Semak Harga Tol Lebuh Raya Secara Online Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Semak Harga Tol Lebuh Raya Secara Online Malaysia 2024

Sebagai pengguna lebuh raya di Malaysia, anda perlu tahu kadar harga tol lebuh raya yang anda gunakan bagi membolehkan anda merancang perbelanjaan dan perjalanan. Secara asasnya, kadar bayaran tol untuk setiap lebuh raya adalah berbeza bergantung pada konsesi lebuh raya dan kelas kenderaan.

Cara Semak Harga Tol Lebuhraya Terkini di Malaysia Secara Online

Anda disarankan untuk membuat semakan kadar bayaran harga tol sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju. Anda boleh semak harga tol lebuh raya secara dalam talian untuk memudahkan anda. Selain dapat membantu anda merancang bajet perjalanan, ia juga dapat mengelakkan insiden baki kad tidak mencukupi semasa ingin membayar tol.

Berikut cara-cara untuk membuat semakan harga tol secara online di Malaysia bagi memudahkan anda merancang perbelanjaan dan perjalanan balik kampung anda:

  1. Layari pautan rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia;
  2. Kemudian pergi ke bahagian Kalkulator Tol;
  3. Pilih Lebuh raya perjalanan anda. Terdapat banyak lebuh raya yang boleh anda semak seperti harga tol PLUS (Lebuhraya Utara Selatan), harga tol LPT atau LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur), harga tol KL-Karak atau lain-lain lagi. Contohnya, anda ingin memulakan perjalanan dari Temerloh ke Kuala Terengganu menggunakan sistem tol tertutup*;
  4. Pilih Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) daripada dropdown yang disediakan;
  5. Kemudian, pilih Plaza Masuk (lokasi semasa) dan pilih Plaza Keluar (lokasi yang ingin dituju);
  6. Harga tol LPT1 akan dipaparkan untuk rujukan anda;
  7. Jika lebuh raya yang ingin dilalui menggunakan sistem tol terbuka**, anda hanya perlu pilih Plaza Masuk sahaja dan tekan butang Hantar untuk ketahui harga tol.

Selain fungsi semak harga tol, anda juga boleh ketahui info dan status trafik semasa lebuh raya-lebuh raya di Malaysia.

*Lebuh raya sistem tol tertutup memerlukan anda bayar harga tol berdasarkan masa dan/atau jarak semasa anda keluar seperti Lebuhraya E6 Utara-Selatan dan Lingkaran Tengah (ELITE).
**Lebuh raya sistem tol terbuka memerlukan anda membayar kadar harga tol tetap seperti Lebuhraya E7 Cheras-Kajang dan Lebuhraya E35 Koridor Guthrie.

Cara Semak Harga Tol

Harga Tol: Kaedah Pembayaran Tol di Malaysia

Pengguna lebuh raya kini boleh menggunakan kad debit atau kad kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September 2023. Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka atau open payment system merupakan inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang sedang giat diusahakan.

Namun begitu, buat masa ini lebuh raya di Malaysia hanya menerima kaedah pembayaran tol seperti berikut:

1. Kad Touch ‘n Go

Kad Touch ‘n Go merupakan kad prabayar yang menggunakan teknologi tanpa sentuh atau contactless technology. Di Malaysia, kad Touch ‘n Go merupakan salah satu kaedah pembayaran tol paling popular dan boleh digunakan untuk bayaran caj tempat letak kereta.

Selain itu, kad Touch ‘n Go juga boleh digunakan untuk pembayaran pengangkutan awam utama di sekitar Lembah Klang seperti Monorel, LRT, KTM, MRT dan bas.

Lokasi Tambah Nilai Touch ‘n Go

Kad Touch ‘n Go anda boleh ditambah nilai di lebih daripada 14,000 tempat tambah nilai di seluruh Semenanjung Malaysia, antaranya:

  • Kiosk Layan Diri;
  • Stesen Minyak;
    Farmasi;
  • Pasaraya Besar;
  • Peruncit/Retailer;
  • Kedai Serbaneka/Pasaraya Kecil;
  • Pejabat POS;
  • Mesin ATM;
  • Kaunter Khidmat Pelanggan Lebuh raya;
  • Lain-lain lokasi.

2. Smart Tag Touch ‘n Go

Smart Tag Touch ‘n Go merujuk pada Sistem Pembayaran Automatik Rangkaian Tol (Toll Network Automatic Payment Systems). Ia merupakan peranti on-board untuk sistem kutipan tol elektronik yang digunakan bersama-sama dengan kad Touch ‘n Go.

Ia menggabungkan komunikasi inframerah yang dihubungkan dengan penerima inframerah yang terletak di bahagian atas plaza tol. Peranti ini membolehkan pengguna melalui lorong khas Smart Tag tanpa perlu berhenti dengan jarak bacaan maksimum sejauh 1.5 meter.

3. RFID Touch ‘n Go

Secara amnya, sistem RFID Malaysia merupakan sistem pembayaran tol baharu yang akan menggantikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag Touch ‘n Go. Pelekat RFID Touch ‘n Go menggunakan cip frekuensi radio yang dilekatkan pada cermin depan kereta atau lampu depan kereta.

Apabila kenderaan anda melalui lorong plaza tol, pengimbas akan mengimbas frekuensi radio pada tag RFID dan caj bayaran akan ditolak daripada akaun eWallet Touch ‘n Go yang berdaftar. Teknologi ini membolehkan anda membayar tol tanpa perlu memberhentikan kereta.

Berbeza dengan Smart Tag Touch ‘n Go, tag RFID tidak menggunakan peranti dan tidak boleh dipindah milik. Ini bermaksud, anda memerlukan beberapa pelekat sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu kenderaan.

rfid touch n go

Selain itu, sekiranya anda mahu renew insurans kereta, anda boleh mempertimbangkan Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, selamat dan cepat. Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans terbaik di Malaysia dan terima sebut harga percuma dengan pantas.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60