Insurans rumah memainkan peranan penting dalam melindungi kediaman dan barangan berharga milik anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang tidak dijangka. Tanpa persediaan ini, anda berkemungkinan berdepan risiko kerugian kewangan yang besar.
Apa Beza Insurans Rumah vs Insurans Pinjaman Rumah?
Kebanyakan daripada anda mungkin keliru tentang insurans rumah dan insurance loan rumah (atau lebih dikenali sebagai MRTA atau MLTA). Secara asasnya, ada perbezaan antara kedua-dua perlindungan insurans ini.
Insurans rumah melindungi kerugian dan kerosakan pada rumah dan aset individu dalam rumah. Insurans rumah di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis iaitu polisi pemilik rumah, polisi isi rumah dan polisi kebakaran asas.
Bagi insurans pinjaman perumahan atau insurans gadai janji pula, ia ditawarkan oleh pihak bank untuk melindungi pinjaman anda. Jika berlaku sesuatu kepada anda, insurans ini yang akan membayar semula pinjaman rumah kepada pihak bank.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Rumah di Malaysia?
Insuran rumah berfungsi sebarang jaringan keselamatan kewangan – ia melindungi kediaman anda daripada situasi kerugian atau kerosakan yang tidak diingini. Kediaman terdedah kepada risiko seperti kebakaran, kilat, letupan, kecurian atau kerosakan akibat perbuatan khianat, paip pecah, banjir dan sebagainya.
Dengan perlindungan insurance rumah yang sesuai, ia melindungi kewangan anda daripada risiko-risiko ini. Bagi membantu anda memilih insurans rumah terbaik untuk perlindungan optimum, berikut perkara-perkara penting berkaitan insurance rumah yang anda wajib tahu.
1. Jenis Insurans Rumah
Setiap polisi insurans ini mempunyai ciri, tahap perlindungan dan kos harga insurans rumah yang berbeza. Insurans rumah cover apa? Insurans perumahan terdiri daripada tiga jenis iaitu polisi pemilik rumah, polisi isi rumah dan polisi kebakaran asas.
Polisi Kebakaran Asas
Polisi insuran perumahan kebakaran ini menawarkan perlindungan kediaman paling asas. Ia hanya melindungi nilai bangunan dan tidak termasuk isi rumah jika berlaku kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran atau kilat.
Selain itu, perlindungan polisi ini boleh diperluas dengan tambahan perlindungan lain seperti kerosakan akibat ribut, banjir atau pemendapan.
Polisi Pemilik Rumah
Polisi pemilik rumah pula memberikan perlindungan tambahan kepada kediaman anda selain perlindungan yang diberikan polisi kebakaran asas. Ia melindungi bahagian luar rumah atau struktur fizikal hartanah seperti dinding, bumbung, lekapan dan lengkapan bangunan, struktur luar dan lain-lain
Polisi insuran rumah ini juga merangkumi perlindungan kerosakan yang disebabkan oleh cuaca buruk, banjir, kebakaran, paip pecah dan insiden tidak diingini lain yang boleh menjejaskan kediaman anda.
Polisi Isi Rumah
Polisi isi rumah menawarkan perlindungan ekstra kepada barangan dan peralatan yang terkandung dalam rumah anda. Jika berlaku kejadian yang boleh diinsuranskan, polisi ini melindungi barangan dan peralatan dalam rumah. Ini bermaksud, kerugian anda ini boleh dituntut dengan syarikat insurans.
Polisi ini juga boleh memberikan perlindungan tambahan kepada pemilik kediaman individu yang berdaftar sekiranya berlaku kecederaan maut.
2. Pampasan Insurance Rumah
Polisi insurance rumah yang anda pilih secara tidak langsung menentukan tahap dan jenis pampasan yang akan diterima. Jadi, penting untuk anda pastikan nilai polisi yang diinsuranskan merangkumi jumlah kos pembinaan semula atau penggantian isi rumah. Ada dua asas pampasan yang boleh digunakan:
Asas Pemulihan
Sekiranya berlaku insiden yang diinsuranskan, pemilik polisi akan menerima pampasan nilai penuh barangan yang rosak atau hilang.
Asas Ganti Rugi
Pemilik polisi akan menerima ganti rugi nilai barang yang hilang dengan mengambil kira penyusutan nilai semasa berbanding nilai asal semasa pembelian.
3. Harga Insuran Rumah
Berapa harga insurans rumah untuk perlindungan kediaman anda? Secara asasnya, harga premium insurans perumahah bergantung sepenuhnya pada pelan polisi perlindungan yang anda ambil. Harga insurans rumah juga biasanya dipengaruhi oleh:
- Jantina;
- Umur pemilik hartanah;
- Status kediaman;
- Nilai rumah;
- Jumlah pinjaman bank; dan
- Tempoh pembayaran semula.
Sama seperti insurans kereta – semakin lengkap perlindungan yang dimiliki, semakin tinggi harga premium insurans rumah anda. Jika anda ingin semak insurans rumah dan ketahui anggaran harga insurans rumah, anda boleh layari laman web Qoala. Anda boleh bandingkan harga insurance rumah dan pilih insurance rumah yang sesuai dengan bajet anda.
4. Insuran Rumah Terbaik: Perlindungan Tambahan
Sebagai pemilik rumah, anda semestinya menginginkan perlindungan kediaman yang optimum. Anda boleh pertimbangkan perlindungan tambahan insuran rumah yang bersesuaian dengan keperluan anda. Berikut antara perlindungan tambahan insurance rumah yang boleh anda pertimbangkan:
Insurans Tuan Tanah
Perlindungan insurans sewa atau insurans tuan tanah melindungi anda selaku pemilik daripada kerugian pendapatan yang berlaku disebabkan oleh kejadian tertentu.
Sebagai contoh, katakan anda memiliki sebuah rumah yang disewakan kepada penyewa. Penyewa tersebut cabut lari tanpa bayar sewa, tidak bayar bil bulanan atau merosakan hartanah anda.
Insurans ini berperanan melindungi dan mengelakkan anda daripada menanggung kerugian-kerugian ini.
Perlindungan Penyelenggaraan Rumah
Polisi ini menyediakan perlindungan insurans bagi membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan penyelenggaraan.
Ini bermaksud, jika rumah anda ada masalah bekalan elektrik (soket rosak) atau masalah gangguan air (paip bocor), insurans akan tanggung kos pembaikan dan penyelenggaraan ini.
Dengan perlindungan penyelenggaran rumah, anda tidak perlu risau lagi kerana segala kos kerugian ini akan ditanggung oleh pihak insurans tanpa menjejaskan simpanan anda.
Insurans Rumah Kampung
Jika anda miliki rumah kampung, anda juga boleh pertimbangkan insuran rumah kampung ini. Sama seperti rumah-rumah yang lain, rumah kampung juga terdedah dengan risiko-risiko bahaya seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir dan sebagainya.
Perlindungan tambahan insurans rumah kampung memberikan perlindungan daripada kerosakan akibat kebakaran dan kilat. Biasanya, insurans ini menawarkan bayaran pampasan sekali gus jika anda mengalami kerugian, kemalangan diri, kematian akibat kemalangan dan kos pengebumian.
Insurans Pinjaman Gadai Janji
Ramai dalam kalangan pembeli rumah pertama biasanya membuat pinjaman perumahan dengan bank. Insurans pinjaman gadai janji menawarkan perlindungan tambahan untuk pembayaran pinjaman rumah sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Ini bermaksud, pembiayaan pinjaman rumah anda akan ditanggung oleh syarikat insurans sekiranya anda meninggal dunia atau tidak dapat bekerja akibat kemalangan. Insurans pinjaman rumah terbahagi kepada dua jenis:
Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)
Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji atau insurans rumah MRTA akan membiayai lebihan hutang jika berlaku apa-apa kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, jika rumah anda dibeli dengan harga RM300,000. Selepas tujuh tahun, baki pinjaman rumah dianggarkan sekitar RM230,000.
Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal (TPD), pihak insurans hanya akan membayar baki pinjaman sahaja iaitu RM230,000. Insurans rumah MRTT merupakan versi takaful untuk MRTA.
Mortgage Level Term Assurance (MLTA)
Jaminan Tempoh Tahap Gadai Janji atau insurance MLTA rumah merujuk insurans pinjaman perumahan dengan jumlah diinsuranskan yang kekal sepanjang tempoh pelan. Ini bermaksud, jumlah perlindungan tidak berubah selama tempoh polisi.
Katakan pelan perlindungan MLTA anda bernilai RM300,000, dan baki pinjaman perumahan adalah selepas 10 tahun adalah sebanyak RM200,000. Semasa proses tuntutan, sebanyak RM200,000 akan dibayar oleh pihak insurans kepada pihak bank untuk melangsaikan hutang pinjaman.
Manakala baki selebihnya akan diberikan kepada ahli keluarga yang dinamakan sebagai benifisiari. Selari dengan perlindungan yang ditawarkan, biasanya kadar harga insurans rumah MLTA lebih tinggi berbanding MRTT. Insurans rumah MLTT merupakan versi takaful bagi insurance rumah MLTA.
Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan insurans pinjaman perumahan ini, anda boleh rujuk artikel ini bagi membolehkan anda fahami perbezaan MRTA dan MLTA di Malaysia.
5. Semak Insurans Rumah: Insurans Rumah Terbaik
Untuk mendapatkan insuran rumah terbaik, anda perlu bandingkan dan semak insurans rumah daripada beberapa syarikat insurans yang menawarkan polisi ini. Setiap syarikat insurans menawarkan tahap perlindungan tertentu pada kos yang berbeza.
Di Malaysia, anda boleh pertimbangkan syarikat-syarikat insurans antaranya insurans rumah Etiqa dan insurans rumah Takaful Malaysia.
Insurans dan Takaful Kediaman: Perlindungan Kewangan untuk Pemilik dan Isi Rumah
Insurans dan Takaful rumah menawarkan perlindungan kewangan kepada pemilik rumah dan isi rumah. Ia berperanan melindungi kandungan isi rumah dan barangan peribadi daripada kerugian atau kerosakan daripada semua risiko termasuk akibat kebakaran, rumah banjir, kilat, kecurian atau kemalangan lain.
Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan untuk rumah dan isi rumah anda untuk ketenangan fikiran. Ini untuk mengelakkan anda daripada perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk membiayai kerosakan dan kerugian.
Jika anda sedang merancang untuk mendapatkan perlindungan insurans rumah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans rumah terbaik di Malaysia. Anda boleh bandingkan dan pilih harga insurans murah dan mampu milik yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.
Assalamualaikum, hye Nadhirah Rashid
1. Kenapa insuran rumah kadang tu xsama dgn loan rumah?contoh pinjaman 35 tahun tapi insuran hanya cover 27 tahun.
2. Apa itu cltt?adakah sama dengan mltt?
perlu tak kita menbayar atau sambungan insurans rumah seperti mlta atau mrta selepas tamat tempoh insurans pembayaran.
jika perlu,apa yang kita kena insured.?
can email me
Hi nak tanya kalau kita tertunggak bayaran insuran rumah apa akan jadi ?
Mohon beri info mengenai insurance perlindungan rumah.
Àssalammualaikum.. bagaimana untuk mengambil insuran bagi rumah yg telah selesai bayaran pinjamannya. Tq
Hai, rumah dah habis bayar dan dah dapat geran. Nak tanya, adakah setelah selesai urusan pelepasan bank insurans secara langsung tak berfungsi dan adakah setelah dapat geran perlu ambil insurans yang baru. Terima kasih.