Insurans 101: Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang

Kali terakhir diperbaharui Jun 12, 2024 oleh Shafiq Wahab
Insurans 101: Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang

Polisi insurans kereta komprehensif adalah sesuatu yang ideal untuk dimiliki oleh pemilik kenderaan. Ia melindungi hampir kesemua aspek risiko dan memberikan anda ketenangan fikiran. Selain insurans komprehensif, perlindungan Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang adalah pilihan yang tepat untuk dimiliki. Ia berperanan melindungi pihak yang diinsuranskan daripada liabiliti undang-undang yang diambil terhadap pemandu oleh penumpang.

Patutkah Anda Mendapatkan Perlindungan Insurans Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (LLP)?

Sebelum melihat dengan lebih terperinci mengenai Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang, penting untuk anda tahu terdapat dua jenis perlindungan liabiliti undang-undang yang ditawarkan di Malaysia. Perlindungan Liabiliti Undang-Undang merupakan perlindungan tambahan yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  1. Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (LLP);
  2. Liabiliti Undang-Undang terhadap Penumpang disebabkan Kecuaian (LLOP).

Apa Itu Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang?

Perlindungan Insurans Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang atau turut dikenali sebagai LLP adalah polisi insurans kereta yang menawarkan perlindungan kepada anda sebagai pemilik kereta. LLP menawarkan perlindungan terhadap pemilik kereta untuk liabiliti undang-undang yang timbul disebabkan kematian atau kecederaan fizikal seorang atau lebih penumpang.

Dalam erti kata lain, perlindungan ini terpakai dalam kes-kes kecederaan fizikal atau kematian penumpang kereta disebabkan oleh kecuaian anda atau pemandu yang sah. Perlindungan LLP tidak termasuk dalam insurans kereta komprehensif; insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian; atau insurans pihak ketiga.

Apa Itu Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang?

Ini bermaksud, pemegang polisi perlu menambah perlindungan tambahan Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang ke dalam polisi insurans yang dibeli.

Bila Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang akan Digunakan?

Bayangkan senario ini: pemilik kereta melanggar lampu merah sehingga berlaku kemalangan. Penumpang di tempat duduk belakang mengalami kecederaan fizikal akibat kemalangan tersebut. Sebagai pihak ketiga, mereka boleh memfailkan tuntutan undang-undang terhadap pemilik kereta kerana kecuaian memandu secara melulu.

Di sinilah kepentingan LLP dalam melindungi anda daripada tuntutan oleh penumpang terhadap pemilik kereta atau pemandu. LLP memastikan pihak yang diinsuranskan tidak perlu membayar kerugian dari poket sendiri.

Perlindungan tambahan ini akan menanggung liabiliti untuk kecederaan kepada penumpang semasa berada di dalam kereta yang diinsuranskan.

Berapa Kos Perlindungan Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang?

Secara amnya, pihak yang diinsuranskan perlu membayar sebanyak 25 peratus daripada jumlah premium polisi insurans pihak ketiga asas.

Pengecualian di Bawah Perlindungan Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang dianggap tidak layak untuk mendapat perlindungan kerugian di bawah LLP antaranya:

  • Kematian atau kecederaan fizikal kepada mana-mana penumpang yang dibawa dengan bayaran atau ganjaran;
  • Kematian atau kecederaan fizikal kepada mana-mana orang iaitu kematian atau kecederaan tersebut berlaku disebabkan dan semasa pekerjaan orang tersebut oleh anda atau pemandu yang disahkan oleh anda;
  • Kerosakan kepada harta benda yang dimiliki oleh atau dalam jagaan atau kawalan anda atau pemandu yang disahkan oleh anda dan/atau mana-mana ahli rumah atau pemandu yang disahkan oleh anda;
  • Liabiliti kepada mana-mana orang yang merupakan ahli rumah anda dan/atau pemandu yang disahkan oleh anda yang merupakan penumpang dalam kereta anda kecuali dia diperlukan untuk dibawa dalam kereta anda oleh sebab atau menurut kontrak pekerjaan dengan anda atau pemandu yang disahkan oleh anda dan/atau majikan;
  • Liabiliti yang disebabkan oleh penumpang yang sedang dalam perjalanan atau keluar dari kereta anda;
  • Sebarang tuntutan yang dibawa terhadap anda oleh mana-mana pemandu kereta anda sama ada yang disahkan atau tidak;
  • Sebarang tuntutan yang dibawa terhadap mana-mana orang di mana-mana negara di mahkamah di luar Malaysia, Singapura atau Brunei; dan/atau
  • Semua kos dan perbelanjaan undang-undang yang tidak ditanggung atau boleh diperoleh balik di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Bagaimana untuk Membuat Tuntutan Jika Bilangan Penumpang Melebihi Had Maksimum yang Dibenarkan oleh Undang-undang?

Dalam kejadian seperti ini, liabiliti yang dilindungi oleh insurans adalah terhad kepada bilangan penumpang yang dibenarkan seperti didaftarkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika pemilik kereta memandu kereta tujuh tempat duduk dan membawa penumpang melebihi tujuh orang semasa perlanggaran berlaku, tuntutan insurans tidak akan dibayar sepenuhnya.

Pengiraan yang akan digunakan untuk membahagikan tuntutan yang dibuat di bawah perlindungan liabiliti undang-undang kepada penumpang adalah berdasarkan formula berikut:

Formula Pengiraan Tuntutan Jika Penumpang Dibawa Melebihi Had Penumpang = Bilangan penumpang yang dibenarkan oleh undang-undang / Bilangan sebenar penumpang yang dibawa pada masa kejadian X Jumlah tuntutan yang dianugerahkan

Perlindungan Diri daripada Isu Undang-Undang Berkaitan Penumpang

Perlindungan Diri daripada Isu Undang-Undang Berkaitan Penumpang

Secara ringkas, Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang melindungi anda daripada sebarang tanggungjawab undang-undang yang mungkin berlaku disebabkan pemanduan cuai. Dalam erti kata lain, perlindungan insurans tambahan ini melindungi keselamatan kewangan anda yang mungkin terjejas akibat kejadian yang tidak dijangka semasa anda berada di jalan raya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang serta perlindungan asas lain dalam insurans kereta di Malaysia, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Sebagai platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling dipercayai di Malaysia, Qoala komited dalam membantu anda mendapatkan polisi insurans kereta terbaik pada harga berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60