Perlindungan pendapatan atau penggantian pendapatan adalah salah satu perlindungan yang tersedia dalam pelan perlindungan insurans hayat. Pelan ini menawarkan kestabilan dan perlindungan kewangan sekiranya pemegang polisi menghadapi krisis seperti penyakit jangka panjang, kecacatan kekal dan menyeluruh atau kematian.
Adakah Anda Memerlukan Perlindungan Pendapatan?
Gaji yang anda terima setiap bulan adalah salah satu sumber pendapatan yang berharga. Apatah lagi jika anda satu-satunya pencari nafkah utama dalam keluarga. Untuk menentukan sama ada anda perlu mendapatkan perlindungan pendapatan atau tidak, pertimbangkan sama ada ahli keluarga anda mempunyai sumber yang mencukupi setelah ketiadaan anda.
Andaikan sesuatu terjadi kepada anda seperti anda meninggal dunia atau lumpuh sehingga tidak dapat bekerja, bolehkah mereka meneruskan hidup seperti biasa? Ramai orang tidak menyedari kepentingan mendapatkan perlindungan pendapatan sehinggalah tidak lagi dapat menampung keluarga akibat hilang upaya atau kematian.
Pelan perlindungan pendapatan memainkan peranan penting dalam melindungi sumber kewangan anda dan keluarga daripada apa-apa risiko yang boleh memberi kesan kepada kewangan anda. Polisi perlindungan pendapatan berfungsi untuk melindungi dan menggantikan pendapatan anda sekiranya anda berdepan situasi berikut:
- Kematian;
- Hilang upaya menyeluruh dan kekal;
- Penyakit kritikal.
Jika anda masih ragu-ragu sama ada perlu mendapatkan perlindungan ini atau tidak, ambil kira aspek-aspek berikut bagi membantu anda membuat keputusan yang tepat.
1. Uruskan Hutang Anda
Hutang, bil dan komitmen bulanan anda tidak akan hilang dengan sendirinya jika anda jatuh sakit. Malah, hutang anda mungkin akan bertambah kerana perbelanjaan rawatan pemulihan yang mahal.
Di sinilah peranan penggantian pendapatan dalam mengurangkan tekanan anda untuk menguruskan dan melangsaikan hutang-hutang tersebut.
2. Tumpukan pada Pemulihan Anda
Ketika anda dalam tempoh pemulihan daripada penyakit atau kecederaan, anda mungkin tertekan dan terbeban dengan situasi kesihatan dan kewangan yang menghimpit. Tekanan sebegini juga boleh beri kesan pada proses pemulihan anda.
Dengan perlindungan pendapatan, anda boleh beri tumpuan kepada proses pemulihan dengan tenang tanpa perlu memikirkan krisis kewangan anda.
3. Menjaga Kualiti Hidup Anda
Bergantung pada tahap penyakit dan kesihatan anda, masalah ini boleh beri kesan pada gaya hidup dan rutin anda. Meskipun begitu, perlindungan yang dimiliki dapat membantu anda mendepani hidup tanpa kerisauan tanpa menjejaskan rutin sedia ada.
4. Memberi Jaminan kepada Keluarga Anda
Kos perubatan yang tinggi mungkin akan memberi kesan kepada anda lebih-lebih lagi jika anda tidak dapat bekerja untuk menampung kos-kos ini. Anda akan dapat mengurangkan sebahagian atau kesemua kos-kos tersebut jika anda mempunyai polisi perlindungan pendapatan yang sesuai.
Dengan polisi penggantian pendapatan, anda dapat menikmati ketenangan fikiran kerana anda dan keluarga dilindungi oleh perlindungan yang sesuai.
Berapa Kos untuk Mendapatkan Insurans Perlindungan Pendapatan?
Secara amnya, kos perlindungan pendapatan adalah berbeza-beza bergantung pada syarikat insurans dan pelan perlindungan anda. Biasanya, elemen-elemen seperti berikut boleh mempengaruhi kos premium insurans:
- Jumlah perlindungan;
- Umur;
- Sejarah perubatan;
- Pekerjaan.
Jika anda mempunyai perlindungan penggantian pendapatan, anda akan menerima pembayaran tunai untuk setiap hari anda dirawat di hospital akibat kemalangan. Ia sebagai ganti bagi sebarang kehilangan pendapatan yang mungkin berlaku. Berikut adalah purata premium insurans untuk perlindungan pendapatan:
Skim Perlindungan | Premium Bulanan |
Diri Sendiri | RM16-RM80 |
Diri Sendiri dan Pasangan | RM29-RM135 |
Diri Sendiri, Pasangan dan Tanggungan | RM32-RM180 |
Polisi penggantian pendapatan ini menyediakan perlindungan lengkap kepada anda dan keluarga dengan harga premium bulanan yang berpatutan. Setelah anda membayar premium, anda boleh membuat tuntutan bagi:
- Kematian akibat kemalangan;
- Hilang upaya menyeluruh dan kekal;
- Rawatan hospital;
- Kos perubatan pesakit luar;
- Pembayaran kasih sayang;
- Faedah pendidikan anak-anak.
Bilakah Masa Terbaik untuk Anda Mendapatkan Perlindungan Pendapatan?
Secara asasnya, tiada formula yang boleh anda ikuti bagi menentukan masa terbaik untuk anda mendapatkan perlindungan ini. Anda perlu pertimbangkan bajet dan komitmen bulanan anda seperti:
- Ansuran pinjaman rumah;
- Pinjaman kereta;
- Utiliti;
- Petrol;
- Barangan keperluan harian;
- Cukai pendapatan;
- Bil internet;
- Simpanan persaraan dan sebagainya.
Kos-kos ini juga berkemungkinan akan meningkat selari dengan masa. Jika anda satu-satunya atau salah seorang pencari nafkah utama dalam keluarga, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan ini. Apa-apa sahaja boleh terjadi kepada anda – risiko strok, kanser, terlibat kemalangan dan banyak lagi.
Kita sudah semestinya tidak menginginkan perkara sebegini berlaku, tetapi kita tidak boleh mengelak kemungkinan ini terjadi. Perlindungan pendapatan penting dalam membantu anda mendepani risiko luar jangka yang boleh memberi kesan kepada kewangan anda.
Selain itu, jika anda ingin mendapatkan insurans kesihatan terbaik untuk perlindungan masa depan, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Qoala menyediakan pelbagai produk insurans perubatan mampu milik daripada syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia. Ia juga menjanjikan proses pembaharuan dan pembelian insurans yang mudah, cepat, dan selamat.