Di Malaysia, pemilik kenderaan mempunyai pilihan untuk memilih insurans takaful kereta sebagai alternatif kepada insurans kereta konvensional. Bagi sesetengah pemandu, insurans takaful kereta mungkin masih baru dan belum banyak diketahui. Oleh itu, artikel ini akan menjelaskan lima perkara penting yang perlu anda tahu tentang insurans takaful kereta.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Takaful Kereta?
Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, insurans menawarkan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan kenderaan akibat kemalangan jalan raya atau kecurian, dan pemilik kenderaan perlu membuat bayaran premium insurans atau kontribusi pada asas tahunan atau bulanan untuk mendapatkan perlindungan untuk kereta anda.
Untuk memahami konsep insurans takaful kereta, anda perlu fahami konsep takaful terlebih dahulu. Takaful adalah konsep insurans yang didasarkan pada hukum syariah. Ia tidak mengandungi tiga unsur yang dilarang oleh Islam iaitu riba’, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi).
Konsep takaful berasaskan kerjasama di mana semua risiko dikongsi atau ditanggung bersama oleh syarikat insurans termasuk semua pihak yang dilindungi di bawah takaful. Takaful ditubuhkan di Malaysia sebagai alternatif kepada insurans konvensional untuk individu, terutama umat Islam yang ingin memperoleh perlindungan insurans yang mematuhi hukum syariah.
1. Apa Itu Insurans Takaful Kereta?
Insurans Takaful Kereta adalah jenis insurans yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan terutamanya prinsip Mudharabah dan Tabarru’. Takaful insurans kereta melindungi pemilik kenderaan daripada menanggung kos yang besar terhadap sebarang kerosakan atau kerugian akibat kejadian-kejadian yang dinyatakan di atas. Dengan kata lain, ia bertujuan untuk melindungi pemilik kenderaan daripada kos yang besar yang mungkin terjadi.
Seperti yang telah dinyatakan di atas, takaful kereta dan insurans konvensional mempunyai fungsi yang sama dalam memberikan perlindungan kepada pemegang polisi dan pihak ketiga jika berlaku kemalangan, kerosakan kenderaan dan harta benda, kebakaran atau kecurian, dan perlindungan bergantung pada jenis polisi yang dipilih.
Ciri-ciri Insurans Takaful Kereta
Terdapat tiga ciri utama insurans takaful kereta yang anda perlu tahu. Berikut adalah ciri-ciri utama yang membezakan takaful kereta dengan insurans kereta konvensional dijelaskan di bawah:
Patuh Syariah
Pematuhan kepada prinsip-prinsip syariah merupakan elemen terpenting dalam perlindungan takaful. Semua jenis perlindungan takaful harus memenuhi kepatuhan kepada undang-undang syariah dan bebas daripada unsur-unsur yang diharamkan oleh Islam, seperti faedah atau interest, perjudian, dan unsur-unsur keraguan.
Perkongsian Risiko
Dalam takaful, risiko dibahagikan di antara semua ahli takaful dan tidak ditanggung oleh satu pihak sahaja.
Polisi Tiada Tuntutan
Salah satu kelebihan perlindungan takaful adalah pemberian rebat tunai kepada pemegang polisi yang tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh polisi. Jumlah rebat tunai bergantung kepada syarikat takaful yang memberikan perlindungan dan ia tidak tetap.
2. Beza antara takaful kereta dan insurans konvensional?
Meskipun mempunyai objektif yang sama, terdapat perbezaan antara takaful dan insurans konvensional. Perbezaan utama adalah takaful bebas daripada unsur yang dilarang dalam agama Islam seperti Riba’ (faedah), Gharar (keraguan), dan Maysir (perjudian).
Untuk panduan yang lebih jelas, berikut adalah ringkasan perbezaan antara takaful dan insurans konvensional:
Takaful Kereta | Insurans Kereta Konvensional |
Perkongsian risiko oleh semua pihak di bawah perlindungan; | Risiko ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans selepas pemegang polisi menjelaskan bayaran; |
Berdasarkan konsep kerjasama; | Berlandaskan faktor komersial; |
Mematuhi undang-undang syariah dan undang-undang kerajaan; | Tertakluk kepada akta dan undang-undang kerajaan; |
Wang pemegang polisi takaful hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah sahaja; | Syarikat insurans boleh melaburkan wang pemegang polisi boleh dalam semua bentuk pelaburan termasuk yang tidak patuh syariah; |
Tidak ada unsur Riba’, Gharar (ragu-ragu) dan Masyir (perjudian). |
Mungkin mengandungi unsur Riba’, Gharar (ragu-ragu) dan Masyir (perjudian). |
3. Jenis Takaful Kereta
Takaful kereta juga mempunyai tiga jenis polisi insurans seperti insurans konvensional iaitu polisi komprehensif, pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, dan pihak ketiga.
Insurans Takaful Kereta Komprehensif
Polisi komprehensif menawarkan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemilik kereta, termasuk kerugian atau kerosakan harta benda sendiri, tuntutan pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda. Polisi ini diperuntukkan untuk kereta baru dan kereta yang berusia sehingga 10 tahun.
Insurans Takaful Kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
Polisi takaful kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian menyediakan perlindungan untuk pemandu dari tuntutan pihak ketiga, kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kebakaran atau kecurian. Polisi ini lebih sesuai untuk kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas dan kenderaan yang jarang digunakan.
Insurans Takaful Kereta Pihak Ketiga
Polisi takaful pihak ketiga adalah polisi perlindungan asas yang melindungi pihak ketiga sahaja, termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga, serta kecederaan dan kematian pihak tersebut akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda. Kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki dengan menggunakan wang anda sendiri.
4. Individu Yang Boleh Beli Takaful Kereta
Walaupun takaful menawarkan perlindungan yang mematuhi prinsip syariah, ini tidak bermakna ia terhad kepada orang Islam sahaja. Mana-mana individu, termasuk yang tidak beragama Islam juga boleh mengambil perlindungan takaful.
Takaful tidak membezakan agama dan dibuka untuk semua orang yang ingin mendapatkan perlindungan insurans mengikut prinsip syariah. Oleh itu, sama ada anda beragama Islam atau tidak, anda berhak untuk membeli Takaful Kereta dan mendapatkan perlindungan daripada pelbagai risiko yang mungkin berlaku semasa memandu kenderaan anda.
Berikut adalah syarat-syarat untuk membeli takaful kereta:
- Kenderaan yang hendak dipertanggungkan mestilah didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sah mengikut undang-undang;
- Pemilik kereta mestilah berumur 18 tahun ke atas;
- Pemilik kereta mestilah mempunyai lesen memandu yang sah dan masih lagi berkuat kuasa;
- Permohonan takaful kereta hendaklah disertakan dengan dokumen yang diperlukan seperti borang permohonan dan sijil pendaftaran kenderaan;
5. Syarikat yang Menawarkan Insurans Takaful Kereta Terbaik
Setiap syarikat takaful kereta mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh itu, penting untuk membuat perbandingan antara syarikat-syarikat takaful tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli takaful kereta dari syarikat yang dipilih. Terdapat beberapa syarikat takaful kereta yang terbaik di Malaysia. Antara syarikat-syarikat tersebut ialah:
- Takaful Malaysia;
- Etiqa Takaful;
- Zurich Takaful;
- Allianz Takaful.
Takaful Kereta vs Insurans Konvensional: Mana Satu Patut Anda Ambil?
Kedua-dua takaful kereta dan insurans konvensional mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jika anda mencari perlindungan yang mengikut prinsip syariah, maka takaful kereta mungkin sesuai untuk anda. Namun, jika anda memilih untuk fokus pada harga yang lebih rendah atau pelbagai pilihan tambahan, maka insurans konvensional mungkin menjadi pilihan anda.
Namun, terlepas dari pilihan anda, pastikan anda memilih polisi yang memenuhi keperluan dan anggaran anda. Semak dan bandingkan pelan dari pelbagai syarikat takaful dan insurans konvensional, dan pastikan anda memahami apa yang termasuk dalam polisi sebelum membuat keputusan.
Semoga perkongsian mengenai insurans takaful kereta boleh membantu memudahkan urusan anda. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk renew insurans dan renew takaful kereta pada harga murah dan terbaik, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut.
Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan beli insurans yang mudah, cekap dan pantas.