Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah atau sedang mengalami situasi roadtax motor mati lebih setahun atau roadtax motor mati lebih tiga tahun. Situasi ini mungkin kerana jarang menggunakan kenderaan tersebut sehingga tak sedar atau terlupa cukai jalan motor telah tamat tempoh melebihi setahun.
2 Cara Renew Roadtax Motor Mati Lebih Setahun
Anda boleh memilih untuk renew cukai jalan motosikal untuk tempoh selama enam bulan atau 12 bulan (setahun). Proses pembaharuan ini boleh dilakukan dua bulan lebih awal sebelum tamat tempoh. Bagaimana pula dengan proses pembaharuan jika roadtax motor mati melebihi satu tahun?
Berikut merupakan dua langkah yang sangat mudah untuk anda menghidupkan semula roadtax motor anda yang sudah mati lebih setahun:
1. Perbaharui Insurans Motor
Proses renew roadtax motor mati lebih setahun tidak perlu dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan. Anda hanya perlu renew insurans seperti biasa. Pastikan semua tunggakan saman telah diselesaikan, jika ada. Anda tidak akan dapat renew roadtax motor anda jika tidak membayar tunggakan saman.
2. Renew Road Tax Motor
Kemudian, anda bolehlah hidupkan roadtax motor mati lebih setahun seperti biasa. Anda hanya perlu sediakan dokumen seperti kad pengenalan dan juga salinan cover note insurans motor yang telah diperbaharui.
5 Cara Renew Roadtax Motor Mati Lebih 3 Tahun
Anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan motor seperti biasa apabila roadtax motor mati lebih 3 tahun. Jika cukai jalan tamat tempoh melebihi tiga tahun, anda perlu membuat pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu.
Berikut langkah yang boleh anda ikuti untuk renew roadtax motor mati lebih 3 tahun untuk panduan anda:
1. Hantar Pemeriksaan Puspakom
Anda perlu membuat janji temu di laman web Puspakom sebelum membawa motor anda ke cawangan berdekatan untuk pemeriksaan. Bayaran untuk membuat pemeriksaan motor adalah RM20, boleh jadi lebih murah pada waktu perayaan dan waktu-waktu tertentu.
2. Pastikan Motor dalam Keadaan Baik
Pastikan motor anda berada dalam keadaan baik supaya urusan pemeriksaan menjadi lebih mudah dan cepat lulus. Jika tidak lulus pemeriksaan, anda perlu membetulkan sebarang kegagalan dan datang untuk pemeriksaan semula.
Jadi, lebih baik anda pastikan motor anda dalam keadaan yang baik supaya tidak perlu melalui proses yang sama berulang kali.
3. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara
Permit boleh didapatkan di cawangan JPJ terdekat. Lebih mudah jika print sahaja dari laman web JPJ dan lengkapkan terus. Anda cuma perlu minta pengesahan daripada pegawai sahaja.
Dokumen lain yang biasanya diperlukan ialah kad pengenalan, geran asal motor dan lesen memandu yang sah. Permit perjalanan sementara ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.
4. Lakukan Pemeriksaan
Pemeriksaan nombor chassis, meter, brek, pengeluaran asap dan sebagainya akan dilakukan. Jika lulus pemeriksaan, anda akan mendapat laporan pemeriksaan pada hari yang sama. Anda diberi masa untuk renew cukai jalan motor dalam masa 30 hari.
Jika tidak lulus pula, anda akan diminta membetulkan sebarang kekurangan atau kegagalan pada motor anda, juga dalam masa 30 hari.
5. Renew Roadtax dan Insurans
Setelah selesai, anda boleh terus renew insurans dan cukai jalan motor anda dalam tempoh yang telah ditetapkan. Untuk ketenangan fikiran, anda boleh renew insurans dan roadtax di laman web Qoala.
Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans dalam talian terbaik di Malaysia dengan jaminan proses yang sangat mudah.
Perbezaan Roadtax Motor Mati Lebih Setahun vs Roadtax Motor Mati Lebih 3 Tahun
Berikut perbezaan antara renew roadtax motor mati lebih setahun vs renew roadtax motor mati lebih dari tiga tahun untuk panduan anda.
Roadtax Motor Mati Lebih Setahun | Roadtax Motor Mati Lebih 3 Tahun |
Boleh renew road tax seperti biasa | Tak boleh renew road tax seperti biasa |
Tidak perlu ke Puspakom | Perlu ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan kenderaan |
Boleh renew road tax secara dalam talian atau offline | Hanya boleh renew road tax di cawangan JPJ yang berdekatan sahaja |
Proses yang sama seperti renew road tax yang belum tamat tempoh | Proses yang lebih rumit dan mengambil masa |
Apa Akan Berlaku Jika Anda Tidak Memperbaharui Road Tax Motor Tepat Pada Waktunya?
Anda boleh disaman dan dikenakan denda sehingga RM200 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika didapati tidak memperbaharui road tax motor anda. Selain itu, anda juga berkemungkinan tidak dapat claim insurans jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan, kecurian ataupun kebakaran.
Nikmati Cara yang Lebih Menjimatkan untuk Perbaharui Insurans dan Cukai Jalan Motor Anda!
Bagi anda yang agak sibuk, salah satu cara yang lebih mudah dan pantas untuk anda renew roadtax motor mati dan insurans motor anda adalah dengan melalui Qoala. Anda hanya perlu layari laman web Qoala, isi semua maklumat yang diperlukan dan ikut panduan yang disediakan.
Lebih menarik lagi, anda boleh renew insurans motor dan roadtax motor di bawah platform yang sama – semua urusan diselesaikan di depan komputer atau melalui telefon sahaja. Hanya pilih syarikat insurans yang menepati bajet dan keperluan, sediakan wang mencukupi dan bayar secara online.
Proses selesai tak sampai 10 minit pun. Mudah kan? Qoala sememangnya plaform perbandingan dan pembaharuan insurans dan renew roadtax motor mati yang efisien, selamat dan menjimatkan masa.