Proses kehamilan dan kelahiran adalah sesuatu pengalaman dan perjalanan yang penuh cabaran dan ketidaktentuan. Bagi ibu bapa yang pertama kali ingin menimang cahaya mata, sudah tentu banyak perancangan kewangan dilakukan seperti mendapatkan perlindungan insurans yang sesuai seperti insurans untuk bersalin di hospital swasta.
Adakah Insurans Kesihatan Menawarkan Perlindungan Insurans untuk Bersalin di Hospital Swasta?
Penting untuk anda faham fungsi sebenar insurans kesihatan atau kad perubatan yang tersedia di Malaysia. Insurans kesihatan dan perubatan berfungsi melindungi diri anda daripada sebarang risiko kewangan terutamanya apabila perlu menampung bil rawatan perubatan yang mahal disebabkan oleh sakit atau kemalangan.
Namun begitu, dalam kes insurans kesihatan, ia tidak menawarkan perlindungan membabitkan kos rawatan untuk bersalin di hospital swasta. Dalam erti kata lain, kos rawatan hospital swasta tidak akan ditanggung oleh syarikat insurans. Kelahiran atau kehamilan tidak termasuk dalam senarai manfaat yang dilindungi oleh insurans kesihatan. Ini kerana, risiko bersalin adalah risiko yang ‘dipersetujui’ oleh anda sendiri.
Oleh sebab itu, tiada mana-mana syarikat insurans di Malaysia menawarkan medikal kad atau insurans untuk bersalin di hospital swasta.
Adakah Ini Bermaksud Kehamilan Tidak Dilindungi oleh Insurans Kesihatan di Malaysia?
Meskipun tiada perlindungan insurans ditawarkan untuk menanggung kos rawatan untuk bersalin di hospital swasta, ada pelan insurans kesihatan yang ditawarkan kepada bakal ibu bagi melindungi ibu-ibu daripada sebarang komplikasi semasa atau selepas kehamilan.
Komplikasi kehamilan merupakan sesuatu masalah yang biasa dialami oleh golongan wanita yang hamil. Antara komplikasi penyakit yang sering berlaku adalah seperti tekanan darah tinggi, diabetes semasa hamil, kelahiran awal atau keguguran.
Pelan perlindungan insurans untuk bersalin (komplikasi kehamilan) ini boleh diambil oleh wanita mengandung seawal minggu ke-14 kehamilan. Sebagai contoh, ada syarikat insurans di Malaysia yang menawarkan insurans untuk bersalin dengan manfaat-manfaat seperti berikut:
Manfaat | Butiran |
Penjagaan Kehamilan |
|
Penjagaan Kesuburan |
|
Penjagaan Bayi |
|
Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh |
|
Penyakit Wanita |
|
Penjagaan Wanita |
|
Penjagaan Mental |
|
Perlu diingatkan manfaat insurans untuk bersalin yang ditawarkan berkaitan komplikasi kelahiran ini adalah berbeza-beza mengikut syarikat insurans. Anda disarankan untuk merujuk ejen atau syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut berkaitan insurans komplikasi kelahiran dan kehamilan ini.
Dapatkan Perlindungan Insurans dari Awal untuk Perlindungan Masa Depan
Tidak kira apa jua insurans kesihatan dan perubatan yang anda miliki, setiap orang menginginkan kehidupan yang tenang, selamat dan tanpa kebimbangan. Oleh sebab itu, penting untuk anda membuat persediaan dari awal bagi membantu anda mendepani sebarang kemungkinan yang mungkin ada.
Jika anda ingin mendapatkan insurans kesihatan untuk perlindungan kewangan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik dan komprehensif di Malaysia.