5 Sebab Perlu Beli Insurans Haiwan Peliharaan di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Jun 9, 2023 oleh Shafiq Wahab
5 Sebab Perlu Beli Insurans Haiwan Peliharaan di Malaysia

Insurans haiwan peliharaan berfungsi sebagai jaringan keselamatan untuk mengelakkan anda daripada membayar kos veterinar yang tinggi sekiranya haiwan peliharaan anda berdepan situasi luar jangka. Insurans haiwan peliharaan untuk kucing, anjing dan sebagainya memainkan fungsi yang sama seperti insurans kesihatan untuk perlindungan anda dan keluarga.

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Haiwan Peliharaan

Jika anda memiliki haiwan peliharaan, anda mungkin tahu betapa mahalnya kos rawatan dan penjagaan veterinar. Di Malaysia, pemilik haiwan dianggarkan menghabiskan kira-kira RM750 setahun (atau mungkin lebih) untuk penjagaan veterinar bagi haiwan peliharaan. Kos-kos ini tidak termasuk kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi.

Oleh sebab itu, penting untuk anda melengkapi haiwan peliharaan anda dengan insurans haiwan peliharaan. Ini kerana, satu pelan insurans ini sudah mencukupi untuk cover kos penjagaan dan pemeriksaan yang mahal ini.

1. Apa Peranan Insurans Haiwan Peliharaan?

Insurans haiwan peliharaan menawarkan perlindungan untuk haiwan kesayangan daripada risiko kecederaan, penyakit dan kos rawatan perubatan yang tidak dijangka. Secara asasnya, insurans haiwan peliharaan bukanlah perlindungan yang wajib dimiliki.

Namun begitu, anda tidak dapat menolak kemungkinan haiwan kesayangan anda berdepan risiko penyakit serius atau kemalangan yang memerlukan penjagaan perubatan yang mahal.

Sekiranya situasi ini berlaku, anda tidak perlu menggunakan dana kecemasan untuk menampung kos rawatan veterinar yang tinggi. Kos berkaitan sebegini adakalanya menelan belanja yang tinggi melebihi apa yang anda bayangkan.

Insurans haiwan penting untuk melindungan anda daripada kos rawatan dan penjagaan veterinar yang tinggi

Sebagai pemilik haiwan, anda disarankan untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans haiwan peliharaan yang dipercayai. Dengan insurans ini, haiwan kesayangan anda akan mendapat perlindungan yang sewajarnya. Berikut antara contoh penyakit dan kecederaan yang dilindungi oleh insurans haiwan peliharaan:

  • Kanser;
  • Diabetes;
  • Katarak;
  • Penyakit buah pinggang;
  • Jangkitan telinga dan mata;
  • FIV;
  • UTI (jangkitan saluran kencing);
  • Selsema;
  • Demam;
  • Cirit-birit;
  • Penyakit jantung;
  • Parvovirus;
  • Pyometra;
  • Hip displasia;
  • Tulang patah;
  • Penyakit kulit.

2. Apa yang Dilindungi oleh Insurans Haiwan Peliharaan?

Sama seperti insurans rumah dan insurans kesihatan, insurans haiwan peliharaan menawarkan pelan perlindungan yang berbeza bergantung pada jenis, kos penjagaan veterinar dan produk-produk lain yang tersedia dalam pelan.

Anda perlu tahu yang pelan insurans haiwan peliharaan tidak termasuk penjagaan perubatan berkala seperti vaksinasi tahunan. Berikut antara perlindungan asas yang biasanya ditawarkan oleh insurans haiwan peliharaan ini:

Bayaran Veterinar

Di Malaysia, kebanyakan polisi insurans haiwan peliharaan melindungi kos perubatan dan pembayaran sekiranya berlaku kemalangan atau kematian akibat penyakit. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar kos pembakaran atau pengebumian.

Berikut antara kos lain yang termasuk dalam perlindungan insurans ini:

      • Yuran konsultasi;
      • Ujian diagnostik (darah, sinar-x dan ultrabunyi);
      • Ubat-ubatan yang ditetapkan;
      • Pembedahan;
      • Penginapan bermalam di klinik veterinar.

Kehilangan atau Kecurian

Jika haiwan kesayangan anda hilang atau dicuri, pihak insurans akan membantu menanggung kos pemberian ganjaran dan pengiklanan.

Yuran Penginapan

Insurans haiwan peliharaan juga akan menanggung kos penginapan sekiranya haiwan kesayangan anda perlu bermalam dan dirawat di hospital.

Perlindungan Liabiliti

Perlindungan insurans ini turut merangkumi liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi individu dan harta benda pihak ketiga daripada sebarang kecederaan atau kerosakan yang tidak sengaja yang mungkin disebabkan oleh haiwan kesayangan anda.

3. Apakah Jenis Insurans Haiwan Peliharaan yang Tersedia?

Buat masa ini, hanya insurans haiwan peliharaan untuk anjing dan kucing yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat insurans di Malaysia. Perlindungan untuk haiwan peliharaan lain seperti arnab dan kura-kura sukar untuk diperoleh atau masih belum tersedia buat masa ini.

Di Malaysia, tidak banyak syarikat insurans yang menyediakan insurans haiwan peliharaan. Oyen Health Pet Insurance dan MSIG Pet Insurance antara pembekal utama insurans haiwan peliharaan yang boleh anda pertimbangkan.

Berapa Kos Premium Insurans Haiwan Peliharaan?

Harga premium haiwan peliharaan boleh dikatakan agak mahal. Namun begitu, anda boleh mendapatkan tawaran harga insurans terbaik dengan membandingkan pelan insurans daripada laman web yang berbeza.

Setiap syarikat insurans mungkin mengenakan kadar premium insurans yang berbeza bergantung pada liputan perlindungan yang disediakan. Anda boleh lihat anggaran kasar harga premium insurans haiwan peliharaan di Malaysia seperti berikut:

Jenis Haiwan Peliharaan Harga Premium Bulanan Harga Premium Tahunan
Kucing (atau Anak Kucing) RM32-RM55 RM300-RM500
Anjing (atau Anak Anjing) RM50-RM80 RM500-RM800

Cara buat tuntutan insurans haiwan peliharaan

4. Bagaimana Cara Buat Tuntutan Insurans Haiwan Peliharaan?

Anda mungkin sudah biasa atau tahu prosedur tuntutan insurans perubatan. Pembekal insurans anda menerima tuntutan daripada anda atau doktor anda. Kemudian, bayaran kos yang termasuk dalam perlindungan polisi akan dibuat oleh syarikat insurans. Bergantung pada polisi, jika ada baki yang tidak dilindungi insurans, ia perlu dibayar oleh anda sendiri.

Dalam kes insurans haiwan peliharaan, proses tuntutan insurans sedikit berbeza. Anda perlu bayar dahulu menggunakan duit anda sendiri, kemudian claim dibuat dengan syarikat insurans. Bagi melancarkan proses tuntutan anda, berikut merupakan antara perkara penting yang perlu anda lakukan:

  • Selepas rawatan dan pemeriksaan di klinik, segera bayar bil veterinar;
  • Lengkapkan borang tuntutan insurans haiwan kesayangan;
  • Hantar borang tuntutan dan dokumen sokongan yang diperlukan kepada syarikat insurans;
  • Apabila tuntutan diterima, anda akan menerima bayaran balik daripada syarikat insurans.

Anda boleh mengakses semua klinik veterinar di Malaysia (tiada klinik panel yang diperlukan). Setelah resit dihantar secara dalam talian, anda biasanya akan menerima pembayaran dalam tempoh dua hingga tiga minggu bergantung pada keadaan.

5. Apa yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Mendapatkan Insurans untuk Kucing atau Anjing Anda?

sebelum membuat keputusan untuk membeli insurans, pastikan anda mengambil kira sejarah perubatan haiwan peliharaan anda. Pertimbangkan sama ada anda mempunyai kemampuan kewangan untuk mengeluarkan ribuan ringgit daripada simpanan anda untuk prosedur yang tidak dirancang. Ambil kira aspek-aspek berikut sebelum buat keputusan:

Umur Haiwan Kesayangan

Usia haiwan kesayangan yang lebih tua mungkin memerlukan kos insurans yang lebih tinggi. Ini kerana, ia memerlukan penjagaan perubatan yang lebih banyak.

Jenis Haiwan Peliharaan

Kebanyakan insurans haiwan peliharaan hanya menawarkan perlindungan untuk kucing dan anjing. Binatang peliharaan lain seperti arnab dan hamster, atau haiwan eksotik seperti ular dan burung juga biasanya ditawarkan perlindungan yang sama.

Tetapi, ia mungkin lebih sukar untuk diperoleh kerana tidak semua syarikat insurans menyediakan perkhidmatan ini.

Risiko Penyakit

Anjing dan kucing cenderung untuk menghidap penyakit kongenital dan penyakit disebabkan genetik. Selain itu, beberapa spesies anjing terdedah kepada masalah kesihatan tertentu. Sebagai contoh, anjing yang bersaiz besar berkemungkinan mengalami masalah sendi.

Insurans untuk Perlindungan Masa Depan: Adakah Insurans Haiwan Peliharaan Berbaloi untuk Dimiliki?

Insurans untuk Perlindungan Masa Depan: Adakah Insurans Haiwan Peliharaan Berbaloi untuk Dimiliki?

Insurans secara asasnya memainkan peranan penting dalam melindungi anda, keluarga, harta benda dan kewangan. Itulah sebabnya terdapat pelbagai jenis insurans di pasaran yang menawarkan perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Insurans haiwan peliharaan misalnya menawarkan ketenangan minda kepada pemilik.

Jika haiwan peliharaan anda memiliki insurans, anda tidak perlu bimbang terutamanya membabitkan kos kerana insurans yang dimiliki boleh menampung kos pembedahan dan rawatan yang mahal. Bagi kebanyakan pemilik binatang, haiwan peliharaan yang dimiliki dianggap sebahagian daripada ahli keluarga.

Jadi semestinya wajar haiwan peliharaan anda menerima rawatan perubatan terbaik sama seperti ahli keluarga anda yang lain. Melabur dalam insurans haiwan peliharaan semestinya satu keputusan yang bijak. Lakukan penyelidikan, buat penilaian dan pilih pelan insurans haiwan peliharaan terbaik yang sesuai dengan bajet anda.

Selain itu, jika anda juga sedang mencari insurans kesihatan terbaik untuk perlindungan diri anda dan keluarga, lawati laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Qoala adalah platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Ia menawarkan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60