Kadar Bayaran Zakat Fitrah, Cara Bayar Zakat Fitrah Online 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Kadar Bayaran Zakat Fitrah, Cara Bayar Zakat Fitrah Online 2024

Zakat fitrah merupakan kewajipan fardhu ain yang dituntut ke atas semua orang Islam. Bayaran zakat puasa dilakukan bertujuan untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa. Selain itu, ia juga digunakan untuk membantu golongan fakir miskin dalam membuat persiapan menyambut hari Raya.

Zakat Malaysia: 7 Perkara Wajib Tahu Tentang Zakat Fitrah Bulan Puasa Ramadan

Kehadiran bulan Ramadan atau bulan puasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Ini kerana, bulan Ramadan dikatakan bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan keampunan. Bulan Ramadan semestinya satu peluang bagi umat Islam untuk melipatgandakan pahala ibadah – solat, bersedekah, membayar zakat fitrah dan lain-lain lagi.

Apa pula yang dimaksudkan dengan zakat fitrah? Artikel ini akan mengupas semua perkara yang anda perlu tahu berkaitan zakat Ramadan atau zakat bulan puasa ini.

1. Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah (atau turut dikenali sebagai Zakat Puasa) ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu Muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Ia berbeza dengan zakat harta yang merupakan kewajipan ke atas harta yang dimiliki.

2. Syarat Wajib Zakat Fitrah: Siapa yang Wajib Bayar Zakat Fitrah?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 memutuskan hukum mengeluarkan zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah.

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta melebihi keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya;
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari;
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya;
  • Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Hukum bayar zakat fitrah adalah wajib ke atas semua individu tidak kira lelaki, wanita, orang tua, orang muda, hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari Raya.

Anak perempuan yang masih belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Jika anak perempuan tersebut ingin bayar zakat sendiri, dia perlu meminta keizinan dari bapanya terlebih dahulu.

Namun secara asasnya, para fuqaha menetapkan golongan yang afdal menunaikan fitrah ialah golongan yang diwajibkan memberi nafkah seperti suami, bapa atau datuk yang menjaga dan membesarkan cucunya.

Dalam erti kata mudah, orang-orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga.

3. Bila Waktu Bayar Zakat Fitrah?

Waktu mengeluarkan zakat puasa terbahagi kepada lima (5) iaitu:

Hukum Bayar Zakat Waktu Bayar Zakat
Wajib Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan (malam raya) sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal Sebelum sembahyang sunat Hari Raya.
Sunat Sepanjang bulan Ramadhan.
Makruh Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
Haram Selepas terbenam matahari satu Syawal – hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan zakat puasa dengan segera. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambah dosanya.

zakat fitrah online 2023

4. Bagaimana Jika Terlupa Bayar Zakat Fitrah, Apa yang Perlu Dilakukan?

Jika anda terlupa untuk menunaikan zakat, anda wajib qada zakat fitrah (qadha zakat). Sebagai contoh, jika teringat masih tidak menunaikannya pada hari raya ketujuh bulan Syawal, terus tunaikannya segera.

Jangan tangguh dan menunggu sehingga bulan Ramadan yang seterusnya kerana hukumnya berdosa dan dibimbangi meninggal dalam keadaan berhutang kepada Allah.

5. Bagaimana Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah?

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Dalam konteks Malaysia, makanan asasi ialah beras atau nasi.

Sebagai umat Islam, anda digalakkan untuk membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ia merupakan kebajikan bagi golongan berkemampuan. Lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.

6. Berapa Kadar Zakat Fitrah 2024 Seluruh Negeri di Malaysia?

Kadar fitrah yang perlu dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kilogram (2600 gram) beras atau nilai yang setara dengannya. Meskipun begitu, nilai kadar ini boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung pada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Berikut merupakan Kadar Harga Zakat Fitrah 2024 untuk rujukan anda:

Kadar Zakat Fitrah Fitrah 2022 Fitrah 2023 Fitrah 2024 Fitrah 2025
Perlis RM7.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Kedah RM7.00, RM14.00 dan RM21 RM6.50, RM7.00, RM14.00 dan RM21 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Pulau Pinang RM7.00, RM13.00 dan RM20.00 RM7.00, RM13.00 dan RM20.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Perak RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Selangor RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Negeri Sembilan RM7.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Melaka RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Johor RM7.00 dan RM10.00 RM7.00 dan RM13.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Pahang RM7.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Terengganu RM7.00 RM8.00, RM10.00 dan RM24.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Kelantan RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Sarawak RM7.00 RM7.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Sabah RM7.00 RM7.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 Akan Dikemas Kini Akan Dikemas Kini

Berdasarkan jadual Kadar Zakat Fitrah 2023 ini, ada negeri yang menetapkan lebih daripada satu kadar. Pembayar zakat perlu memilih kadar zakat yang sama dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka.

Sehubungan dengan itu, pembayar boleh memilih kadar harga zakat fitrah mengikut kemampuan atau berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian. Anda boleh lihat maklumat berikut untuk rujukan:

  • RM6.50, RM7.00 dan RM8.00 – Beras Super Special Tempatan (10 peratus dan lima peratus hancur);
  • RM10.00, RM13.00 dan RM14.00 – Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni, Beras Wangi, Beras Calrose, Beras Poney atau yang setaraf dengannya;
  • RM20.00, RM21.00, RM24.00 – Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah atau yang setaraf dengannya.

Islam menggalakkan zakat fitrah atau zakat puasa di bulan ramadhan

7. Bagaimana Cara Bayar Zakat Fitrah 2024?

Pembayaran zakat termasuk dalam rukun Islam, ia juga merupakan Fardhu Ain ke atas setiap umat Islam yang memenuhi syarat wajib ditetapkan. Bayaran zakat boleh dibuat secara manual melalui kaunter pungutan zakat atau secara dalam talian melalui platform zakat Malaysia online.

Bayar Zakat Fitrah Online

Bagaimana cara bayar zakat online? Bayaran zakat fitrah 2024 atau zakat online Malaysia boleh dibuat melalui:

Bayar Zakat Malaysia Zakat Online
Fitrah Johor 2024 Urusan berkaitan pembayaran zakat fitrah di Johor boleh dilakukan secara online melalui Zakat Fitrah Online Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Fitrah Terengganu 2024 Proses bayaran Maidam (Zakat Fitrah Terengganu) boleh dibuat melalui eZakat Ramadhan Maidam
Fitrah Perak 2024 Anda boleh bayar zakat online Perak melalui Portal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atau secara drive-thru melalui kutipan Amil di masjid-masjid utama daerah. 
Fitrah Pulau Pinang 2024 Bayar zakat online Pulau Pinang boleh dilakukan sama ada melalui Portal Rasmi Zakat Pulau Pinang atau melalui JomPay Zakat Pulau Pinang.
Fitrah Kuala Lumpur 2024 Anda boleh bayar zakat fitrah online Kuala Lumpur melalui laman web Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Fitrah 2024 Sabah Zakat Sabah 2024 boleh dibayar secara online melalui Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah
Fitrah Sarawak 2024 Anda boleh bayar zakat online Sarawak melalui Tabung Baitulmal Sarawak (Baitulmal Kamek) atau melalui Amil yang dilantik.
Fitrah Kelantan 2024 Anda boleh bayar zakat online Kelantan melalui Portal Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK zakat online). Anda juga boleh bayar zakat fitrah Kelantan melalui bank-bank terpilih. 
Fitrah Kedah 2024 Anda boleh bayar zakat online Kedah melalui portal Jom Zakat Kedah. Selain itu, pembayaran zakat fitrah dapat dilakukan melalui Asnaf Care Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Fitrah Selangor 2024 Anda boleh bayar zakat online Selangor melalui EZakatPay Lembaga Zakat Selangor, perbankan internet dan aplikasi e-wallet terpilih.
Fitrah Melaka Bayar zakat online Melaka melalui portal izakat Zakat Melaka. 
Zakat Online Negeri Sembilan Anda boleh bayar zakat online Negeri Sembilan (zakat fitrah Negeri Sembilan) melalui portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Fitrah Pahang 2024 Bayaran zakat Ramadhan boleh dilakukan melalui e-Zakat Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
Zakat Perlis Online Bayar zakat online Perlis melalui Pusat Zakat Perlis (Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis).

Hukum Bayar Zakat Fitrah Online

Apa hukum bayar zakat online? Berdasarkan Pusat Zakat Melaka, bayaran zakat fitrah secara online adalah sah dari segi syariat sekiranya berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Hukum lafaz akad dalam bayaran zakat adalah Harus.

8. Di Mana Tempat Bayar Zakat?

Zakat fitrah wajib dibayar mengikut lokasi seseorang berada ketika masuk waktu wajib untuk bayar zakat puasa (bermula malam Raya sehingga sebelum solat hari Raya).

Meskipun begitu, dengan mengambil kira realiti semasa, anda boleh mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari seperti yang dilakukan oleh para sahabat.

Jika pada masa itu anda masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok zakat puasa dibayar di tempat anda bekerja kerana ia bersifat yakin dan tahqiq.

Pembayaran awal juga boleh membantu anda menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Selain itu, ia dapat mengelakkan daripada sebarang kemungkinan berlaku halangan yang menyebabkan anda daripada terlepas bayar zakat fitrah.

9. Siapa Penerima Zakat Fitrah?

Terdapat lapan golongan Asnaf yang layak menerima wang zakat, iaitu:

  • Fakir (al-Fuqara) – Golongan yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Sebagai contoh, dia memerlukan RM10 sehari tetapi mampu sediakan RM3 sahaja;
  • Miskin (al-Masakin) – Mempunyai pekerjaan atau hasil yang tidak mencukupi. Contohnya, memerlukan RM10 tetapi hanya mampu sediakan RM8 sahaja;
  • Riqab – Seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri;
  • Muallaf – Seseorang yang baru memeluk agama Islam;
  • Amil – Golongan yang dilantik untuk memungut dan mengagihkan wang zakat;
  • Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang;
  • Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah;
  • Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

bayaran zakat fitrah untuk ketenangan fikiran

Bayar Zakat Fitrah di Bulan Ramadan untuk Membersih dan Menyucikan Jiwa

Zakat khususnya zakat fitrah memainkan peranan penting dalam membina sosioekonomi dan sosial masyarakat Islam. Justeru itu, ia perlu dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Jika anda masih belum menunaikan zakat puasa, ini merupakan masa yang terbaik untuk berbuat demikian. Lebih baik diawalkan bayaran zakat puasa daripada dilengah-lengahkan untuk mengelakkan anda daripada terlupa tunaikan tanggungjawab membayar zakat.

Selain itu, jika anda ingin renew insurans kereta sebelum balik kampung raya ini, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang mudah, pantas dan berbaloi.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60