.

Sekiranya anda mengantuk atau keletihan semasa memandu, berhenti rehat seketika di mana-mana kawasan rehat dan rawat untuk regangkan otot sakit belakang. Jangan paksa diri untuk memandu semasa mengantuk untuk kurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Jika perlu, minta pemandu kedua untuk memandu sementara anda tidur seketika untuk segarkan badan.

Tip Pemanduan Semasa Memandu Balik Kampung untuk Pilihan Raya Negeri Ini

Anda juga boleh ikuti tips pemanduan selamat yang disediakan seperti berikut:

  • Jangan memandu laju melebihi had laju lebuh raya yang ditetapkan untuk keselamatan diri anda dan keluarga. Ia juga dapat mengurangkan risiko anda daripada kena saman JPJ, trafik atau Polis;
  • Jangan memandu sambil menggunakan telefon bimbit – fokus pada pemanduan dan berhati-hati semasa memandu;
  • Hargai dan sayangi nyawa anda dan keluarga. Pakai tali pinggang keledar dan gunakan kerusi kanak-kanak untuk perlindungan tambahan;
  • Jangan ekori kenderaan lain terlalu rapat dan elakkan menggunakan lorong kecemasan untuk sampai lebih cepat. Biar lambat sampai, asalkan sampai dengan selamat;
  • Pastikan baki kad Touch N Go mencukupi atau tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk membolehkan anda lakukan pembayaran harga tol;
  • Bawa bersama item penting yang perlu ada dalam kenderaan seperti powerbank, kit pertolongan cemas dan sebagainya untuk keselamatan anda.

Tips Asas Penyelenggaraan Kereta Sebelum Balik Kampung

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda servis kereta yang akan dinaiki terlebih dahulu. Penting untuk anda pastikan kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan, kereta anda mati tepi jalan atau rosak secara tiba-tiba.

Ia juga dapat mengurangkan kos atau belanja tidak perlu seperti kos lori tunda, penginapan bermalam sementara menunggu kereta siap dibaiki dan sebagainya. Lakukan pemeriksaan secara menyeluruh untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

1. Tayar Kereta

Cengkaman tayar merupakan elemen yang paling kritikal apabila berlaku kecemasan. Ini kerana, komponen ini bersentuhan dengan jalan raya – jika tidak diselenggara atau dalam keadaan baik, boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Pastikan tayar kereta berada pada tahap optimum dan bunga tayar kereta tidak terlalu botak atau haus. Selain itu, jangan lupa untuk periksa tekanan tayar kereta terutamanya tayar spare. Masa terbaik untuk mengisi angin tayar adalah pada awal pagi atau pada waktu malam.

2. Brek Kereta

Penting untuk anda periksa sama ada pad brek kereta anda masih selamat digunakan dan tidak terlalu nipis. Jika brek kereta berbunyi semasa anda menekan brek, ia menandakan pad brek kereta anda perlu digantikan.

Berikut merupakan antara tanda biasa yang menunjukkan brek kereta anda perlu diperiksa dengan segera:

      • Bunyi berciut, bergeser atau ketukan semasa membrek;
      • Kereta terseret ke bahagian tepi apabila membrek;
      • Pedal brek rendah sehingga mencecah ke lantai apabila membrek;
      • Pedal brek terasa keras dan perlu dipijak dengan kuat semasa membrek;
      • Brek mencengkan dengan hanya sedikit sentuhan pada pedal;
      • Pedal brek bergetar atau berdenyut walaupun semasa membrek secara normal;
      • Lampu brek kereta menyala pada papan pemuka kenderaan anda.

Selain itu, pastikan paras minyak brek mencukupi dan berada dalam keadaan baik. Minyak brek sepatutnya berwarna jernih dan bebas kotoran. Tetapi jika berlaku sebaliknya, anda mungkin perlu menukarnya untuk ketenangan fikiran sepanjang pemanduan.

Balik Kampung dengan selamat, elakkan memandu laju dan berhenti rehat seketika sekiranya mengantuk.

3. Minyak Enjin

Periksa juga paras minyak enjin kereta anda. Minyak enjin kereta perlu ditukar mengikut tempoh penyelenggaraan yang ditetapkan. Minyak enjin memainkan peranan penting dalam membersihkan, melincirkan pergerakan dan menyejukkan komponen dalaman enjin.

Jika ia tidak digantikan, ia mungkin boleh menjejaskan prestasi kereta anda. Selain itu, jika minyak enjin kereta anda berkurangan secara mendadak, ada kemungkinan enjin kereta anda mengalami kebocoran dan perlu diperbaiki dengan segera.

Sekiranya anda tidak tahu, berikut merupakan cara memeriksa minyak hitam atau minyak enjin kereta anda:

      • Cabut dipstick dan bersihkan dengan tisu atau kain kering;
      • Kemudian, celup dipstick semula ke dalam minyak enjin dan keluarkan kembali dipstick;
      • Periksa ketinggian paras minyak hitam melalui kesan minyak pada dipstick;
      • Paras minyak hitam yang ideal adalah di antara paras minimum dan maksimum;
      • Tambahkan minyak enjin jika minyak berada di bawah paras minimum.

4. Wiper Kereta atau Pengelap Cermin

Wiper kereta memainkan peranan dalam membantu meningkatkan tahap kebolehlihatan semasa pemanduan dalam hujan atau melalui jalan raya berkabus. Dalam perjalanan balik kampung, anda mungkin berdepan situasi hujan lebat yang menyukarkan anda melihat dengan baik.

Oleh sebab itu, penting untuk anda menyelenggara wiper kereta anda untuk keselamatan anda sepanjang pemanduan. Anda disarankan untuk menggantikan wiper kereta anda setiap 6 bulan atau setahun sekali.

Tukar getah wiper anda jika ia menunjukkan tanda-tanda telah rosak seperti:

      • Wiper kereta bergoyang atau bergetar secara berlebihan;
      • Masih terdapat kesan air semasa mengelap;
      • Bunyi kedengaran semasa menggunakannya.

Selain itu, pastikan juga air di dalam bekas washer fluid penuh dan mencukupi untuk kegunaan semasa perjalanan. Untuk elakkan nozel daripada tersumbat, anda disarankan untuk menggunakan air suling atau mineral.

5. Lampu Kereta

Lampu kereta penting untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan kebolehlihatan semasa pemanduan terutamanya pada waktu malam. Periksa lampu depan kereta, lampu belakang, lampu brek, lampu brek ketiga termasuk lampu hazard.

Pastikan semua lampu kereta menyala dengan baik sebelum memulakan perjalanan supaya pemanduan anda lebih lancar dan selamat. Minta bantuan rakan, anak atau isteri untuk membantu melihat sama ada kesemua lampu kereta anda berfungsi atau tidak sebelum memulakan perjalanan.

6. Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan komponen penting dalam sistem elektrik kenderaan. Ia berfungsi menghidupkan enjin kereta dan membekalkan arus elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.

Sama seperti komponen kereta yang lain, bateri kereta perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk mengekalkan kualiti dan prestasinya. Anda boleh menggunakan multimeter analog atau digital untuk menguji dan mengukur voltan, arus dan rintangan bateri kereta anda.

Secara asasnya, bateri kereta kong perlu digantikan setiap dua tahun bergantung pada cara penggunaan, jenis bateri dan cara penjagaan.

7. Servis-servis Lain

Selain itu, banyak lagi aspek penjagaan lain yang perlu dititikberatkan sebelum mulakan perjalanan balik kampung. Periksa komponen-komponen seperti spark plug, paras air cecair penyejuk (coolant), absorber kereta dan sebagainya.

Untuk senarai lengkap penyelenggaraan dan penjagaan kereta, anda boleh rujuk artikel Checklist Servis Kereta ini.

Renew insurans kereta di Qoala untuk lebih penjimatan untuk balik kampung di musim perayaan ini

Perbaharui Insurans Kereta dan Roadtax di Qoala Sebelum Balik Kampung Mengundi!

Jika anda nak balik kampung tapi belum renew roadtax kereta anda, jangan lupa untuk memperbaharui insurans dan roadtax kereta sebelum mulakan perjalanan. Perlindungan insurans yang komprehensif boleh melindungi diri dan keluarga dengan lebih menyeluruh.

Untuk perlindungan yang lebih optimum, anda juga boleh masukkan perlindungan tambahan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Sekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insurans yang terbaik untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling komprehensif di Malaysia. Platform ini menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60